Cara untuk bawa air ketika berlari Pt 5 – The Water bottle bra

5. The Water bottle bra
Hmmmmmmmmmmm…. yang ni adalah bra larian yang mempunyai poket untuk isi botol air. Actually kat Malaysia saya tak pernah nampak lagi kalau nampak serius saya nak selfie.
slide-pic

Ini video cara-caranya……..

Kebaikkan
Minimalist. Lagi… em… killing 2 birds with 1 stone. Yelah. Bra digunakan selain dari untuk em em boleh juga guna bawak botol air. Anda cuma maintain satu barang sahaja untuk dapat dua kebaikan dunia dan akhirat.

Keburukkan
Tak sesuai untuk sesetengah budaya dan agama. Yelah. Muslimah usrah yang running takkan nak pakai cam ni. Gugur janggut ustadz. Sure Pencetus Ummah jadi Pencetus Marah. Kalau masuk paper, mesti tagline dia besar gila “DUNIA NAK KIAMAT AKHIR ZAMAN”.

Kedua, mungkin kadar keselesaan dia tu ada sedikit kesangsian. Saya rasa la sebab saya tak pernah pakai. Tapi saya boleh bayangkan beban tu dah ada kat depan, tambah lagi beban kat belakang. Jangan samakan dengan backpack sebab backpack walaupun kat belakang, kita ada strap yang kita pakai dekat dada untuk carry weight. Yang ini, sapa yang carry weight dia? Em Em…

Ketiga, bayangkan kalau dah pakai ini, lagi nak pakai t-shirt kat luar. Saya bagi 2 jari Facebook.

Oh ya. Satu lagi. Isteri saya kasi idea. Nak masukkan tu macam senang ke susah? Maybe kena berenti lari nak masukkan balik. Sambil lari nak masukkan botol, I don’t think so.

Lain-lain
Ini satu lagi gambar dari belakang, dan depan.

5f23878c198f8328ad6cc1ed8ff09bb6 353C3696newsmall-1-262x365

Kesimpulan
Saya rasa runner kat Malaysia kena berani try benda-benda baru. Saya sokong runner pakai benda ni. #abiangsuka :D

Kongsi di :