Barang : Jenis Kasut Nike untuk Marathon

Screen Shot 2017-01-25 at 2.12.37 AM
Swoosh dia punya placement len len tu

Semalam sebelum tidur saya ada browse-browse web Nike Jepun. Saya dapati ada satu gambar dimana menerangkan Kasut NIKE jenis mana yang sesuai guna berdasarkan timing atau catatan masa FM idaman anda.

Sebelum ni kalau pergi kedai NIKE (di Malaysia), dia tak tulis kasut mana untuk mana. Yang dia tulis cuma Stable Ride, Soft Ride dan apa kejadah (satu lagi saya lupa). So sebagai runner yang bertatih macam saya ni saya pun kadang-kadang confuse sebenarnya yang jenis mana sesuai untuk yang mana. Dalam kepala saya fikir, kasut NIKE dibahagikan kepada kategori race iaitu certain kasut untuk race 5K, certain untuk 10K, dan selebihnya untuk race yang lebih jauh seperti untuk HM dan FM.

So bila dah jumpa gambar dari web NIKE Jepun ni, sedikit sebanyak beri idea untuk pilih kasut berdasarkan SUB berapa untuk FM. Dari satu segi juga, ia beri suggestion dimana kasut yang mana paling ringan dan yang mana paling berat.

Ini gambar dia.

nikeshoe_marathon_timing_01

OK. So kalau tak paham bahasa jepun (macam saya juga), boleh buka website dia dalam Chrome dan guna web translator yang ada dari Chrome. Firefox ngan Safari macam panjang sikit cita dia. So lepas translate, dia keluar begini.

nikeshoe_marathon_timing_02

Selama ni saya pakai siri Pegasus so dari carta ni baru saya tahu yang Pegasus adalah untuk level Intermediate.

Anyway, tak semua model ada di Malaysia. Dan satu lagi hal, saya rasa, walaupun kita ada certain target untuk achieve catatan masa FM, gegambar diatas cuma guide sahaja sebab kaki kita mana sama dan tak semua jenis kasut kita sesuai.

So amik panduan saja ya.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *