Cara untuk bawa air ketika berlari Pt 3 – The Backpack

Ok. Yang ni kalau kita nampak runner pakai sama ada dua benda. Satu memang tahap elite runner dah ni sebab harga bagpack ni bukan murah. Kedua, kalau pakai time fun run atau 10K, rasa cam… errr ok tau la beli bag ni mahal.

3. The Backpack
Air dibawa dalam uncang di dalam sebuah bag yang dipakai di belakang. Mempunyai getah berfungsi sebagai straw untuk hisap air. Biasanya melekat di belakang ikut bentuk tulang belakang ala Evangelion.

329122 image.axd

12470926223_SPLASH
Evangelion, anime masa zaman saya MMU dulu

Kebaikkan
Distribution berat air dibahagi sama rata dibelakang badan, so taklah berat nak jinjing atau melekat di pinggang. Storage lebih besar misalnya boleh simpan jaket hujan atau even macam saya, boleh bawa altoid first aid kit in case ada kecemasan.

Getah paip atau hose atau bladder dia yang bertindak macam straw tu macam hebat la dia punya teknikal. Gigit je air terus keluar. Tak payah hisap atau sedut. Yang ni Salomon punya yang lain saya tak sure. So sangat senang nak minum air.

Keburukkan
Harga sedikit mahal. Susah nak basuh tapi kalau pro macam isteri saya kira oklah. Menurut isteri saya, beg uncang air yang warna biru tu dia lambat nak kering so melekap dari belah dalam. And then mengikut pengalaman saya, nak masukkan uncang dalam tu kena hati-hati jangan sampai getah dia terlipat. Akibatnya tak tersedut air dia. Puas gigit arnab tak keluar air.

BK-1 L35981100_1

70925_hi
Lain-lain
Isipadu air yang boleh diisi kalau ikut saya punya backpack adalah sehingga 1.5 L atau 3 kali botol gatorade.

Yang ini contoh backpack Camelbak. Lagi slick.

camelbak-racebak-jersey-baselayer-with-reservoir03

Satu lagi daripada pembacaan saya, didapati sesetengah race besar telah mengharamkan penggunaan hydration pack ala camelbak ini tak kira jenis apa. Sebabnya depa kata bahaya kerana boleh sembunyikan cecair merbahaya (mungkin bom ke) dibelakang runner yang jahat atau menyamar. Tapi saya tak tahu sama ada sekarang rules ni apply lagi atau tidak sebab ini berita tahun 2013.

Screen Shot 2016-01-11 at 10.55.21 PM

Boleh baca detail disini

Kesimpulan
Sesuai untuk race 21K atau 42K dan Ultra. Tapi kalau trail run 15K dah boleh pakai dah sebab lari dalam hutan kut, lagi dahagassss.

Kongsi di :