Apps : Spotify

Prolog

Tahun ini saya belikan isteri saya kereta baru. Dengan harapan, tahun depan saya boleh beli kereta baru untuk saya pulak. Orang kata if you want something, you gives something. :D. So saya jual Si Arvi saya dan beli Mat Tigu. Kalau compare size, Mat Tigu ni lagi kecik dari Si Arvi. Keciknya serba serbi. Tapi sebab nak sangat ke Mat Tigu, size doesn’t matter.

Oleh kerana Mat Tigu ni auto berbanding dengan kereta saya Mat Fordy yang manual, so kalau saya ada meeting kat KL saya pinjam kereta bini saya. Tak larat nak main gear dalam jam mak oiii.   So buku CD saya ada dalam Mat Fordy. Makanya, dalam Mat Tigu, cuma ada 6 CD dok lekat dalam player sampai dah mual dengar lagu yang sama.

Hingga hari tu masa pergi Kuala Kangsar, saya terpaksa dengar lagu melalui Youtube. Itu pasallah data saya habis dan terus tak boleh connect internet. Grrrrr…

Anyway, nak dijadikan cerita, baru-baru ni saya pergi KL dengan John Zulazri, partner business saya. Dalam kereta John Zulazri macam marah dekat saya sebab asyik dengar lagu yang sama. Saya pun cerita pada dia yang Mat Tigu ni kecik. Takde tempat nak letak bekas CD. John Zulazri punya marah, dia kata kerja buat research bagai, mana ada orang dengar CD dah zaman ni. Saya cakap kat dia yang iPod saya tertinggal dalam beg jogging, lagi dia hangin. Mana ada orang dengar CD dan dengar iPod zaman sekarang. Orang dengar lagu on Demand, streaming guna Spotify.

Saya cakap pada John bukan saya tanak download Spotify, tapi…… tapi akhirnya petang tu saya download juga Spotify. 😀

spotify-ios-app

Spotify dengar terus

Macam orang yang baru enlighten, saya dapati yang Spotify ini syurga bagi semua lagu didunia. Teringat saja nak dengar lagu apa, terus dapat dengar. Ini memang gila. Sehari suntuk saya layan Spotify dan mula buat playlist lagu-lagu yang saya suka.

So sekarang saya ada 4 playlist utama. Pertama lagu2 zaman MMU. Kedua, lagu2 feeling dgn isteri saya. Ketiga lagu2 nak meninggal dunia a.k.a sirijalanlurus, dan keempat, lagu yang saya dengar masa lari. Playlist keempat ini saya namakana “lariansebuahkitab”.

Ok. Bagi pengguna Mac, anda boleh download apps ini ke Macbook anda. Untuk iPhone, ada apps juga boleh download. Web login dia cuma untuk manage account dan subscription. Sebab nombor saya Maxis so percuma sebulan. Lepas ni kena bayar RM9.90 tak silap saya untuk premium, kira ok lah tu daripada saya asyik beli lagu di iTunes selama ni.

Anyway, saya masih lagi tengah belajar Spotify ni nanti kalau dah faham semua saya share lagi.

Langkah Seterusnya
Maxis + Spotify
Spotify

Kongsi di :