Barang : Fitbit Alta HR Pt 2

Kalau pernah baca sini : Barang : Fitbit Alta HR, april tahun lepas saya ada belikan wife saya Fitbit Alta. Saya janji nak tulis pasal tu kan? Haa… harammmmmmsssss.

So sekarang dah APR MAY JUN JUL AUG SEPT OCT NOV DEC JAN FEB eh siut… dah berbulan lamanya nak tulis pun panjang. Demit.

Anyway, ok. Fitbit Alta HR wife saya tu dah pun rosak. Tak pasti rosak sebab apa, tapi sebab resit dah hilang ntah kemana, nak pergi hantar untuk warranty pun dah takde mood. MAKA, last week saya belikan dia semula Fitbit baru. Kalau dulu nak warna ungu tapi takde sebab hitam, kali ni saya beli yang warna ungu. AKHIRNYA.

Saya pergi beli dekat kedai jam di Sunway Pyramid. Sebelum beli saya call dulu tanya ada ke tidak, bila confirm ada baru saya pergi beli.

***
Masa kat kedai tu saya macam terfikir. Saya ni sekarang dah la cuti lari. So agak paling tak aktif langsung hidup sekarang ni. Dia punya lemak, macam nak kena rotan. Sebagai impulse buyer, saya pun belikan satu untuk diri saya. YES…. bila lepas bayar tu macam menyesal tapi mmmm fikir-fikir balik, ini alasan kenapa saya beli Fitbit untuk saya juga.

  1. Sebab nak aktif balik walaupun masa tengah cuti larian
  2. Sebab Suunto Ambit 2 tu tak pakai masa biasa ( saya pakai tu masa lari sahaja ) masa lain saya pakai jam lain
  3. Sebab nak study pasal tidur
  4. Sebab nak improve resting heart rate sebab saya dah start meditation
  5. Sebab nak tulis content untuk update blog untuk anda semua

Maka bila saya roll out semua alasan ni nampak pembelian Fitbit untuk diri sendiri bukanlah kategori membazir.

Anyway, sedikit pasal saya dan Fitbit, dulu masa awal2 Fitbit keluar saya beli online sebab Malaysia tak masuk. Saya beli Fitbit Flex. Ini gambar dia.

51N0Y6osPIL._SY450_

Sekarang Fitbit Flex dah masuk 2.0. Design dia lebih sleek dengan function yang lebih kurang.

512XgdrRevL._SX355_

Tapi yang saya beli kali ni bukan Flex ni. Saya beli Alta HR.

OK. Apa menatang Fitbit ni? Bagi yang tak pernah tengok atau tahu, Fitbit adalah satu alat untuk merekod berapa step anda satu hari / berapa banyak tapak anda berjalan. Eh, bukan ke iPhone pun dah ada apps ke nak track step? Betul, tapi track step pakai telefon? Kamonnn….. do u think Alexander Graham Bell invent telephone to calculate your daily step???

Sebenarnya ok je track step pakai phone tade hal pun. Takyah nak poyo sangat. Cuma, disini ada kelebihan Fitbit berbanding apps iPhone tu. Fitbit boleh track sleep quality kita.

Now. Ini matlamat saya (sebab dah keluar duit) untuk Fitbit.

Pertama, saya nak cuba balik at least satu hari jalan 10000 tapak atau bersamaan dengan 8 KM. Setakat 2 minggu pakai Fitbit ni, harammmmmmmmsssss…. belum berjaya lagi.

Kedua, saya nak track sleep quality saya. Sebabnya, saya dapati lately saya bangun tidur masih letih dan tak cergas macam dolu. Ini mungkin ada faktor saya berhenti lari, so badan rasa macam lemau lah. Maka, kelemauan ini bila saya kaji-kaji rupanya sebab saya tidur tak berapa nak best. Mungkin ini adalah faktor ibu bapa muda dimana tidur sekali dengan anak-anak, esp. Nia yang baru umur 4 bulan. So bila tengah malam Nia melalak, saya selalu terjaga walaupun saya tak buat apa-apa sebab isteri saya yang solehah tu uruskan semuanya.

Now, macam mana Fitbit track tidur kita? Kan kita pakai kat tangan. Bukan pakai kat mata. Ok. Fitbit track tidur kita melalui nadi kita. Itu pasal kalau nak track tidur, kena pakai Fitbit yang ada HR. Kalau beli Fitbit tade HR, tak boleh track tidur.

Bila kita tidur, nadi kita berubah. Perubahan nadi ini yang bagi info pada Fitbit dan Fitbit translate kepada data untuk kita review. Daripada data ini, ada 4 stage tidur atau Fitbit panggil Sleep Cycle. Yang ni saya pun baru tahu. Ini screenshot dari apps Fitbit lepas scync pagi2.

IMG_1892

Pertama : AWAKE. Ini adalah stage masih berjaga dan baru nak tidur. Warna dia dalam Fitbit warna Pink. Maksudnya tak tidur lagi. Baru lepas baca doa lepas tu berangan.

IMG_1893

Awake ini boleh jadi juga dah tidur, tapi terjaga. Kadang-kadang kita sedar kita terjaga tu tapi kadang-kadang juga kita tak sedar kita terjaga.

Kedua : LIGHT SLEEP. Ini adalah stage baru je tertidur. Entry point nak tidur. Kalau tak betul-betul, mungkin boleh terjaga balik dan pergi balik pada stage AWAKE ( biasanya bila Nia menjerit mintak susu) Basically, ini adalah tidur-tidur ayam. Pada stage ini, pernafasan menjadi perlahan membawa kepada heart rate yang semakin nak rileks. Body pun baru shut down masa ni.

Dalam Fitbit warna dia biru tengah-tengah

IMG_1895

Ketiga : DEEP SLEEP. Ini adalah stage dah beberapa jam tidur. Masa ni bukan tidur ayam dah orang melayu kata tidur mati. Masa ni kalau Nia azan kat telinga kita pun haram tak sedar. EL buat tendangan tanpa bayang kat muka sebab mengigau pun haram tak terjaga. Pernafasan semakin perlahan, heart rate rileks gila dan menjadi stabil.

IMG_1896

Apakah kepentingan DEEP SLEEP ? Stage ini yang menentukan kita bangun tidur refresh gila atau tak. Stage ini juga muscle recovery dan memory management otak tengah defrag. Kesan dia bagi immune system yang lebih baik pada badan. Namun begitu, semakin tua bangka seseorang, semakin sikit DEEP SLEEP dia.

Dalam Fitbit, warna dia biru tua.

Keempat : REM, atau Rapid Eye Movement. Lepas dah DEEP SLEEP, sekarang masuk stage akhir iaitu stage Mimpi Basah. Eh, tak. Stage mimpi tak kisah la mimpi apa. Mimpi minum milo lepas finishing line ke apa ke. Pada stage ini, otak bergerak cergas. Mata tu bergetar-getar walaupun dalam pejam. Nafas menjadi kencang, tak stabil  manakala heart rate meningkat.

Kepentingan REM sleep ini adalah untuk stabilize mood kita. Saya tak sure bagaimana, tapi bila saya tahu pasal ini, maybe kalau hidup siang hari kita depress, ia akan bawak ke dalam mimpi pun depress. Kalau hidup kita happy, mungkin bawak dalam mimpi pun happy.

Dalam Fitbit Biru paling muda.

IMG_1894

Kesimpulan dia, stage tidur ada 4. Memula nak tidur AWAKE, baru tertidur / tidur ayam adalah LIGHT SLEEP, then dah tidur mati DEEP SLEEP dan bila dah cukup haul DEEP SLEEP ni, masuk last cycle, REM atau cycle mimpi.

Now. Next benda yang kita nak kena tahu sebenarnya adalah piawaian tidur tu berapa percent setiap bahagian untuk jadikan tidur kita effektif. Maksudnya, adakah kena deep sleep 100% atau cukup deep sleep 40% ke canne?

Tu next postinglah. Tapi untuk info tambahan, ini unboxing dan setup Fitbit Alta ni. Senang je. Pakai kaki pun boleh setup. OK BYE.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *