Apps : Runkeeper gila

Semalam saya lari 3.28 KM. Masa nak habis lari tu bila saya tengok tinggal beberapa meter nak 3KM, saya dalam beberapa ratus meter nak finishing line bump belang-belang depan rumah saya tu saya buat pecutan gaban z. Sejurus habis saya pun stop Runkeeper dan saya masyallah sangat terkejut!

Saya dah buat PB baru!

3.28 KM dalam masa 16:25 dengan pace larian 5:01.

Saya ingat ni memang masa terpantas sayalah sebab selama ni memang saya ada cita-cita nak lari 3KM 15 minit. Paling fit saya pernah buat pun tahun 2015 bulan may iaitu 16:31. Lagi 1 minit setengah nak 15 minit. Tu pun dah terjuih air liur dengan air mata nak mendapatkannya.

So saya pun macam mamai2 ayam macam betul bang tak tipu sebab saya rasa saya lari agak santai dan cuma pecut pada saat akhir. Anyway, saya bersyukur dapat cipta PB dan saya ceritakan kejayaan ini kepada isteri saya walaupun saya rasa macam ada yang tak kena.

So itu cerita semalam. Hari ini saya lari lagi.

Baru beberapa KM saya lari saya gatai tangan nak check runkeeper dan saya dapati pace larian saya 2:13. Aiii biar betik. Saya rasa ini sudah tak betul. Saya stopkan runkeeper dan saya onkan balik. Saya lari sambil perati runkeeper dan saya dapati, pace larian saya 4:24.

Sah dah runkeeper gila. Atau, handphone saya gila.

So saya berhenti runkeeper dan berhenti lari lalu terus amik jalan short cut sampai rumah. Bila masuk rumah isteri saya tanya, awal habis lari – ini mesti semata-mata nak tanda kat kalendar lari untuk today’s running.

Saya cakap runkeeper dah munafik. Runkeeper dah pandai menipu sekarang. Isteri saya macam tak faham so saya explain panjang lebar.

KESIMPULAN

Saya rasa ada yang tak kena dengan iPhone saya atau runkeeper so saya decide untuk email kepada runkeeper bertanya khabar. Saya juga macam rasa dah tiba masanya saya retired dari runkeeper dan fokus kepada Strava Apps, atau, guna sepenuhnya Suunto saya (saya cuma pakai Suunto tu untuk race).

So nanti kalau runkeeper balas email saya saya sisipkan disini. Tapi hari ni memang kecewa dan tak ada mood sebab larian terpaksa diberhentikan awal.

P/S Berikut adalah screenshot Runkeeper untuk larian semalam dan last week. Bila tengok betul-betul memang something wrong. Pusing tak cukup pun takkan 3.28 KM.

Screen Shot 2016-01-13 at 12.08.43 AM

Screen Shot 2016-01-13 at 12.09.03 AM

 

Kongsi di :