Barang : Fitbit Alta HR

Semalam birthday orang rumah saya. Saya minta gerak, nak bagi hadiah apa. Gerak pertama adalah Fitbit Alta HR. Tapi ntah kenapa macam mengada, saya minta adik perempuan saya pergi cari barang dapur Joseph Joseph.

200416_JJTemplate_HeroR1

Adik perempuan saya Yana, kerja kat area OU. So saya yang jarang ke OU ini fikir, boleh jadi disana mesti ada kedai yang jual Joseph Joseph ni. Barang dapur dia design minimalist. Praktikaliti dia boleh tahan genius. Boleh pergi tengok video kat web dia dan pasti jika anda seorang yang suka memasak akan jatuh cinta pandang kali pertama.

Malangnya Joseph Joseph atau Yusuf Yusuf ni tak ada kat OU rupanya. Dalam keadaan kelam kabut nak cari Joseph Joseph sampai tawaf satu OU, akhirnya saya minta adik perempuan saya belikan Fitbit Alta HR. Waktu tu saya dah ada kat cinema di The Curve tu tengok Beauty & Beast dengan isteri saya. Bajet lepas tu pergi makan dekat The Apartment dan adik perempuan saya serta adik lelaki & ipar masuk dari belakang jerit surprise.

Anyway dah tahu dah gerak hati yang pertama adalah yang paling asli. Tapi degil. Nak juga sangsi. Gatal juga nak cari yang lain akhirnya menyusahkan orang. Sorry Yana. Anggap tawaf OU tu satu senaman menguruskan badan. 😀

Oleh kerana berbalik pada Fitbit Alta HR, maka saya minta Yana cari yang warna ungu. Sebab antara semua, ungu ni macam mari.

Screen Shot 2017-04-04 at 11.36.55 AM

Malangnya di Malaysia ni tak banyak pilihan warna. Majoriti adalah warna hitam. So last sekali terpaksa juga amik yang hitam. Basically sebelum kami ke Tokyo dulu kami ada singgah OU nak cari baju sejuk EL. Tersinggah kejap kat kedai gadjet kat level atas tu yang satu tingkat dengan Baskin Robin. Masa tu saya saja je masuk usha fitbit baru apa. Tetiba isteri saya test Fitibit ni dan dia kata cantik.

Dulu kami memang ada pakai Fitbit. Waktu tu Fitibit yang first sekali siap beli online sebab cari kat Singapore tak jumpa. Zaman wearable baru-baru nak masuk Malaysia. Masa tu sebab gila Fitbit, kalau boleh asyik nak jalan kaki sebab nak kumpul berapa tapak jalan sehari. Waktu tu yang baru tahu ada kempen 10K steps per day / jalan 8 KM sehari. Dikatakan siapa yang jalan 10K langkah sehari hidup dia sihat. Melalui eksperimen kami memang betul. Sebab average kami jalan sehari cuma 4 – 5 KM. Ini level kurang sihat sebenarnya.

Screen Shot 2017-04-04 at 11.41.10 AM

***

Hari ini dah macam-macam jenis Fitbit ada kat kedai. Sampai pening nak pilih yang mana. Kenapa saya belikan isteri saya Fitbit Alta HR ni adalah sebab dia ada HR atau heart rate. Harap melalui HR ini dapat membantu isteri saya mencapai berat badan idaman saya, eh silap, berat badan idaman dia. Dah setahun lebih dapat anak sulong ni saya tengok isteri saya dah start jogging semula petang-petang. Walaupun tak jauh cuma satu kilometer lebih sahaja, tapi semangat juang dia tinggi sebab lari sambil tolak EL dalam stroller.

Nanti kalau ada masa saya tulis lagi pasal Fitbit Alta HR ini. Sementara ni biar isteri saya pakai dulu dan later saya tanya dia best ke tak. Sekarang bukan zaman nak kira berapa langkah tapak kaki pergi dah sebab dulu dah tahu yang sehari kena jalan at least 10K steps. Sekarang yang penting adalah badan sihat sebab bila badan sihat, tak lesu dan tak letih. Bila badan cergas, otak pun cerdas. Bila dah ada target atau goal nak kuruskan badan, Fitbit hanyalah satu tool untuk bantu achieve goal itu dengan lebih konsisten dan cepat tanpa buang masa.

Oh ya. Jangan pakai masa mandi sebab melalui pengalaman lepas, itu punca getah dia putus cepat.

Selamat hari jadi buat isteri saya. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog ini yang paling setia, (sebab bila saya tak update blog, dia asyik tanya bila nak tulis).

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *