Buku : Buku tentang larian

11325017_404751469723212_696537222_n

Semalam pegi Kinokuniya. Dah lama tak pergi. Eh hari tu ada pegi tapi dah lama tak pegi dengan wife saya. So semalam lepas makan di Chilis, saya singgah atas kejap. Sementara isteri saya pilih buku apa yang dia nak, saya pusing-pusing tengok buku apa yang menarik.

Sebabkan last time saya disini saya dah beli satu buku pasal running, dan baru baca separuh, saya berazam takkan beli buku lagi melainkan dah habis. So sebabkan saya tak beli buku apa-apa, instead, saya kira ada berapa jumlah buku running di KLCC.

Jawapan dia : 97 jenis buku larian.

Daripada 97 ni, tidak ada satu pun yang ditulis oleh writer Malaysia, malah pula tidak ada yang ditulis dalam bahasa melayu.

Daripada 97 buku, majoriti adalah tentang pengalaman runner berkongsi kisah bagaimana larian mengubah hidup mereka. Next, adalah manual bagaimana untuk lari dengan lebih baik. Dan ada 1 buku tentang lari + spiritual.

So basically saya dah jumpa 2 buku pasal lari dan spiritual. Satu tu saya dah beli dan tengah baca, dan satu lagi ni yang baru saya jumpa. Yang pada saya ni ditulis oleh sami buddha manakala yang saya jumpa semalam ditulis oleh orang kristian. Tapi saya tak pastilah sama ada dia seorang paderi atau tidak sebab saya cuma tengok kulit sahaja.

Hmmm… itu saja untuk hari ni. Selamat menyambut hujung minggu. Dan selamat lari.



Kongsi di :