Azman

Semalam sampai Jitra malam. Jem di Imigresen Danok punyalah lama. Padahal kerja imigresen cop passport je. Tapi alhamdulillah, kami sekeluarga selamat pergi dan pulang.

Malam tadi sebab letih sangat tidur awal. Masa baru nak masuk bilik hujan turun dengan lebatnya. Saya katakan kepada isteri, “Lebat betul hujan malam ni”.

Isteri saya kata, “Hujan rahmat”

Pagi ni packing barang nak balik Kinrara. Lepas mandi masa tengah pakai baju isteri saya tanya, “Kenapa anda tak bawak masuk kasut masuk semalam?”

Saya kata “Asal?”

“Kasut timberland anda basah lencun.”

Saya lega.

***
Beg semua dah masuk kereta. Isteri saya tanya, “Anda nak pakai kasut basah lencun tu ke?”

Saya hanya memandang dengan mata yang sayu ke arah kasut yang basah lencun itu. Lalu saya berkata, “Terpaksalah kita jadi Azman hari ni”.

Isteri saya ketawa.

***
Saya ada satu macam pantang dalam hidup. Dulu tak ada apa-apa. Tapi sekarang sangat bahaya dan sensitif. Selepas saya berbaiah untuk pandang banyak dalam satu dan pandang satu dalam banyak beberapa tahun lepas, iaitu melihat dunia atau alam ini sebagai satu entiti yang tunggal, saya tidak boleh lagi bersifat judgemental atau memandang sesuatu dengan niat  yang tidak baik walaupun setitis.

Akibatnya, ia akan terkena balik kepada saya.

Ini samalah ceritanya dengan perihal Azman. Hari tu saya tulis di blog pasal Azman (mungkin ada sedikit niat tidak elok), dan hari ini tuhan telah meng-Azmankan saya.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *