Blog : Bersihkan sawang, cuci, kemas apa yang patut Pt 3

Basically blog ni masih tak habis lagi dalam hal kemas mengemas. So hari tu dah settle part 1, sekarang saya tengah focus part seterusnya. Take note tujuan saya share ni bukan nak suh anda tulis blog sambil lari. Berat kut nak bawak laptop atau nak usung hp masa lari nak update content. But anyway, tujuan saya incase anda ada minat nak tulis blog (atau masih ada minat), sedikit sebanyak boleh la amik menda-menda yang ada dalam blog ni in term of technical.

Saya tade la pandai sangat, sikit2 tu bolehlah. Lagi pun saya memang keja dalam bidang multimedia ni.

Overall jumlah post

Jumlah post blog ni dah mencecah 1024. So kalau saya tak mula kemas semua posting ni lama2 blog ni bersepah cam haram. Tujuan nak kemas semula content juga adalah supaya content-content lama tu ada faedahnya juga kalau orang baca.

Biasanya posting kalau dah banyak, content lama dia pi belakang tade orang chara. So kena ada satu cara sistematik canne nak solve masalah ni.

Related Content

Dulu saya pakai related content setting dari Jetpack. Yang ni menyebabkan setiap posting akan ada 3 thumbnail related content dengan content posting.

Kelemahan dia pertama hanya boleh display 3 sahaja. So dia tak display yang lain-lain. Katakan satu post tu relate dengan 18 posting lain, yang keluar 3 je.

Satu lagi kelemahan saya tengok dia tak berapa nak related.

Bila saya google dan cari, saya jumpa satu plugin baru yang lebih effisien. Nama dia Contextual Related Posts . Plugin ni boleh listkan related content yang betul-betul relate (kata dia la). Lagi satu dia boleh display related content lebih dari 3, then boleh pilih mode gambo ke mode text. Kalau tade content yang related, dia ada setting sama ada hide terus atau keluo apa 2 text yang kita set.

So far macam ok. Cuma setback dia, nak kena tukar title posting lama agar plugin ni boleh cari yang relate dengan tepat. Ni amik masa skit ni ada 1024 posting. Kalau sehari buat 10, seratus hari baru habis.

Content-content baru

Saya cuba tulis content-content baru atau buat posting baru setiap hari. Maknanya, saya akan tulis dan schedulekan post untuk appear pada jam 8 pagi setiap hari. Dalam erti kata lain, kalau anda pembaca tegar blog ni, blog ni memang akan ada satu post, satu hari. Kalau dah baca hari tu, tak yah ulang nak check update ada ke tidak post baru. Takyah buang masa. Tunggu esok je. Sebenarnya saya dah tulis seminggu punya posting dan schedule ikut turn.

Blog lambat load

Yang ni saya perasan hari tu ada berlaku. Punya lama saya tunggu last2 baru load. Rupa-rupannya ia adalah disebabkan kegagalan plugin auto excerpt yang saya pakai. Patutnya plugin ni dia akan auto je agar listing yang keluar kat depan (home) jadi pendek. Tapi sebaliknya, dia tak summarykan dan posting kat depan keluar sampai habis.

Effect dia blog nak kena loadkan gambar etc semua so itu yang buat blog jadi lembab.

Isu ni dah setel so, patut blog load laju.

Analitik

Blog ni sebenarnya hit dia alhamdulilah boleh tahan. Sebab saya stop tulis hari tu so dia ada turun skit tapi bila saya mula start tulis balik, hit makin naik semula. TQ lah sudi baca. Zaman sekarang mana ada orang nak baca blog dah sebab baca social media lagi sedap. So saya amat menghargai anda.

Saya baru add plugin web ni dan pairkan dengan google analytics. Sebelum ni saya bergantung pada jetpack je. Kenapa saya baru buat benda ni? Sebab saya baru ingat nak buat. Dan menggunakan google analytic, banyak data kita boleh tahu berbanding jetpack punya analytic.

Ni contoh2 data dari google analytic. Banyak budak muda baca blog ni ghupenyeh.

In term of returning user, baru 10%. Maksud dia, yang baca blog ni dan datang balik baca serta terus membaca. 90% jumpa then terus tinggalkan ala touch n go la. Target long term saya adalah nak achieve at least 20% returning visitor. So baru la kena ngan teori pareto.

So, kalau anda yang 10% ni yang bapak setia tak ingat dunia masih lagi baca blog saya ni saya doakan anda
a. kaya raya sekelip mata,
b. kalau bujang, dapat bini cun gila melentik atau laki yang bertanggungjawab dan hensem bak hang
c. kalau dah kawin, mendapat happiness yang unlimited.

AMIN 18 juta x

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *