Apps : Pace Pt 5 – Pace Calculator

Dalam web yang sama dengan Pace Chart tadi, ada banyak calculator tentang pace. Boleh cuba untuk fahami lebih dalam tentang Pace dan hal yang berkaitan dengannya.

Screen Shot 2014-09-27 at 3.10.05 PM

1. Nak tahu Pace berapa berdasarkan jarak dan catatan masa larian
Applicable kepada runners yang lari tak pakai apps dan cuma ada cacatan masa dan jarak larian sahaja, atau nak tengok pace larian orang lain berdasarkan result yang ada pada race.

Screen Shot 2014-09-27 at 1.45.30 PM

Link kepada Pace Calculator

2. Nak convert Pace kepada unit Pace yang lain seperti miles
Yang ni tak berapa nak pakai la kita sebab nak buat apa convert pada miles. Unless kalau nak buat kajian mendalam bila nak join race international yang pakai miles.

Screen Shot 2014-09-27 at 1.48.18 PM

Link kepada Pace Converter

3. Nak tahu Pace yang dicadangkan / sesuai berdasarkan catatan masa previous dan jarak larian
Tapi malangnya kena kira dan convert balik untuk dapat dalam KM

Screen Shot 2014-09-27 at 1.54.21 PM

Link kepada Training Pace Calculator

4. Nak tahu anggaran masa race lain berdasarkan catatan masa salah satu race yang kita dah masuk
So kita dah ada catatan masa melalui satu race, dari catatan masa ni kita nak predict berapa pulak catatan masa untuk race lain yang jaraknya berbeza dengan race yang kita dah masuk.

Screen Shot 2014-09-27 at 2.26.20 PM

Link kepada Race Time Predictor

5. Nak tahu berapa berapa catatan masa setiap KM yang kena achieve, kalau nak achieve catatan masa yang kita target dalam sesuatu race
Yang ni panduan untuk kita keep running untuk achieve target masa yang kita nak. So dia dah buat split time berapa yang nak kena target dapat, dan yang ohsemnya pulak kita boleh print dan pakai kat lengan. Truly Ohsem! Means, tak payah nak salin-salin dah.

Screen Shot 2014-09-27 at 2.34.01 PM

Screen Shot 2014-09-27 at 2.34.11 PM

Link kepada Pace Wristband Creator

6. Nak tahu score kita dengan runner lain berdasarkan umur
Standarlah semua runner tak sama umur tapi kalau semua runner sama umur macam mana? Calc ni adalah panduan untuk kita compare score fitness kita berbanding dengan runner dunia mengikut umurnya. So score terbaik adalah 100% maksudnya sama dengan world runner tu tapi kalau setakat 10% je maksudnya kita ni baru 10% world runner.

Screen Shot 2014-09-27 at 2.38.35 PM

Link kepada Age Graded Calculator

7. Nak tahu anggaran catatan masa yang akan dibuat berdasarkan jarak larian terkini dan jumlah masa terkini yang dibuat oleh runner dalam sesuatu race
Kalau kita follow runner tengah lari dalam tv atau melalui runkeeper web misalnya, based on berapa jauh dan berapa masa dia dah lari, kita boleh estimate catatan masa dia berapa.

Screen Shot 2014-09-27 at 2.54.48 PM

Langkah seterusnya :
Link kepada Finish Time Calculator


Artikel yang berkaitan :
Lari : Pace
Lari : Pace Pt 2
Lari : Pace Pt 3 – Pace Style
Lari : Pace Pt 4 – Pace Chart
Apps : Pace Pt 5 – Pace Calculator
Lari : Pace Pt 6
Apps : Pace Calculator
Apps : Pace larian dalam Runkeeper
Apps : Pace larian dalam Suunto
Apps : Pace Runkeeper vs Pace Suunto
Running Rules Pt 18 : The Even-Pace Rule

Kongsi di :