Barang : Fitbit Alta HR Pt 3 – Kenapa kena tidur 8 jam sehari

Masa saya pakai Fitbit Flex dulu saya ada buat group rasanya. Nama group tu rasanya Tangkal Fitbillah. Bila saya google, sekali ada dalam tweet pulak. Jilake. Semua yang kita buat zaman dulu keluar pulak zaman sekarang.

Screen Shot 2018-11-09 at 1.26.50 PM

Sebenarnya memakai Fitbit ( atau apa jua wearable di tangan ) bukanlah satu benda yang saya rasa moden sangat. Orang zaman dulu dah lama pakai pun. Cuma zaman dulu kita tak bagi nama specific macam Fitbit, atau Miband…. dulu nama dia semua generic iaitu “Tangkal”. In fact, dalam filem P Ramlee Semerah Padi pun kalau EL Lukh tengok sekarang mesti dia tanya, “Abah, P Ramlee pun pakai Fitbit?”

Screen Shot 2018-11-09 at 1.29.46 PM

Orang zaman dulu, selain sebagai pelindung diri, tangkal mempunyai fungsi tertentu yang pemakai sahaja tahu. Sama je macam zaman sekarang. Fitbit ini kira pelindung diri jugak. Apa yang lindungnya? Dah kalau sehari jalan 8 km / 10 k tapak, sah-sah lindung diri dari penyakit. Which point saya adalah, sesuatu benda tu bila kita tak tahu tak payahlah kita nak jatuhkan hukum halal atau haram.

Ok, sambung semula pasal Fitbit dan ketiduran.

***

Fitbit ni track tidur kita secara manual dan auto. Kalau manual, sebelum tidur tu kita buka apps dan click start sleep manakala kalau malas, kita tidur je so dia auto add dalam apps.

Lepas bangun tidur, kita boleh tengok berapa jam kita tidur, dan berapa percentage kita tidur berdasarkan sleep cycle.

IMG_1899

Semua aktiviti tidur ni ( kecuali aktiviti meniduri / ditiduri ) akan ada dia punya weekly stat membuatkan kita tahu berapa lama kita tidur seminggu. Saya baru tau yang saya tidur tak sampai 8 jam pun sehari. Demmit!

1

Now, kalau kita decide piawai tidur kita mesti 8 jam sehari, maka kalau macam saya ni memang tak sampai punlah piawaian dia. Dalam erti kata lain, dengan Fitbit, saya tahu bahawa tidur saya tak cukup, kalau 8 jam itu dikatakan cukup.

1. Betul ke kita mesti tidur 8 jam sehari?

Mengikut kajian, tidur 7 – 8 jam sehari memanjangkan umur. Tak cukup 7 – 8 jam, boleh menyebabkan mati awal. Lebih 7 – 8 jam, lagi teruk dan bahaya risikonya. Maksudnya, tidur tak cukup bahaya, tidur berlebih-lebih, lagi bahaya.

Screen Shot 2018-11-09 at 1.43.53 PM

2. Berapakah pula jam tidur yang sepatutnya mengikut umur?
Di bawah ini adalah jadual jumlah jam yang sepatutnya mengikut umur kita. So kalau dah dewasa, kena tidur 8 jam. Kalau anda pelakon filem dewasa, lagi banyak jam anda tidur. 😀

Screen Shot 2018-11-09 at 1.50.13 PM

3. Dalam dunia ini, sapa yang paling banyak tidur?

Yang paling tak cukup tidur adalah lelaki singapura, average 7.3 jam sehari manakala yang paling banyak tidur adalah perempuan Belanda, 8.4 jam sehari. Hmmmmm…. macam mana rupa perempuan belanda agaknya. Kita ni dulu penjajah inggeris.

Namun, research terbaru memberikan data yang berbeza. Dikatakan rakyat yang paling kurang tidur adalah rakyat Jepun.
Screen Shot 2018-11-09 at 2.02.50 PM

Manakala yang paling banyak tidur adalah rakyat New Zealand.

Screen Shot 2018-11-09 at 2.07.01 PM

4. Kalau dah negara yang ada ultraman dan tamagochi pun tidur cuma 5 jam, adalah tidur 8 jam ini sebenarnya masih valid?

Melalui kajian saya, rupanya tidur 8 jam ini adalah teori pada tahun 1942. Masa tu depa kata tidur 8 jam adalah normal. Apabila zaman berubah, orang berusaha lebih keras dan bekerja lebih masa, maka, average tidur manusia pada zaman ini adalah 6.8 jam sehari. Maksudnya, dah tak ada orang zaman sekarang tidur 8 jam. No wonder saya tidur 6 jam sehari…. saya orang zaman sekarang.

Kesimpulannya, tidur kurang dari 8 jam adalah average sekarang ini dan sudah menjadi normal pada semua orang, cuma, adakah ia baik untuk kesihatan? Kalau ikut soalan no 2 tadi tidaklah. Dan ini bermakna, manusia zaman sekarang akan lebih pendek umurnya.

5. 8 jam adalah 1 / 3 dari satu hari

Bila saya fikir balik, saya rasa kita memang kena tidur 8 jam sehari. Walaupun average manusia sekarang tidur 6.8 jam, itu adalah tidak sihat. Saya rasa sebab banyak sangat screen time selain daripada tekanan perasaan akibat kerja yang demanding dan kehidupan yang semakin sukar akibat kenaikan harga barang dan tak cukup duit.

Sehari ada 24 jam. 8 jam untuk tidur ( rehat), 8 jam kerja, dan 8 jam bersama keluarga. Saya ingat ini dah perfect sangat. So kesimpulan posting ini, cita-cita saya sekarang nak tidur 8 jam. Cuma, sebabkan saya buat meditation sekarang, instead of 8 jam, maybe target tidur saya adalah 7 jam sahaja.

Sekarang saya nak ubah target jam tidur saya daripada 8 jam kepada 7 jam dalam fitbit. Sebab 7 jam ok lagi, tak mati awal. Mati awal ok lagi dari mati pucuk. Tapi kalau boleh, tanakla mati awal ngan mati pucuk. AMIN

 

 

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *