Cara untuk bawa air ketika berlari Pt 2 – The Fanny Pack

Seterusnya,

2. The Fanny Pack
Selalu tak nampak abang-abang kawasan kalau tengah minum teh kedai mamak, dekat pinggang dia ada pouch? Ha, ini lebih kurang macam tulah. Bezanya abang kawasan pouch kat depan. Runners, pouch kat belakang pinggang (Of course, runners biasanya tade perut, abang kawasan ada perut ). Pouch tu isi macam-macam tapi kalau runners, isi botol air.

So apa maksud fanny pack?

Screen Shot 2016-01-11 at 10.18.02 PM

NTN141-BK

nathan-elite-1-plus-heup-flessengordel

Kebaikkan
Tak payah pegang. Dekat pinggang belakang. So tangan free. Kedudukan di belakang juga menyebabkan boleh simpan botol yang lebih besar, means lebih banyak air boleh dibawa. Selain daripada botol air, ada banyak poket untuk storage misalnya kunci kereta, telefon etc.

Keburukkan
Nak ambik lambat sikit tapi takdela sampai mati dahaga lamanya nak ambik botol air. Saya sekarang pakai yang macam ini. Boleh baca sini. Keburukan utama yang saya perasan adalah bila saya pakai, botol yang berjisim kerana air ini tend to menyebabkan pelorotan atau mengubah kedudukan tali pinggangnya secara auto akibat kegoncangan jisim semasa lari. Feh. Ayat pendek dia, asyik beralih tempat je so saya asyik kena betulkan setiap beberapa km. Mungkin cara saya pakai ada tak betul tapi hakikatnya inilah benda yang jadi. Mungkin saya pakai tu longgar.

Lain-lain
Yang saya punya tu ada reflector so kalau malam hari lampu kereta suluh dia akan reflect cahaya. Bentuk botol dia pun leper dan tidak bulat. Senang nak picit air keluar cepat. Ada poket dan boleh isi gel, kunci etc. Yang saya punya ni isipadu air dia dalam 500 ml. Kira kalau bukak Gatorade tu isi dalam ni muat-muatla.

nathan-peak-hydration-waist-pak-blacklight-26

Yang ini contoh perbandingan Salomon punya.

L35980300

Kesimpulan
Bagi saya sesuai untuk pakai Fanny Pack ini untuk race 10 K, 15K. Sebab dah lebih sejam berlari. Daripada pegang, baik letak kat belakang.

Kongsi di :