Asics : ASICS Menggerakkan Dunia – Lancar Inisiatif Pemasaran dan Penjenamaan yang Terunggul Sejak 25

BUY NOW

tokyomarathon_promo_trunvelogue

unnamed-1ASICS MENGERAKKAN DUNIA – LANCAR INISIATIF
PEMASARAN DAN PENJENAMAAN YANG TERUNGGUL SEJAK 25

Pembaharuan jenama ASICS memajukan pengaruh jenama dengan mendekati lebih ramai pelanggan

Jenama prestasi sukan yang sebenar ASICS memperkenalkan mesej jenama global yang
baharu, identiti, konsep penjualan serta pengakitfan jenama berintegrasi yang lebih ulung –
sebagai salah satu inisiatif pemasaran jenama yang paling unggul dalam sejarah 25 tahun
ASICS. Pembaharuan ini dilancarkan di London dengan tujuan untuk menggerakkan dunia, dari
setiap bandar ke setiap bandar. Ini menandakan satu peristiwa penting bagi ASICS dimana
jenama tersebut menyampaikan eskpresi kontemporari dari visi asas dan falsafahnya kepada
generasi baru pelanggan dengan tujuan membawa orang ramai bersama dan memberi inspirasi
kepada mereka untuk menjadi lebih sihat, bahagia dan bertenaga melalui sukan.

Identiti jenama yang baharu ini dicipta bersempena dengan Rekaan Bruce Mau, yang
merupakan pembaharuan jenama ASICS yang paling unggul semenjak logo lingkaran ASICS
diperkenalkan pada tahun 1992. Mesej ASICS yang terbaharu I MOVE ME menekankan
falsafah yang dipegangkan oleh ASICS 70 tahun lalu dimana jenama tersebut mempercayai
hubungan antara minda dan badan yang cergas, dan telah direka untuk memberi inspirasi
kepada manusia dari semua peringkat umur dan kebolehan untuk bergerak lebih cergas bagi
menikmati manfaat senaman dari segi fizikal dan mental.


“Bergerak, menyebabkan saya hidup semula”

Hasil kreatif I MOVE ME, yang dibangunkan oleh Saatchi & Saatchi LA, diumumkan sekitar
London, UK, bermula 31 Julai melalui papan iklan besar dan papan tanda stadium yang
bertepatan dengan Kejohanan Dunia Persatuan Antarabangsa Persekutuan (IAAF) 2017, di
mana ASICS merupakan rakan kongsi rasmi. Hasil kreatif ini kemudiannya dilancarkan di
peringkat antarabangsa. Visual dan kandungan yang digunakan memberi kesan bermakna apabila ASICS menggunakankan orang biasa untuk mendemonstrasi impak positif yang berlaku di dalam kehidupan mereka melalui pergerakan ini.

Pengenalan ini juga bertepatan dengan pembukaan gedung utama terbesar ASICS di seluruh
dunia yang berada di Regent Street, London, pada 2 Ogos lepas. Gedung terbaharu ini akan
membolehkan pengguna mendapatkan kesemua empat jenama ASICS di bawah satu bumbung
buat kali pertamanya.

“Selama 70 tahun yang lalu, kami membina sebuah jenama bermutu dengan tujuan seperti yang
dipegang di dalam jenama kami iaitu; Anima Sana In Corpore Sano, yang bermaksud minda
yang cergas dalam badan yang cergas. Kini, kami amat bangga dapat merealisasikan tujuan
tersebut kepada kenyataan melalui pembaharuan pemasaran,” jelas Paul Miles, Pengurus
Besar Kanan, Bahagian Pemasaran Global, ASICS Corporation. “Ini adalah salah satu latihan
jenama yang paling penting pernah kami laksanakan konsep kreatif yang membawa jenama
serta pelanggan kami bersama dan inisiatif ini tidak pernah dilakukan sebelumnya. Ini
merupakan salah satu pendekatan yang tujuannya dipercayai oleh kami, dan ianya lebih
daripada sekadar kempen jenama, ia adalah misi untuk menggesa orang untuk bergerak.”
Pembaharuan ini dibawa menjadi kenyataan di dalam ASICS yang pertama sekali bersepadu
dengan komunikasi pengguna yang membawa wawasan jenama ASICS lebih dekat kepada
pengguna. #IMoveLondon merupakan yang pertama dari kebanyakkan manifestasi setempat
daripada inisiatif I MOVE ME. Kempen ini mengetengahkan penyelidikan tempatan yang
mendapati bahawa dengan melakukan lebih banyak pergerakan dapat memberi kesan positif
dengan mengatasi tekanan gaya hidup bandar.

Seb Coe, Presiden IAAF berkata, “Dengan Kejohanan Dunia IAAF yang berlangsung di London
dari 4 hingga 13 Ogos, ianya amat penting untuk menjadikan tuan rumah lebih banyak bergerak.
Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan ASICS dalam kempen yang akan menggalakkan
penduduk London untuk melakukan senaman semasa menjalani kehidupan harian mereka –
walaupun selepas Kejohanan telah selesai.”

Kempen #IMoveLondon direka untuk membantu memberi inspirasi kepada para penduduk
London untuk menukarkan dari rutin perjalanan harian mereka kepada sesuatu yang
menglibatkan pergerakkan di luar. #IMoveLondon akan berjalan pada masa yang sama apabila
bandar London menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Dunia IAAF dan menggalakkan
penumpang menukarkan tiket kereta api mereka dengan sepasang kasut untuk bergerak lebih
cerdas.
Screen Shot 2017-10-10 at 1.15.38 PM
Lihat video kempen disini

Kempen ini yang dibangunkan oleh Edelman, menggabungkan penyelidikan, komunikasi
pengguna, acara dan tajaan atlet, perkongsian media, penglibatan pengaruh, media sosial,
kandungan digital, media berbayar, CRM, laman web kempen dan pengaktifan pengalaman.
Program dan pengalaman yang dilangsungkan di London adalah permulaan satu siri inisiatif
tempatan yang akan dilancarkan ke seluruh bandaraya di seluruh dunia pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai I MOVE ME, sila layari ASICS di asics.com/imoveme atau ikuti
#IMoveMe di saluran sosial kami.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *