Barang : Tracer360

Screen Shot 2017-05-04 at 11.06.05 PM

Untuk anda yang suka lari malam dan rasa masih tidak selamat walaupun dah pakai lampu kat bahu atau lengan, ini ada lampu yang lilit badan anda macam hari raya.

Nama barang ini adalah tracer360. Tengok gambar dulu.

StandoutGadgets-Tracer360-All-in-One-Compressed
Gambar Internet depan

Ini lagi gambar, depan dan belakang.

a9631bb534a571e28855450df738ffd7 32112

Tak pasti sama ada barang ni baru atau saya baru tau, tapi yang pasti tracer360 ni gambar dia baru keluar dalam ad instagram saya kelmarin. So bila tengok tu saya buat kajian lanjut.

So tracer360 ini adalah lampu belit badan yang berubah warna ( atau pilih warna sendiri) bila pakai, dengan tujuan kadar visibility driver yang bawak kereta tu jelas, supaya runner tak kena langgar. Bahagian belakang tu macam ada satu pod bercahaya, manakala bahagian depan ada lining kiri dan kanan.

Ini video detail dia :

Tracer360 from Noxgear on Vimeo.

Tracer360 ni boleh dipakai sama ada runner atau penunggang basikal. Gaya dia macam senang nak pakai dan tak berat. Harga dalam USD54.95 atau dalam MYR adalah RM237.80. Ada 3 size, S, M/L, XL. Bateri dia tahan 40 jam, boleh nampak dalam hujan. Salji saya tak pasti sebab tak jumpa lagi video orang pakai dalam salji. Ini adalah video yang gelap gila, review dari orang lain. Bila tengok video ni nampak macam kalau pakai dalam lubang gelap kat space pun masih boleh noticeable.

Now. Itu hal lampu belit badan. Ini pula yang lebih menarik iaitu ilmu sains yang depa kaji relate dengan lari, kegelapan dan cahaya.

Visual Science Blog Image
Gambar dari internet

Menurut mereka, pertama, adalah fakta :

1. Menurut laporan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kemalangan bagi pedestrian adalah 69% berlaku pada waktu malam.

2. Waktu paling bahaya dimana kemalangan kerap berlaku adalah 6 – 9 malam, dimana kereta banyak waktu balik kerja.

3. Secara purata, dalam masa 2 tahun, hampir 1 juta runners, pejalan kaki dan penunggang basikal dilanggar motor. Mak aii banyak gila.

Kedua, adalah kajian saintifik.

1. Mata manusia paling sensitif pada warna kuning pada waktu senja. Makanya menggunakan oren sebagai kon trafik, sebenarnya tidak tepat.

2. Bila mata manusia dah adapt dengan kegelapan, mata manusia lebih sensitif dan peka pada warna hijau.

3. Penggunaan warna merah pada LED kelip-kelip, sebenarnya tidak berapa tepat berbanding LED hijau / biru untuk mata manusia.

4. Bahan / material yang florescent sangat bercahaya kerana berupaya menukar cahaya UV yang tidak kelihatan kepada cahaya yang boleh nampak.

5. Penggunaan material reflective pada baju / jeket / kasut / talipinggang botol air, adalah baik namun hanya berfungsi kalau ada lampu suluh pada kawasan reflective ini.

6. Walaupun dah ada undang-undang tentang penggunaan handphone ketika memandu atau menunggang motor, majoriti penunggang motor masih menggunakan handphone semasa menunggang.

7. Memandu / menunggang sambil main handphone adalah lebih bahaya daripada memandu sambil mabuk, menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).

Basically kajian sains dia panjang lagi dan anda boleh baca kat link bawah ni sebab perut saya dah lapar dan nak makan nasi. Sapa-sapa dah beli kalau dah test dan rasa macam best nanti bagitau saya.

Terima kasih

Langkah seterusnya
Produk : https://www.noxgear.com/tracer360
Kajian sains : https://www.noxgear.com/blog/running-blog/95-visual-science-that-runners-and-cyclists-should-know-about

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *