Trunvelogue, KitabkeViktor : Big 4 Geelong Riverview Tourist Park

IMG_6974
Sementara menunggu isteri saya mandi dan mandikan EL, untuk menewaskan kesejukan, saya mengambil gambar van lagi. Errr…

Selamat pagi semua. Hari sudah siang dan baru boleh nampak rupa campsite ni ghupanya. Nama campsite pertama yang saya duduk ini adalah Geelong Riverview Tourist Park. Location dia agak dalam bandar, dan surrounding dia pun feel macam dalam taman perumahan.

Pagi hari sejuk dia saya rasa macam lebih sejuk dari malam tadi. Mungkin kerana bila pagi kita terpaksa pergi mandi. Di campsite ini ada public toilet. Admin campsite selain dari bagi resit bayaran sewa satu hari, dia bagi kunci bilik air sekali.

Dan saya bergilir dengan isteri saya pergi mandi. Tapi bila isteri saya pergi mandi dengan EL, saya dapat dengar jeritan batin EL dari dalam toilet mungkin memberontak kesejukan. Walaupun ada air panas, badan terus saja sejuk bila lepas siram air panas. Itu yang buat EL menjerit.

Melalui 3 buku yang Mel Apollo bagi itu maka fahamlah saya bahawa seluruh Australia ini bertaburan campsite-campsite untuk travelers berhenti bermalam. Semacam ada satu gaya hidup  dan kehendak untuk mengembara tersemai dalam jiwa para Australi.

Big 4

3 brand utama campsite adalah pertama, Big 4 Holiday Parks. ada lebih 180 campsite yang bernaung bawah Big 4 di seluruh Australia. Kalau tengok pada peta, majoriti campsite adalah di bahagian tebing Australia dan cuma less than 5% wujud di bahagian tengah Australia.

Screen Shot 2016-06-08 at 1.54.33 AM

Yang kedua pula adalah TOP Park, yang ni pun ok juga tapi Big 4 nampak macam lebih premium.

Top-Parks-Rebrand-Banner-Top-Tourist-Parks-logo
Untuk customer Apollo, brand campervan yang saya pakai, dapat discount 10% kalau sewa mana-mana Big 4 dan Top campsite.

Yang ketiga pulak, Vic Parks. Yang ni khas untuk negeri Victoria sahaja. Tapi melalui buku yang dia bagi tu saya tengok dalam directory Vic Parks, ada campsite Big 4 dan ada juga campsite Top. So saya ingat Vic Parks ni macam lebih kurang persatuan campsite negeri kut yang ada semua brand bawah dia. Means, dia bukanlah competitor macam Top vs Big 4.

Screen Shot 2016-06-08 at 2.03.35 AM

Maka, ada tak campsite yang bukan Big 4 atau Top? Ada. Tapi saya tak tau apa dan tak pernah pulak singgah.

So yang pertama ni saya cuba Big 4, Geelong Riverview Tourist Park. Ini gambar google street view. Kalau tengok dari direktori web Big 4 nampak macam best gila tapi bila tengok depan mata saya ingat biasa-biasa sahaja.

geelong_riverview_campsite
Google Streetview

geelong_riverview_campsite_map
Google Map

Campsite ni berdepan dengan Sungai Barwoon dan sebelum nak ke sungai tu ada taman. Saya bajet macam pagi ni nak pi lari dalam 5 KM ke dulu saja nak panaskan badan tapinya saya bangun lambat. Yess lah. Pulak tu sejuk gila. So maafkan saya.

IMG_6997

Apa yang ada kat campsite ni? Pertama dekat dengan bandar. So sebab saya kata kat Mel Apollo yang saya nak beli barang dapur, agak bijaksana juga dia pilihkan site ni. Dekat dengan Coles dan Kmart. Kedua, elok masuk je Campsite ada cafe. So kalau malas nak masak breakfast boleh breakfast situ.

Yang lain tu standard la ada free wifi, tapi saya tak sempat nak guna pun. Anyway, space di campsite terbahagi kepada 2. Pertama nak sewa rumah kecik ke, atau nak sewa space untuk parking kenderaan kita.

Kalau rumah tu ada macam-macam jenis rumah, so ikut kita berapa orang dan rumah macam mana yang kita nak. Sepanjang journey ni haram satu rumah pun saya tak try so saya tak tau sangat. Tapi basically harga untuk sewa satu rumah semalam kos dia paling murah AUD129 dan paling mahal AUD169. Dan harga rumah ada beza pada waktu weekend.

cabin

Untuk campsite pulak ada macam-macam jenis. Kita boleh pilih kita nak camping khemah saja ke, atau nak site yang ada air dengan power, atau nak site yang ada tandas kat sebelah kita. Means, bukan public toilet which is lebih privacy.

campsite

Harga of course ada beza so untuk yang pertama ni damage yang saya kena adalah AUD35 satu malam. Rupanya Mel Apollo pilihkan powered paved site. Untuk AUD35 satu malam, imagine kalau gaji kita kat sana dalam AUD4000 sebulan, apalah sangat. Kalau duduk seminggu pun baru AUD245.

info_campsite

Disebabkan campsite ni macam banyak site dan mungkin bila kita sampai malam kita tak tau mana space kita, so masa memula sampai tu selain kunci, admin ofis bagi map campsite kat saya dan dia tanda kat mana space kita. Yang ni version web. Tak silap saya site saya nombor 101 tu sebab dekat dengan Amenities which is public toilet. Saya perasan ada site saya dekat dengan playground.

map

Ini gambar yang saya amik untuk feel suasana campsite first ni macam mana. Next post saya akan tulis pasal powered site.

IMG_6996

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *