Barang : Incentive Spirometer

Kisah Joshua Fiske semalam agak mendatangkan pengetahuan baru bagi saya. Ini lebih-lebih lagi bagaimana untuk mengetahui kapasiti paru-paru kita. Ye lah. Saya ni smoker. Ni masalah saya. Nak berhenti tu ntah bila……

1. Fakta berdasarkan kisah Joshua Fiske

Diketahui kadar udara untuk adult yang sihat dan normal adalah 6000 ml. Josh bila kena covid19, menurun ke 400 ml.

Bila recover setakat yang dia cerita, hanya sampai 3700 ml. Untuk semak value ni Josh guna “incentive spirometer”.

2. 6000 ml ni sekali sedut ke atau size casing paru-paru kita?

6000 ml atau 6 liter udara disedut per minit.

Ada sumber lain kata average 7 – 8 liter seminit. Ini menjadikan avg 11 k liter sehari.

3. Berapa kadar udara yang disedut oleh marathoner?

Untuk elite runner, 200 liter seminit. Orang biasa, 6 liter seminit. Dalam erti kata lain, elite runner sedut udara 33 kali lebih banyak berbanding orang biasa. Wow!

4. Berbalik kepada alat Incentive Spirometer, apakah fungsi sebenar alat ini?

Ia adalah alat untuk membantu paru-paru recover selepas mengalami kecederaan. Kira alat ni cam treadmill untuk paru-paru la saya rasa.

5. Kita orang biasa boleh beli tak alat ni saja suka-suka nak check berapa liter kita sedut udara seminit. Kut2 dapat sedut 50 liter pun oklah sebab tu dah 25% elite runner. Kut-kut…..

Kalau ada duit ko nak beli hospital pun boleh dik. Ok jom tengok berapa harga dia. Halah… ingatkan mahal sangat. RM55 je dik oi. Ni kat lazada.

Tapi kalau ada bajet lebih boleh beli yang digital. Ini dalam RM328.

Kalau ko T20, ko boleh amik yang ni. Siap ada apps lagi. Rega RM1029.

6. Rasa cam nak beli sebab target hidup saya nak achieve 400 liter seminit iaitu 2x ganda lebih dari elite runner. Ni kalau beli ada cara nak pakai dia tak? Ye la mana tau sebab tak sure corong tu nak sumbat dalam mulut ke atau dalam hidung ke atau kat bontot.

Saya respect dan hormat target hidup anda. Pertama kena ingat, alat ni adalah untuk recovery kecederaan paru-paru. So kena tanya doktor kalau paru-paru tak cedera boleh pakai tak? Tapi kalau simply google, ni jawapan dia.

Now, boleh baca detail cara nak guna kat sini. Atau tengok video kat bawah ni. Fokus pada cara penggunaan ya jangan terfokus benda lain lak.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *