Cara untuk bawa air ketika berlari Pt 7 – The Water Bra

Banyak-banyak cara minum air inilah yang paling misteri bagi saya. Adakah minum dari bra yang mengeluarkan air? Adakah minum dari em em… ntahlah. Hidup ini memang banyak misteri. Kalau hidup tidak ada misteri bukan hidup namanya. Bosan. In fact, tuhan itu misteri. Kerana tuhan itu misteri, the journey towards divine itu satu hal yang misteri dan mengasyikkan. Kalau journey kepada tuhan itu simple, saya rasa ramai orang quit dari percaya pada tuhan sebab mudah sangat.

Oh, sorry. Berbalik pada Water Bra. Ini gambar yang saya jumpa.

dKDtR

Misterikan? Sebab ada bladder tu dia cucuk kat mana eh? Sorry sebab saya tak pernah nampak depan mata lagi. Anyway, melalui pembacaan saya :

Ia adalah sebuah bra yang mempunyai storage liquid dimana disambungkan kepada getah hos untuk menyedut liquid tersebut.

Ohhh… tak la misteri mana.

Kebaikkan
Punca air dekat dengan mulut. Ada tempat persembunyian air.

Keburukkan
Errr siapa yang mahu bawa lebihan air di dada? Berapa banyak air yang boleh dibawa pun? Getah hos tu nak lilit kat mana?

Kesimpulan
Saya tak tahu nak simpulkan apa bila tengok peralatan larian sebegini.

Kongsi di :