Cara untuk bawa air ketika berlari Pt 12 – Hakikat

Saya dah tulis 10 + 4 cara untuk bawa air ketika berlari atau marathon. Ada macam-macam cara atau syariat untuk membawa air. Namun, apalah ertinya syariat tanpa hakikat? Orang putih kata, what is the rules without the truth?

So macam mana cara yang anda pilih untuk bawa air pun, anda kena ingat sometimes yang kita bawa air tu bukan untuk kita seorang. Saya sendiri pernah alami hal ini masa di Hulu Langat trail. Saya bawa air tapi saya tak dapat minum air yang saya bawa. Nasib baik ada bro yang bawa air dia bagi minum air dia sikit kalau tak mati dahaga saya hari itu disebabkan masalah teknikal bapa backpack Salomon saya.

Dalam erti kata lain yang saya nak sampaikan, sometimes dalam hidup ini kita cari rezeki itu ini itu ini siang malam pagi petang. Namun, rezeki yang kita dapat tu tak semestinya kita yang punya. Boleh jadi rezeki itu adalah kepunyaan orang lain. Kita ini cuma tukang cari dan bawa sahaja.

Begitu juga dengan membawa air semasa larian. Boleh jadi kita bawa air itu, untuk orang lain.

Breathtaking_c273c3_5492656

Kongsi di :