Blog : Bersihkan sawang, cuci, kemas apa yang patut

Kerana blog ini lama ditinggalkan ( lebih kurang 780 hari ), makanya bila saya masuk balik web ni, banyak masalah dan kerosakan di sana sini. Berikut adalah masalah-masalah dan bagaimana saya selesaikannya. Take note saya dulu adalah seorang designer yang bermula masa zaman Flash 3 dan Dreamweaver 2. Tapi sekarang saya punya level nak buat web tu agak Fun Run berbanding dulu level Ultra 100K.

1. Direct URL ke lariansebuahkitab.com tak jumpa

Ini adalah masalah dimana kalau taip url blog, website tak jumpa. Memula saya ingat seluruh web hilang atau tak ada dah tapi rupanya cuma first page tak jumpa. Page lain ada. So selama ni saya ingat pintu masuk tu tade maka takleh masuk rumah. Rupanya boleh masuk rumah, melalui tingkap dan pinntu dapur.

Masalah ini berlaku kerana terlampau banyak redirect. Blog saya engine dia wordpress. So ada redirect dari domain, dan kemudian di wordpress sendiri ada setting redirect ke page tertentu.

Macam mana nak betulkan? Ada banyak cara tapi ni cara paling bangang dan paling simple.

a. Cpanel > Redirects, buang redirect web
b. Cpanel > File Manager > masuk dalam directory blog, create satu HTML file

Pada file HTML ni, create script redirect pada page yang sepatutnya.

Screenshot 2020-07-03 at 2.09.14 PM

c. WordPress Dashboard > General > Isi url yang kita redirect tu

Screenshot 2020-07-03 at 2.12.25 PM

Lepas buat macam ni, blog hidup balik. Bila reader taip lariansebuahkitab.com kat url tu, dia akan pergi page html tadi, then redirect ke /blog.

Basically ini bukan cara yang terbaik tapi at the moment, ini cara paling cepat untuk solve masalah. Lain hari kita cerita lain pulak.

2. Masalah Spam banyak gila sama macam banyak dosa

Ini saya pening sikit. Bila tengok comment ada dekat 6 ribu. Ingatkan ramai yang komen rupanya jin yang spam.

Screenshot 2020-07-03 at 2.24.12 PM

Ni komen jin tu.

Screenshot 2020-07-03 at 2.25.01 PM

So canne nak settle benda ni? Takkan nak click spam tiap2 satu 6 ribu kali. Jenuh aiih…. kalau dah click pun, lepas tu kalau jin spam lagi? Fakin hell nak layan jin tiap2 hari bila aku nak update blog?

Ok dulu blog saya tak kena spam sebab saya ada install plugin Jetpack ni. Tapi ntah kenapa, sekarang plugin ni masih ada cuma bab spam tu dia cam tak solve. Bila tengok balik rupanya jetpack akismet saya ada masalah.

Screenshot 2020-07-03 at 2.28.25 PM

Tapi bila click nak config tunggu 3 hari page kosong tade benda. Hebat jin sekarang pandai semunyik benda lain dah.

Screenshot 2020-07-03 at 2.29.26 PM

Bila saya google saya jumpa memang ni masalah sejagat rupanya setahun lebih yang lalu. OK. Baca sini.

Screenshot 2020-07-03 at 2.31.33 PM

Saya masuk cpannel dan cuba delete folder ni tapi ntah kenapa haram tak boleh. Padahal saya admin ni. Babi nye jin.

So saya cari cara lain. Maybe ada masalah dengan Jetpack plugin tu. Sebab dia bila saya buka page jetpack, dia jadi gila.

Screenshot 2020-07-03 at 2.39.15 PM

So memula, check jetpack punya hal. Page debug tu sini. Tapi bila check, nampak macam ok.

Screenshot 2020-07-03 at 2.37.51 PM

So sekarang saya ingat saya nak reintall plugin jetpack ni. Mungkin yang existing ni jin dah level saka duduk dalam plugin ni. Untuk reinstall, follow sini.

Sebelum saya install, saya update dulu wp saya ke version paling latest.

Now, lepas install, saya delete jetpack plugin, then install balik yang baru. Ok. finally dah ok. Lega.

Next nak settlekan akismet pulak. Saya buat benda yang sama, delete plugin then install baru. Bila saya dah install yang baru, ada pulak hal ni. Patut la blog kena serang dengan jin.

Bila saya connect, dia ok tapi rupanya account akisment saya kena suspend.

Bila saya tengok kenapa, rupanya account saya suspended sebab saya ada online store jual merchandise yang bawak masuk duit 8 juta sebulan tu.

Hmmm… so oleh kerana saya ni jujur orangnya saya bayar la sikit ke akismet ni. Mana tau in future blog ni boleh bagi saya 8 juta. Dia ikut kita nak bayar berapa. Lagi jauh kita slide value per year tu lagi senyum bulat kuning tu. Lepas bayar terus keluar gini.

OK, Akismet dah on, Jetpack dah on, 6 ribu spam canne? Dekat page comment tu ada button check for spam, harap tekan button ni settle semua.

Namun begitu button checking for spam ni makan hari nak settle semua. Dia bukan sekali tekan semua spam hilang. Hari2 buat so lama-lama baru habis spam mesej dia delete. Dalam kes saya, agak seminggu lebih baru settle semua spam hilang. Sehari dalam 4-5% dia delete secara average. Ada hari saya buka laptop lama, online lama, so banyak la delete. Ada hari buka laptop kejap je so sikit la deletenya.

3. Delete plugin tak pakai

Ini pun macam satu masalah. Bila kita install plugin, lepas tu tak suka, kita deactivate tapi kita tak delete konon2 lusa kita nak on balik. Hasil dia bila dah makan tahun, plugin yanng tak pakai ada dekat 8 juta dalam blog.

So saya delete semua.

Tapi masa delete ada satu issue jadi. Ntah macam mana, delete punya delete tiba-tiba blog saya tak leh nak xs. Dia keluar maintenance mode. Saya baca kat web last sekali dia suh delete masuk ikut cpanel dalam ftp. So saya masuk sana delete semua. Lepas dah delete saya install balik mana yang penting sahaja. So now plugin yang tinggal adalah yang confirm pakai.

4. Update wp pada latest version

Yang ni sebenarnya saya tak berapa nak buat sebab bila update latest version, editor nak tulis dia macam agak palat dan menyusahkan (kalau anda pakai wp latest anda akan faham akan hal ini). Namun begitu kalau tak update, nanti lama-lama wp kita tak compatible dengan segala plugin yang ada sebab plugin pun keep updated to the latest version.

So sebelum update tu saya cari ada tak plugin untuk  classic editor, sekali ada jumpa. So oklah. Update wp pada version paling latest, kendian activate plugin classic editor ni. 

Ini link plugin classic editor.

5. Backup Blog

Saya tengok jetpack ni ada services untuk backup blog. Harga dia USD30. Kira dalam duit malaysia dalam RM120 lebih lah. Annual subscription setahun sekali.

Sekarang saya tengah fikir perlu ke tidak sebab sepanjang 7 tahun blog ni hidup, tak pernah pulak saya buat backup. Tak pernah hilang pun. Saya rasa ni saya kiv dulu la. Kalau blog saya cecah sebulan 42K reader baru saya buat. Takat 15K  sebulan rasa cam tak perlu lagi. Selama ni ok je tade benda cuma bila web rosak buat hal kena cari jalan nak settel sendiri la. Kalau dada backup ni kita boleh reload balik ke hari last backup. Senang keje.

6. Check domain lariansebuahkitab bila mati

Ni pun satu hal juga. Blog dah update bagai last sekali domain tatau bila expiry. Tau-tau blog takleh masuk sebab tak bayar domain. Actually benda ni pernah jadi kat saya dulu. Siap ada sorang reader bagitau saya di IG saya (terima kasih tuan). Meraban saya pegi renew. Ye la takut kang ada orang beli domain tu lega la saya. Lepas tu nanti dia jual balik ke saya 8 juta. Tak ke padan muka. 

Kes orang take over domain ni pernah jadi di Malaysia untuk brand yang top. Saya tak ingat domain apa tapi masa tu memang kecoh satu Malaysia. Ada seorang mamat ni dia beli domain brand ni lepas tu dia nak jual balik dengan harga yang tinggi.

Setakat yang saya check domain expired tahun depan on September. OKlah tu. Saya nak masuk dalam calendar jap. Masuk date renewal tu awal sebulan. Bukan hari yang sama. Eh jap…. bila saya check balik rupanya domain ni saya bayar 3 tahun sekali. Oklah. Bayar jelah untuk lagi 3 tahun. So tahun 2024 esok baru domain expired.

OK. Saya nampak blog semua macam dah ok dan sihat balik. Rasa setakat initiatif yang dibuat ni maca standard la…. next kita akan go on benda lain pulak. Engine dah ok.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *