Barang : Baju Compression lengan panjang Under Armour

Screen Shot 2017-02-03 at 1.37.50 AM

Saya ke Pavilion last week nak cari barang untuk ke Tokyo. Salah satunya adalah baju compression lengan panjang. Saya tinjau kat Nike haram tak ada. Kalau nak beli online memang boleh dari US atau Australia, tapi agak risiko in term of size. Buatnya pakai nanti longgar ke apa lega.

Lepas tu saya fikir nak beli yang 2XU sama cam seluar burung saya. Tapi bila fikir balik saya bukannya suka sangat pun pakai compression, so save bajet sikit la. 2XU mau berapa rat. Pakainya sekali sekala.

So saya decide untuk cari brand lain.

Bila lalu kat Under Armour tu hati macam terpanggil. Rupanya baru dapat ilham. Kalau nak pakai compression belah dalam, pakailah Under Armour. Ala, Underneath, Under Armour… get it?

So saya cari punya cari so saya jumpa yang ini.

Screen Shot 2017-02-03 at 1.13.15 AM
Web asal

Ada banyak pilihan warna tapi standardlah. Mesti mau ambil yang hitam. Harga dalam RM199. Oleh kerana badan saya tak berapa nak sado macam dalam gambar tu, bila saya pakai agak “keding” jugak. Tapi tak kisah. Sebab nanti saya nak pakai t-shirt kat luar.

Ada line putih tu macam style juga. Padahal macam kelim jahit.

Tujuan saya beli baju ini adalah untuk lapisan belah dalam. Sebab nanti cuaca sejuk. So harap dengan adanya baju ini boleh la tahan sejuk sikit. Taklah mengigil masa lari.

Size saya beli adalah S. XS takde habis. So kat badan bila pakai isteri saya kata macam ok. Cuma bahagian tangan macam panjang sikit sama ada nak kena alter gunting jahit atau kalau malas lipat je.

Masa nak bayar tu ada awek tolong bungkuskan ntah datang dari mana. Saya tengok muka macam familiar. Saya toleh belakang saya tengok isteri saya tengah amik gambar. Baru saya perasan rupanya yang bungkus tu penyanyi Atila Haris. Eh silap. Atilia Haron. Sorry.


Versi penyanyi asal disini. Ada orang suka lagu ni.

Awek ni rupanya brand ambassador Under Armour. Oklah tu. Pergi kedai beli baju retis tolong bungkus. Hidung macam kembang boleh masuk bola tennis.

unnamed-1 unnamed

Lepas beli tu kitorang naik atas makan aiskrim hantu pocong. Sedap jugak creepe dia. Kedai menda ntah. Tengok muka budak EL ni. Suka.unnamed-2

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *