Since Kiara race tak ada cawan, so saya cuba cari cara-cara bawa air ketika berlari. Saya ada jumpa beberapa artikel asal tapi saya olah balik semula secara lokal. BTW, saya pun baru tahu ada banyak cara rupanya untuk bawa air berlari.
1. HandHeld Bottle
Bawa botol air lekat di tangan. Botol air ini ada strap. Masukkan jari anda dalam strap ini dan lari. Idea dia instead of pegang, biarkan strap tangan tu pegang botol air dan tangan anda pegang strap tu (technically).
Kebaikkan
Handheld ini adalah cara terbaik nak minum air cepat. Of course, dah ada kat tangan. Tengah-tengah hayun tu boleh hayun terus masuk mulut.
Keburukan
Tengok botol air besar mana. Kalau besar so air lagi banyak. Bila air banyak sure berat. So kalau lari FM setiap masa botol air ada kat tangan macam agak leceh juga. Nak minum sekali sekala. Bukannya nak minum setiap tapak.
Lain-lain
Saya ada terbaca yang ada jenis strap kat tangan ini yang bukan setakat lekat botol air malah ada poket untuk simpan handphone atau kunci. Ada juga yang tak pakai strap tapi bentuk botol air itu terus boleh selit dalam tangan.
Saya ada jumpa satu yang Salomon punya kat web. Yang ini agak bijak sebab dia bukan botol sangat tapi plastik. So kalau air dah habis, taklah berat sangat pegang botol masa lari. Silap-silap boleh lipat terus dan simpan dalam beg (kalau bawak beg).
Ini pula handheld yang boleh letak telephone. In case masa lari nak call bini ke awek ke. Yang ni Nathan punya brand.
Kesimpulan
Saya rasa botol air di tangan ini sesuai untuk race yang pendek misalnya 5K. Race bawah 45 minit. Kalau larian distance lebih jauh dan lebih lama, saya rasa botol air di tangan tak sesuai. Rasa macam lari bawa dumbbell pun ada. Bagi saya ia sesuai untuk training run sahaja. Sebab lepas training terus boleh minum tanpa perlu pergi ke kereta.