Blood Test

5 tahun lepas, tahun 2012, saya ada buat complete blood test. Masa tu sebab nak amik health insurance, so satu requirement dia adalah untuk buat blood test. Bukan itu saja, masa tu saya kena lari atas treadmill dalam 15 minit atau 10 minit, tak ingat, then dia ada letak wayar-wayar kat badan. Oleh sebab 2012 saya belum start lari lagi so lari 15 minit tu macam nak muntah. Agak syaitan nurse tu muka je lawa. Ada ke dia set speed dia makin lama makin laju. Lepas tu bila tengok kita macam nak mati lari dia ketawa-ketawa. Kalau saya jumpa dia lagi sekarang saya ajak dia race 10K. Baru tau.

Anyway, bila keputusan tu keluar, saya balik rumah dengan gembira. Saya tunjuk kat isteri saya yang result blood test saya sangat cemerlang. Saya dapat A+.

Isteri saya kata ini bukan result blood test. Ini type darah. Saya hanya tersenyum.

Berbanding saya dan isteri saya, beliau lagi juara blood test. Tiap – tiap bulan beliau akan ke hospital dan buat medical check up. Salah satu dia blood test lah. Urat kat tangan dia tu saya ingat dah jadi macam dawai. Asyik kena tebuk. Tapi nak buat macam mana. Kena cucuk pun cucuklah janji sihat.

Anyway, last week saya buat lagi blood test. Ini semua sebab pertama saya dah lama tak buat. Konon nak buat tiap-tiap tahun tapi membayangkan nanti kena cucuk kat lengan, itu yang tak buat. Tapi faktor pendesak last week adalah kerana selepas demam 4 hari berturut-turut membuatkan saya mula risau. Biasanya saya demam paling lama pun 2 hari. Ini dah masuk 4 hari. So semasa saya sedang hisap rokok depan klinik tu hati ini macam diberi arahan untuk buat blood test. So saya pun ikut saja.

Hari ni saya pergi amik result. Malangnya doktor pulak tak ada. So saya amik dulu result dia dan mungkin akan jumpa balik next week untuk konsultansi. Kos untuk buat blood test ini cuma RM60. Selain dari blood test, buat urine test sekali.

Result

Now, sekali imbas, apa yang paling saya happy adalah saya dapati yang tahap kolestrol saya bertambah baik. Dulu skor markah 6.6 which tinggi, sebab tahap normal adalah <5.2. Result terbaru, 5.78. Harap lagi 2 tahun tahap kolestrol masuk balik range <5.2.

Ini detail dia.

Total Cholesterol (<5.2) : 2012 6.6 2017 5.78 – turun, bagus
Triglyceride (<1.68) : 2012 0.54 2017 1.29 – naik, bagus untuk energy tak bagus untuk jantung, tapi masih terkawal sebab tak lebih range
HDL Cholesterol (>1.03) : 2012 1.61 2017 1.71 – naik, bagus
LDL Cholesterol (<2.58) : 2012 4.74 2017 3.5turun, bagus
Total Cholesterol /HDL Ratio (risk indicated if > 4.5) : 2012 4.1 2017 3.5, turun, bagus

Yang lain-lain alhamdulilah normal (agaknya la sebab tak jumpa doktor lagi).

Kolestrol dan Larian

Melalui pembacaan saya, larian boleh menolong untuk reduce kolestrol didalam darah lebih efektif berbanding senaman statik seperti angkat berat atau bergusti. Larian, jatuh kategori Phasic Activity, menyebabkan kepada pergerakan cepat oleh otot dalam jangka masa pendek manakala senaman statik sebaliknya. Lebih intense larian seseorang, lebih tinggi tahap penurunan kolestrol beliau berbanding larian yang kurang instense, mengikut kajian.

Peningkatan HDL Colesterol

Larian menyebabkan peningkatan HDL kolestrol dalam darah. HDL kolestrol adalah  kolestrol yang “baik” atau “bagus”. Fungsi dia adalah untuk mengelakkan penyakit jantung dengan membawa kolestrol ke arteri. Ada report mengatakan yang lebih banyak kilometer seseorang runner perempuan lari menyebabkan HDL dia naik. Larian 64 KM seminggu meningkatkan HDL kolestrol dan mengurangkan peluang sakit jantung sebanyak 30%.

Manakala untuk runner lelaki, HDL lebih banyak naik dan ia bagus untuk mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 10% untuk setiap 16KM dia lari dalam seminggu.

Peningkatan Triglyceride

Triglyceride pula adalah fat dalam darah. Badan perlukan ia untuk tenaga. Tapi kalau tinggi sangat bahaya dan risiko penyakit jantung dan tanda sindrom metabolik. Apakah sindrom metabolik? Ia adalah kombinasi high blood pressure, high blood sugar, too much fat di pinggang, low HDL, high triglycerides. Semua ini menyebabkan risiko jantung, diabetes dan stroke.

Nanti bila saya jumpa doktor saya akan tanya hal ni sebab result saya ia naik, tapi masih dalam range selamat. Tapi bacaan saya (google) sekali imbas ini mungkin naik sebab faktor merokok. DEM!

Kesimpulan

Apa yang saya nak sampaikan adalah, larian, boleh membantu kepada penurunan kadar kolestrol. Berbanding tahun 2012 dengan 2017, kalau dari segi pemakanan, saya rasa macam sama je. Merokok pun sama je (eh tak mungkin merokok making banyak). Yang beza adalah saya mula lari.

Apapun saya bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik. Saya doakan kesihatan anda juga baik dan semoga kita semua mati tua pada umur 129 tahun. Mati pulak tu mati ghaib. Jasad takda. 😀

Balik rumah saya tunjuk kat isteri saya result blood test. Saya kata kat dia, kali ni result ok jugak. Sama macam dulu. A+.

Langkah seterusnya
http://www.livestrong.com/article/281637-the-effects-of-running-on-fat-cholesterol/

http://www.webmd.com/cholesterol-management/tc/high-triglycerides-overview

Kongsi di :

Comment 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *