Blog : Rearrange Content

Saya sedang rearrange content blog ini supaya anda mudah baca. Pertama, content sidebar belah kanan itu, saya kategorikan begini :

1. Gambar Instagram – bukan auto update dari IG saya, tapi saya pilih mana yang molek dari #lariansebuahkitab
2. Running Milestones – target larian says berdasarkan Normal Race, Trail Challenge, Location Challenge, Distance by time dan akhir sekali Misc Challenge.
3. PB atau Personal Best – Semua rekod peribadi yang berkaitan. Saya pelari average saja. So meletakkan rekod di sini bukan untuk apa pun tapi untuk motivasi diri sendiri agar berusaha lebih baik.
4. Highlighted Content – Saya fikir bagus ada shortcut kepada content yang paling runner nak tahu. Esp. untuk beginners. So apa yang saya cari dulu yang paling penting saya bubuh disini selain dari content yang saya rasakan tinggi valuenya. Kira ini adalah isi paling pentinglah kalau tade masa nak baca yang lain.
5. Archive Content – Yang ni semua content dalam blog ni. Boleh scroll sendiri kalau nak baca satu-satu.
6. My Race Event – Yang ini adalah listing race yang saya masuk, bersama dengan catatan yang berkaitan. Shortcut kepada content dengan kategori race.
7. Strava Race Challenge – Yang ni challenge yang saya masuk melalui strava. Dalam erti kata lain, Online Race.
8. Race Time Prediction – Yang ni prediction running says based on 10K untuk kategori 21K dan 42K. Benchmark.
9. Running Activities – Update larian saya yang auto dari runkeeper kepada Strava. Asal lari je ada la updatenya.
10. Ramalan Cuaca – Yang ni kegunaan saya sendiri sebab nak tengok bila hujan so saya boleh rancang bila nak lari.
11. Profile Link – Profile saya di Runkeeper dan Strava.
12. Blog runners – Yang ni pulak blog2 runners yang lain yang saya baca.

Saya tengah fikir macam mana nak susun catatan race pulak, yang tu nanti saya update. Sekarang ni rumah streamyx connection macam haram so biasa bila balik rumah memang tak main internet dah. Banyak baca buku je.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_