Apps : Runkeeper + Shoe Tracking

Kat luar rumah sekarang hujan. Saya baru dapat call dari kawan saya John Zulazri. Beliau stuck di highway Karak jalan Bukit Tinggi – Lentang sebab tanah runtuh. Kereta dah mati enjin sebab jem terlalu lama dan almost 3 jam. Sama-sama kita doakan keselamatan beliau dan semua yang terperangkap di sana ketika ini. Harap tidak ada anak kecil atau baby yang tak cukup susu atau makanan. 🙁

Anyway, saya baru buka Runkeeper dan saya lihat ada features baru. Feature ini adalah shoe tracking dimana kita boleh add kasut yang kita pakai masa kita lari. Features ini membantu kita untuk mengetahui berapa lama tempoh yang sesuai sebelum kita decide untuk tukar kasut baru.

Kalau yang pakai Strava, features ini dah lama ada di Strava. Anyway, yang tak pakai Strava tapi pakai Runkeeper saja, boleh cuba features ini.

unnamed

unnamed-1

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_