Apps : Runkeeper to broadcast running event Pt 2

Part 1 disini. Ini adalah Part 2. Lanjutan dari blog post yang pertama dulu.

Screen Shot 2015-03-09 at 10.57.40 AM

1. Tidak terbuka untuk semua
Pertama sekali, function untuk broadcast ini hanya boleh diguna jika kita subscribe Runkeeper Elite. Maksudnya kalau kita guna Runkeeper Free, kita tak boleh broadcastkan running kita. Kos untuk subscribe Runkeeper Elite adalah USD39.90 setahun. Bila subscribe Runkeeper Elite ada macam2 function lagi. Maklumat lanjut boleh tengok sini.

Screen Shot 2015-03-09 at 1.45.39 PMDekat profile pic ada keluar tanda elite.

2. Social Media integration
Kedua, selalu kena ingat, kalau nak broadcast running, on-kan broadcast tu sebelum race. Klick kat sharing, dan tick tab dekat Broadcast last. Jangan lupa register Twitter atau Facebook anda dengan Runkeeper. Sebab, bila anda turn on broadcast tab, Twitter & Facebook akan sharekan satu link dan link ini lah yang berguna untuk fans atau haters anda melihat progress larian anda di desktop atau pun mobile device. Kat mana nak register Twitter & Facebook ni? Pergi kat profile setting.

twitter runkeeperContoh tweet yang ada link

Apa yang nak di-broadcast?
Ketiga, anda decide sendiri nak broadcast semua larian anda termasuk lari pergi pasar malam, atau hanya larian-larian tertentu sahaja. Macam saya, saya cuma broadcastkan race yang saya masuk sahaja. Lari petang hari saya tak share pun. Macam tak berapa nak menarik perhatian sangatlah kalau semua larian kita nak share dengan orang, diri sendiri pun menyampah.

Ok. Next, apa yang user tengok?

Dibawah ini adalah screenshot yang user nampak. Yang ni yang isteri saya tengok ikut iPhone dia masa saya lari semalam di Bukit Jalil Half Marathon.

IMG_0337 2

IMG_0338

IMG_0339

IMG_0340

1. User nampak runner lari real time, tapi Runkeeper tak auto refresh. Maknanya user kena refresh browser banyak kali untuk tengok running progress.

2. View adalah daripada web browser. Bukan dari apps runkeeper.

3. View boleh zoom pada map sahaja, syaratnya kena make fullscreen.

4. Boleh tengok specific time dan distance dekat trail runners tu kat point mana.

Itu sahaja. Selamat membroadcast larian anda! Kadangkala kita ingat kita lari seorang diri tapi bila isteri kita follow dan tengok di rumah, kita berlari dengan dia sebenarnya.




Kongsi di :