Bagaimana nak check heart rate

Screen Shot 2014-12-09 at 8.11.06 PM

Heart Rate dalam bahasa melayu adalah kadar degupan jantung, manakala pulse adalah denyutan nadi. Ia adalah ukuran berapa kali jantung berdegup dalam masa satu minit. Ukuran ini berbeza setiap seorang berdasarkan keadaan kesihatan seseorang.

Ada beberapa tempat boleh check denyutan nadi. Antaranya adalah :

1. Pergelangan tangan
2. Didalam siku
3. Tepi leher
4. Atas kaki

Namun tempat yang paling glamour adalah pergelangan tangan dan tepi leher.

Manakala, Resting Heart Rate adalah apabila jantung mengepam jumlah darah tersikit ke seluruh badan yang diperlukan kerana badan berada dalam keadaan rileks, dan bukan sedang senaman. Masa yang paling sesuai untuk ambil Resting Heart Rate adalah di waktu baru bangun tidur waktu pagi.

Cara untuk mengambil Resting Heart Rate adalah :

1. Rilekskan badan dan rasakan ketenangan selama 10 minit.
2. Letak dua jari pada pergelangan tangan. Rasakan denyutan nadi.
3. Kira berapa kali nadi berdenyut dalam masa satu minit.
4. Kalau malas, kira dalam masa 15 saat, kemudian kali 4.

Kongsi di :