Cara untuk bawa air ketika berlari Pt 11 – Ikut suka hati

Ok. Kita dah tengok cara-cara bertamadun dan beretika untuk bawa air semasa larian. Namun ada juga cara yang “ikut suka janji masa lari aku ada botol air” pun ada juga. So dibawah ini diselitkan beberapa gambar untuk rujukan anda in case nak guna cara ini.

1. Selitan pada talipinggang kain
Yang ni pun ok juga, so kalau ada pakai talipinggang kain, boleh selit diantara tali pinggang tu.

bottleback-e1379895393575

2. Selit dalam seluar
Cara ni selit je dalam seluar, belah belakang. Namun anda kena decide selitan itu didalam seluar dalam atau luar seluar dalam.

gourde-bidon-simple-hydration

simple-hydration-arrière-300x168

Simple-Hydration-400x400

3. Selit dalam sport bra
Yang ni sama concept selit dalam seluar bezanya yang ini selit kat atas, instead of kat bawah.
Simple-Hydration3-400x400

4. Tak bawak tapi upah runner lain bawakkan botol air anda.
Kalau anda boleh buat ni, anda memang level Maharaja Zhou dari komik Alam perwira. Saya ingin jumpa anda in person dan ingin mengucapkan tahniah serta mahu tahu apa rahsia kejayaan hidup anda.

water-bottle-etiquette

5. Bela anjing dan suh anjing anda bawakkan botol air
Ini satu lagi style kalau dah malas sangat bawak botol air. Bela anjing, beli water bottle carrier untuk anjing tu dan lari dengan anjing tu. Sapa kata bela anjing dosa? Cuma make sure anda samak la kalau terpegang ke apa. Yang tu boleh tanya grand mufti. Dalam islam dibenarkan bela anjing untuk jaga rumah / kebun dan juga untuk berburu. So kalau trail run dalam hutan seorang diri pulak tu perempuan, tidakkah membela anjing sebagai peneman juga untuk keselamatan tuannya? Again, boleh tanya grand Mufti kalau was-was.

Tapi apa pun cara terakhir ini akan mengundang fitnah dan bala kepada anda bila anda buat masa race di Malaysia. Sekali viral, memang lega anda. Meh datang rumah saya pinjam beg air saya.

Unknown

Kongsi di :