Apps : Strava 2014 Movie

Zaman sekarang ni canggih betul. Nak tengok movie bukan setakat di panggung wayang. Laptop pun ada. Dah pulak, bukan setakat tengok movie orang lain, kita boleh tengok movie tentang diri kita sendiri. POWER!

So Strava ada movie pasal diri kita sendiri as runner, itu pun kalau kita dah subscribe dengan Strava. Cuma yang saya pelik data dia tak sama dengan data yang saya ada. Mostly data saya adalah dari runkeeper. Sebagai contoh, last year saya lari cuma 300 km tapi kalau ikut Strava lebih. Mungkin saya yang silap kira. Anyway, bila melihat nombor-nombor yang ada dalam movie ini, ia mengingatkan saya betapa terkesannya saya dengan larian. Betapa, larian telah mengubah saya menjadi saya yang lebih saya.

Screen Shot 2015-01-29 at 1.37.03 PM



Kongsi di :