Apps : Ramalan Kaji Cuaca di Bukit Jalil

Ini tak boleh jadi. Cuma tinggal beberapa hari lagi saya nak pergi race di Penang namun setakat bulan ini saya cuma berpeluang untuk training 1 kali sahaja. Itu pun bawah 5K. Bila nak lari petang je hujan, dah rugi satu hari. Kali dengan beberapa hari lepas, punyalah banyak hari rugi. Kan bagus kalau boleh tahu besok petang hujan atau tidak?

Eh… apa la mangkuk sangat. Checklah weather forecast kan senang? So ini yang saya jumpa bila saya google “Bukit Jalil + weather forecast”

Screen Shot 2014-11-07 at 2.14.16 PM

Masalahnya takkan saya yang tak sibuk mana ni nak goggle ramalan cuaca tiap2 hari? Dah macam tak de kerja lainlah pulak nak jadi nujum cuaca. So saya cari script atau plugin yang boleh diinstall dalam web ni so senang saya nak tahu esok hujan ke tidak. Dan saya jumpa beberapa.

Yang pertama ni agak detail dan terlampaulah complicatednya. Bagus kalau dapat buang benda-benda yang tak penting tu sebab saya nak tahu esok hujan ke tidak. So saya tak pilih yang ini. Tapi kalau anda berminat, anda boleh pergi ke web dia dan setting sendiri. Copy paste script dia dan embed dalam blog. Boleh pergi sini

Screen Shot 2014-11-07 at 3.01.52 PM

Yang kedua ni pulak mudah dan simplified. Bagitau apa yang kita nak tahu saja tapi masalahnya pilihan font dia tak banyak. Dan graphic dia nampak comel la pulak. Satu lagi saya detect dia lambat sikit nak load. Yang ini adalah plugin WordPress. Nama dia POWr Weather. Boleh click sini untuk install.

Screen Shot 2014-11-07 at 3.06.50 PM


Yang terakhir ni nampak paling best dan simplified. Agak macho dan handsome bakhang. Tapi kalau nak full spec kena bayar premium sebanyak USD25. Kalau saya Usain Bolt saya bayar je tapi masalahnya tak Usain mana. So yang basic spec dia hanyalah sekadar….. tak nampak pun hujan ke tidak. Tapi kalau nak cuba boleh pergi sini untuk download.

Screen Shot 2014-11-07 at 3.03.00 PM

So saya pilih yang mana? Saya amik yang boleh nampak kilat dan halilintarlah… beringat sikit…



Kongsi di :