Apps : Tapiriik

Sejak kebelakangan ini saya perasan yang bila saya lari guna Runkeeper, tapi tak auto update macam biasa di Strava. Lepas saya balik dari Ranau, ternyata masih juga tak auto update macam biasa. So saya melakukan penyiasatan dan berkunjung ke Tapiriik.

Rupa-rupanya subscription saya dah tamat. Bila saya check email, saya dapati subscription saya tahun lepas adalah selama 365 dan ia bermula pada 14.10.2014. Patutla Tapiriik dah tak auto sync.

Screen Shot 2015-11-04 at 3.30.00 AM

Esok pagi saya akan buat bayaran kepada Tapiriik untuk renew subscription. Ini screenshot dari Tapiriik.

Screen Shot 2015-11-04 at 3.31.38 AM

Ok. Selama setahun menggunakan Tapiriik ini saya dapati :

1. Ada sekali problem tak sync saya ingatkan sebab apa. Rupanya ada problem di Strava, bukan di Tapiriik. Boleh baca sini.

2. Tak pernah tak auto sync melainkan tak bayar. Dalam kata lain, boleh percaya la bukan muka penipu.

3. Kerana saya guna Runkeeper untuk rekod larian, manakala Strava untuk motivation larian (kawan Runkeeper saya tak ramai kawan dalam Runkeeper dan Runkeeper tidak ada komuniti sebesar Strava), maka untuk sync Runkeeper dengan Strava secara manual agak membuang masa sebenarnya. That’s why Tapiriik ini banyak membantu. Kalau nak pakai free boleh tapi masih buang masa sikit sebab setiap kali lepas lari kena pegi Tapiriik dan sync manual.

Maka, untuk bayaran serendah USD 5 adalah sangat berbaloi. Imagine nak sync manual perlu masa 5 minit, kalau setahun lari 100 kali, masa yang diambil sudah 100 x 5 minit. Sangat tak produktif.

4. Last year saya bayar Tapiriik RM16.94 manakala this year saya bakal bayar RM21.24. Walhal, kalau saya duduk di USA, saya tetap bayar USD 5. Betapa kejatuhan ringgit Malaysia menyebabkan kesan kepada runners. Saya kena tambah RM5 lagi untuk servis dan tempoh yang sama. Hmmmmm….

5. Last sebelum saya tidur (dah pukul 3:42 pagi ni), saya baru perasan satu benda lagi. Kos Tapiriik sebenarnya USD2 tapi bila dekat payment tu dia letak USD5. So last year saya terbayar lebih USD3. Siut. Salah saya. Saya yang tak baca betul-betul. Dia pun dah tulis situ dia gembira kalau kita bayar lebih. So kalau USD 2 bersamaan RM8.49. Oklah tu. Bawah RM10. BTW, lately ni saya asyik salah baca je kalau berkaitan duit di web. Hari tu nyaris pasal tiket flight, ini pasal Tapiriik pulak. Adakah saya semakin rabun? Saya rasa semakin tua.

Screen Shot 2015-11-04 at 3.47.05 AM

Untuk bacaan lain tentang Tapiriik, boleh pergi sini.



Kongsi di :