Apps : Runkeeper Pt 2

*Tulisan dipetik dari blog lama dan dipindahkan kesini. Tulisan ditulis pada 24.03.2013

runkeeper

Fuh, agak penat saya lari hari ini, 3 km dalam masa 26:56 minit. Kalori terbakar adalah 144 dan average 1 km mengambil masa 08:59. Dan, semua data ini telah saya tweet serta gambar untuk pedoman kawan2 yang lain dengan ucapan : bila lagi nak bersenam?

runkeeper

Larian petang berapps adalah gaya hidup baru dan trend masa kini pelari tegar. Bukan poyo tapi inilah antara satu cara motivasi bagi mengekalkan matlamat persenaman. Banyak rupanya yang boleh kita capture dari apps runkeeper ini dan benar, ia bukan sekadar mengeluarkan peluh.

Berikut adalah beberapa screenshot yang boleh beri idea bagaimana apps ini berfungsi.

1. Meletakkan matlamat.

Anda boleh letak matlamat larian anda sama ada berapa km dalam berapa minggu. Atau anda boleh juga set nak turun berapa kg dalam masa berapa minggu. Ada beberapa set of goal yang anda boleh pilih. Dalam kes saya, saya meletakkan matlamat 30 km dalam masa sebulan.

runkeeper

runkeeper

2. Merekod larian

Anda boleh rekod larian anda untuk tujuan perbandingan dan melihat kemajuan. Mula rekod bila anda mula berlari dan berhenti rekod bila tamat larian.

runkeeper

runkeeper

runkeeper

Dan dibawah adalah contoh aktiviti yang telah direkod.

runkeeper

Juga ada rekod kat mana anda lari. Yang ni memang saya suka.

runkeeper

3. Memilih plan latihan mengikut kemampuan anda.

Kalau anda blur nak start lari macam mana, berapa lama nak lari atau berapa kerap nak lari, ada macam-macam plan yang anda boleh anda cuba kalau nak start kerjaya sebagai pelari.

runkeeper

runkeeper

runkeeper

4. Tengok orang lain punya update

Ada leaderboard. So ini biasa. Semua pun nak berlumba. Walaupun larian hari lain dan tempat lain, tapi masih boleh rasa feel kemenangan kalau nama anda paling top antara kawan-kawan anda. Macam kes ini, saya nak ucapkan awas kepada En. Yuseri… jangan bersenang lenang sangat di tangga teratas…

runkeeper

5. Share kisah larian anda dengan satu dunia

Last sekali anda boleh share dengan orang lain pakai twitter, email atau message. Yang ni bukan nak sembang anda kuat lari ke apa tapi hidup dalam dunia social media… semua benda nak kena share dengan orang, kalau tidak kita akan digelar anti-social media.

IMG_3906

Itu sahaja setakat ni. Ada banyak function lain lagi tapi anda kena upgrade kepada pro version dan buats edikit bayaran bulanan. Kalau serius black nak jadi pelari tegar, silakan. Anda juga boleh monitor perkembangan dan kemajuan di website dengan login anda sendiri. Maklumat lanjut, layari web runkeeper.com.

runkeeper

Screen Shot 2013-03-24 at 1.21.11 AM



Kongsi di :