Buku : What I talk about when I talk about running

411Jyo32ByL._SX325_BO1,204,203,200_

Semasa menonton wayang tadi, saya telah mendapat satu idea tentang kata-kata yang akan saya tulis dalam buku saya kelak. Ia adalah tentang larian. Saya tidak tahu sejauh mana kata-kata ini boleh memberi kesan, tetapi ia berbunyi begini :

Ramai yang melarikan diri dari kebenaran. Sikit yang lari kearahNya

Saya tidak tahu kenapa akhir-akhir ini saya sangat “in” dengan larian. Dan kerana itu, saya mengkaji tentang larian bagaikan ada perperiksaan minggu hadapan. Lalu tadi, saya telah, dengan tidak sengaja, terbeli, untuk isteri (walhal untuk saya) sebuah buku yang bertajuk “What I talk about when I talk about running”.

Buku ini ditulis oleh novelis jepun dan di alih tulis ke bahasa inggeris. Saya harap saya boleh belajar sesuatu dari buku ini. Dan saya harap juga, saya habis baca buku ini. Dan saya harap juga, saya upaya untuk menulis sebuah buku tentang larian, suatu masa nanti.

Jika saya berjaya habis baca buku ini kelak, saya akan sambung tulis dalam posting ini nanti.

P/S : Saya membelikan isteri saya buku penulis jepun ini yang bertajuk “Tanpa warna”.
P/S 2 : Bermula esok, saya mengambil keputusan untuk mula lari setiap hari, instead of hanya lari pada hari Selasa, Khamis dan hujung minggu. Lalu hari cuti tanpa larian saya adalah cuma pada hari jumaat. Doakan keselamatan kaki kami (saya dan isteri) serta kepala lutut dan anggota-anggota yang berkaitan dengan aktiviti ini.

murakami_run3

Kongsi di :