Barang : Fitbit Alta HR Pt 4 – Berapa percent cycle tidur yang effective?

Ok. Sekarang saya nak study berapa percent cycle tidur yang betul dan paling optimum untuk tidur yang effektif. Dalam posting lepas kita tahu bahawa tidur ini ada 4 stages iaitu AWAKE, LIGHT SLEEP, DEEP SLEEP dan REM.

Sekarang nak tengok, berapa percent setiap cycle diatas yang sepatutnya.

Melalui pembacaan saya, didapati bahawa :

  • 50% – 60% daripada tidur kita adalah LIGHT SLEEP. Maksudnya, kalau tidur 7 jam, tempoh bagi LIGHT SLEEP adalah 3.5 jam ke 4.2 jam
  • lama atau kejap LIGHT SLEEP, tidak membantu kepada tidur yang effektif
  • 10% – 20% daripada tidur, sepatutnya adalah DEEP SLEEP. Maksudnya, kalau tidur 7 jam, tempoh bagi DEEP SLEEP adalah 42 minit ke 84 minit / 1.4 jam
  • namun untuk start DEEP SLEEP adalah bergantung pada umur, dan pada body kita
  • lebih tua umur seseorang, lebih susah nak DEEP SLEEP sebab faktor penyakit contohnya sakit gigi ke sakit badan ke, maka chances DEEP SLEEP yang lama, kurang
  • kalau tak sampai at least 10% untuk DEEP SLEEP, maksudnya DEEP SLEEP kurang, maka bangun tidur kita tak refresh. Maksudnya, DEEP SLEEP penting untuk tidur yang effektif
  • 20% – 25% adalah REM dan ia akan berlaku pada suku kedua waktu tidur.Maksudnya, kalau tidur 7 jam, tempoh bagi REM adalah 84 minit / 1.4 jam  ke 105 minit atau 1.75 jam. Maka kalau baru tidur REM tak sampai la. kalau tidur kejap, maksudnya, kita tak masuk REM
  • kalau tak cukup REM, bangun tidur rasa pening, sukar nak fokus dan susah nak ingat benda, sebab tu kalau lepas baca buku atau belajar benda baru, consume info baru, kena tidur cukup sampai REM, supaya otak tu balance
  • Terlebih REM pulak pun tak elok, boleh menyebabkan otak terlampau aktif masa tidur dan menyebabkan rasa nak marah, depress dan anxiety

Now sekarang saya nak tengok tidur saya effektif ke tidak. Rasa-rasa sekarang cam kurang tidur. Tapi takpe, boleh tengok Fitbit.

1. Berapa average jam tidur seminggu

Didapati, seminggu saya tidur tak cukup 7 jam pun. Average adalah 5 jam 52 minit. Dalam seminggu kebelakang ni, malam tadi je tidur lama tu pun sebab semalam saya ride ke penang balik hari. Boleh tengok hanya satu ada Star Hijau dan semua waktu tidur adalah bawah 7 jam.

Hmmmm no wonder sejak kebelakangan ni asyik nak marah je. Tak cukup tidur rupanya.

s03

2. Adakah waktu tidur saya konsisten berkadar tetap atau agak2 nak tidur atas meja terus tidur je?

Nampaknya jadual tidur saya tak betul. Tidak ada jam yang specific saya tidur dan bangun pun tak ada jam yang specific. Dem. Nampak sangat tak semayang subuh.

s02

3. Berapakah pecahan cycle tidur dan adakah mengikut percentage yang betul?

Kalau tengok graph ni tak berapa nak tahu berapa percent tu betul ke tidak, sebab indicator percentage tak ada la pulak.

s01

Tapi boleh tengok detail pada each sleep. Didapati, LIGHT SLEEP saya adalah 57% average untuk 30 hari which is OK, masuk dalam range 50% – 60%. Tapi DEEP SLEEP hanya 9% average, maksudnya, masih tak masuk range 10% – 20%. REM pun tak masuk range 20% – 25% sebab average hanya 19%.

s05

Maksudnya, banyak yang saya nak kena buat ni untuk dapatkan tidur yang muka ada sinyum. Kalau gini gaya punya result, agak masam.

Fitbit ada juga bagi data comparison dengan orang yang umur macam kita. Dalam kes saya, umur yang 38 tahun yang masih muda ini average dia begini.

s06

***
Andaian saya, bila saya stop lari ( eh bukan stop ), cuti lari, nampaknya ia mengganggu tidur yang efektif. Bila saya tak cukup letih, tidur tak berapa nak best macam dulu. HMMMMmmmmmmmmmmmmmmmm……..

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *