Apps : Strava, Top 20 Bukit Jalil Full Lap 3.2 KM

Setelah diperkenalkan dengan apps Strava, saya semakin bersemangat untuk serius dalam career larian saya. Sebelum ini saya hanya pakai Runkeeper untuk rekod semua larian, namun dengan apps Strava rekod disusun lebih gila kentang. Setakat ini, matlamat baru saya untuk Strava adalah masuk dalam list Top 20 Bukit Jalil Full Lap 3.2 KM sebab daripada 41 orang yang listed hanya ada 3 orang melayu sahaja.

Lalu hari ini saya cuba untuk menang, namun nyata gagal. Walau bagaimanapun, saya hanya menduduki tempat ke 22 dan berjaya masuk ranking page pertama dan dengan itu saya sangat gembira. Rasa macam nak bagi hadiah pada diri sendiri dengan membeli satu kasut larian Nike baru hahahahhahaha.

Update 09.08.2014 – #22/41, Masa 23:36
Update 10.08.2014 – #15/41, Masa 21:34
Update 12.08.2014 – #11/41, Masa 19:54
Update 25.08.2014 – #7/41, Masa 18:34 Ini hadiahnya hehehe


Terima kasih kepada coach Brother Colm O’Connell yang melatih para pelari Kenya kerana telah memberi tips kepada saya petang tadi.

Download Route :
Runkeeper

Kongsi di :