Sementara membuat kajian tentang kerja saya, saya terjumpa akan hal ini.
Semua catatan dalam ‘Kajian ’
Tidur : Pt 1, Kajian untuk mendapatkan tidur yang terbaik
Saya sekarang sedang berguru dengan satu doktor ni iaitu doktor tidur. Minat saya terhadap tidur memang tidak dapat dinafikan lagi sejak di bangku sekolah. Saya malah di universiti dulu diberi nama jolokan “Sang Sungkur”.
Warm Up : Kenapa sebelum lari nak kena warm up dulu
Dia ada satu amalan yang memang kita semua tau tapi kita memang malas nak buat. Tapi sebenarnya amalan ni sangat penting dan sangat signifikan kalau kita nak start lari. So artikel ini adalah kajian kepada warm up, dan warm up apa yang saya nak buat (nak dijadikan amalan) yang paling senang lepas tu paling effektif. Biasala. Melayu mesti mau buat benda senang. Sapa nak buat benda susah?
Strava : Relative Effort
Dalam Strava kalau subscribe, ada satu feature nama dia Relative Effort. So now saya nak kaji secara mendalam wtf benda ni.
siri7m : M1, Pt 6 – Next sub milestones, 5K – The Why
So saya dah berjaya lari 10 K tanpa henti, which mean saya rasa fitness level saya alhamdulillah masih boleh pergi. Walaupun Strava score untuk fitness sekarang lebih dari masa saya lari HM masa gila nak cuba buat SUB 2 dulu, ( masa race baru ni 34, masa dulu paling peak 33) tapi saya macam ada sedikit kesangsian pasal fitness score ni.
Pengorbanan dalam larian pt 4
Larian, menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak akan dapat achive apa yang kita target.
Pengorbanan dalam larian Pt 3
Kita sudah masuk dalam layer 3 dalam catatan atau bab Pengorbanan dalam larian. Sebelum kita mulakan tazkirah kita hari ini mari kita sama-sama membaca umul kitab. Al Fatihah.
Pengorbanan dalam larian Pt 2
Ok sambung. Sorry la potong stim. Agar tak potong stim lagi, saya bagitau awal-awal. Sebab layer pengorbanan dalam larian ini ada 4, so dia akan makan 4 posting semuanya. 😀
Strava : Premium Version Pt 7, Macam mana kita nak tahu fitness level kita maintain atau tidak
Bila dah start lari semula era umur veteran ini antara satu persoalan yang sering bermain di kepala hotak saya ini adalah macam mana nak maintain fitness level saya. Atau, dalam ayat lain, macam mana nak make sure fitness level kita ni sentiasa tik tok eh silap, tip top.
Barang : Fitbit Alta HR Pt 4 – Berapa percent cycle tidur yang effective?
Ok. Sekarang saya nak study berapa percent cycle tidur yang betul dan paling optimum untuk tidur yang effektif. Dalam posting lepas kita tahu bahawa tidur ini ada 4 stages iaitu AWAKE, LIGHT SLEEP, DEEP SLEEP dan REM.
Barang : Fitbit Alta HR Pt 3 – Kenapa kena tidur 8 jam sehari
Masa saya pakai Fitbit Flex dulu saya ada buat group rasanya. Nama group tu rasanya Tangkal Fitbillah. Bila saya google, sekali ada dalam tweet pulak. Jilake. Semua yang kita buat zaman dulu keluar pulak zaman sekarang.
Barang : Fitbit Alta HR Pt 2
Kalau pernah baca sini : Barang : Fitbit Alta HR, april tahun lepas saya ada belikan wife saya Fitbit Alta. Saya janji nak tulis pasal tu kan? Haa… harammmmmmsssss.
Kesan belanjawan 2019 kepada runner
Semalam Guan Eng membentangkan belanjawan 2019 negara. Sebanyak RM314.50 bilion diperuntukkan untuk hal ini. Saya hanya dapat mengikut sebahagian sahaja itu pun melalui radio di dalam kereta. Sepatutnya semalam hari saya ride #gerakansolo, tapi tiba-tiba ada meeting, maka otw keluar balik dari KL agak stuck dalam jem. Mujur Guan Eng menghiburkan saya. Paling terhibur, bila Guan Eng bagitau bajet untuk orang islam. Instead of syiar islam, Guan Eng cakap syair islam.
Race: 42K SCKLM – Route Preview
Esok adalah hari race SCKLM yang ditunggu semua. Bagi runner yang bakal berlumba esok, saya ucapkan good luck dan all the best untuk PB anda. Saya tidak menyertai 42K, sebaliknya hanya masuk HM.
Memecah Kebuntuan 2 : Gaya larian Mat Eliud
3 orang cuba nak Breaking 2. Tapi Eliud seorang sahaja yang hampir manakala yang lain hanya mampu buat PB masing-masing. So apakah rahsianya?
Memecah Kebuntuan 2 : Breaking 2 Edisi Sains
Wired ada buat satu video untuk mengkaji, apakah faktor untuk Breaking 2. Now ini summary dia.
1. Kasut
Kasut yang dipakai adalah kasut custom. Nike Vaporfly 4%. Apakah maksud 4%? So Nike ada outsource pada satu lab yang ada satu professor genius ni untuk study pasal kasut ni. So depa compare dengan 2 lagi kasut iaitu Nike Streak 6 dan Adidas Adios Boost 2. Kenapa 2 kasut ni, sebab elite pakai kasut ini dan buat PB paling pantas dalam 10 marathon paling top.
Minyak Wangi untuk lari Pt 2
Sebelum kita move kepada posting minyak wangi untuk larian, ada baiknya kita tengok, kenapa nak ada minyak wangi at the first place? Bukan ke orang pakai minyak wangi ni malam pertama je (kawan saya cakap la, sebab saya pakai everyday).
Minyak Wangi untuk lari Pt 1
Salah seorang rakan IG saya bertanyakan soalan ini. Apakah minyak wangi yang bagus untuk digunakan semasa berlari?
Puasa hari Arafah
Saya sebenarnya di Kedah, balik kampung untuk raya haji. Berada di Kedah, untuk sambung training lari memang mencabar sebab cuaca kedah ni tersangatlah panas (bagi saya yang berasal dari Kuala Lipis yang banyak hutan dan sejuk). Waktu untuk training bagi saya sama ada awal subuh magghik atau lepas pukul 8 malam.
Filem : Suara Kecil
Di dalam tubuh manusia, terdapat suara yang berkata-kata. Suara ini, akan kedengaran, walaupun bibir kita sedang terkatup rapat. Aneh kan? Kalau difikir lebih dalam, bukan sekadar, di dalam tubuh manusia, ada suara. Tetapi, ada juga yang dinamakan telinga.
Memecah Kebuntuan 2 : Tips dari Coach Edan Syah
Makanya nak dijadikan cerita, melalui invitation launching oleh Asics itu dapatlah saya berpeluang untuk bertanyakan tips bagaimana nak lari SUB2 untuk HM daripada coach Edan Syah. Of courselah, kita nak kena risik juga canne pro athlete buat walaupun kita belum tentu boleh buat ke tidak.
Memecah Kebuntuan 2 : Workout untuk lagi laju
Salah satu kesilapan saya sebelum ini adalah saya abaikan workout. Dulu ada buat kejap lepas tu barai dan haram. Mungkin kena subcribe dekat gym kut baru ada motivasi. But anyway, ini ada video saya jumpa workout untuk lagi laju. Sebabkan matlamatnya nak SUB2, so alang-alang buat workout biar yang membantu ke arah menambah speed.
Memecah Kebuntuan 2 : Ceramah oleh Run Experience
Training
1. SUB 2 Average Pace adalah 5:43 per KM manakala 9:10 per mile
2. Average Pace termasuk kalau jalan masa lari, so avoid pause jam masa training
3. Masa training, cuba lari ikut race pace (HMP) sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi menjelang hari race
4. Training mesti ada Long Run, Tempo Run dan Easy Run yang fokus pada cara berlari yang betul
5. Long Run > Kalau boleh lari race pace 30 minit dalam setiap training
6. Long Run > Tapi bukannya dalam setiap training kena lari race pace sepanjang masa sebab nak avoid cedera dan burn out
7. Long Run > Boleh start dengan mula-mula 15 minit race pace, then next session 20 minit, then next 30 minit (Maks)
8. Tempo Run > seminggu sekali mesti ada
9. Tempo Run > tujuan dia adalah untuk build speed ke arah race pace
10. Tempo Run > Pace adalah 8:30 – 8 per mile, atau 5:17 – 4:58
11. Tempo Run > Bermula dengan 25 minit dan tambah sehingga 40 minit atau lebih, 8 minggu 25 minit, 2 minggu 40 minit
12. Easy Run > Fokus kepada cara lari yang betul in terms of mechanics, nafas dengan tenang, hayunan tangan, postur dan lain-lain
100K
Dulu masa mula-mula menceburkan diri dalam larian, ada satu cerita ni kawan saya bagitau dimana manusia zaman dulu pergi memburu binatang, depa tak sprint dan rejam tombak atau tackle binatang tu macam tackle bola ragbi.
Memecah Kebuntuan 2 : Half Marathon Pace
Berapa Pace SUB 2 HM?
Untuk lari Half Marathon bawah 2 jam, kena lari pace 5:42 per KM secara purata. Dibawah ini adalah kiraaannya.
Acanne : Macam mana nak design BIB larian
Saya rasa saya boleh bagi sedikit proposal memandangkan background saya adalah art dan saya juga berlari. Company saya pun company design dah 12 tahun, so proposal saya ni anda boleh amik kira. Ditambah pulak saya dah gantung Bib race kat rumah saya, so hari-hari naik tangga saya tengok Bib-Bib ni, makanya saya decide nak tulis sikit pasal design Bib.
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 4
Kalau anda biasa men investment anda akan tahu bahawa langit tak semestinya sentiasa cerah untuk kita keluar pergi jogging. Adakalanya hujan turun yang nampak macam rahmat, tapi sebenarnya membasahi pipi.
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 3
Sebab bulan puasa tak ada aktiviti larian, so blog pun macam lemau nak update. Tapi hari ni macam ada benda nak share dan tulis.
Jam : Beli jam dengan harga yang lebih murah Pt 2
Ok. Ini update tentang projek nak beli jam baru saya dengan teknik masa vs crypto currency. Seperti yang dah baca posting sebelum ini, ini adalah update terkini.
Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 4 – Race Kit Collection
Biasanya saya memang malas nak pergi collect racekit. Pertama sebab ramai orang. Kedua sebab saya rasa macam time saya nak pergi collect tu tak berbaloi. Maksud saya, kalau saya pergi collect racekit, paling tidak mesti habis 2 jam. Nak keluar rumah, bawak kereta, cari parking, pergi beratur, amik racekit, tengok orang complain baju dia size lain sebab tak muat perut atau kecik sangat, bayar tiket parking, tiket tol, duit minyak, sampai rumah. Dalam masa 2 jam ada banyak lagi benda lain yang saya boleh buat. Misalnya tidur dan berlatih lari dalam mimpi. 😀
#10hariabiangcuba – Summary & Final
SCKLM sudah pun habis. Rata-rata geng larian saya ramai yang senyum dari yang sedih. Kecuali seseorang (nama dirahsiakan), beliau lambat 5 minit sebab terpaksa qada hajat besar. Kalau beliau ini tak qada hajat besar, mungkin catatan masa FM beliau SUB 4.
FlyteFoam oleh Asics
So jourINAlist saya lupa nak tanya lebih-lebih pasal kasut semalam, maka hari ni saya ingat saya buat research sikit pasal FlyteFoam dulu. Setelah saya buat bacaan-bacaan, ini rumusan perbualan antara saya dengan saya sendiri.
PTD – Post Travel Depression : Bagaimana nak stop PTD.
Dalam post lepas saya menulis tentang PTD. Sesuatu yang “wajib rasa” bagi yang “mengembara”. Now, semua masalah mesti kena potong segera supaya ia tidak tumbuh menjalar menjadi kanser dalam hidup, so now adalah cara-cara bagaimana nak hentikan semua nonsense PTD ini.
PTD – Post Travel Depression
Sudah 11 hari saya balik dari Tokyo. Seperti percutian-larian yang lepas, kali ini saya mengalami hal yang sama. PTD. Atau panjangnya, Post Travel Depression.
Berenang : Pergerakan Asas
Ada 4 stroke utama.
1. Breast Strokes – Kuak dada
2. Back Stroke – Kuak lentang
3. Freestyle – Gaya bebas
4. Butterfly – Kuak Kupu-kupu
Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 7 – Jepun dan Geografi
Berikut adalah kajian bentuk muka bumi negara Jepun. ( Menyampah betul subjek geografi masa kat sekolah dulu. Patutlah dah besar ni nak bawak kereta asyik sesat ).
Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 6 – MYR vs JPY
Hari ni sebelum tidur saya nak reasearch pasal Japan Yen. Seumur hidup saya tak pernah pegang duit Yen lagi. So nak kena tengok macam mana nanti karang silap kira mau demam.
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Sabtu lepas dah pergi amik Racekit. Sedar tak sedar race adalah hujung minggu ini. Harapan nak dapat SUB 2, hancur berkecai sebab tak training apa pun. Andai manusia boleh kembali ke zaman dahulu………
#90hariabiangcuba – Finally
Agak 2 minggu saya cuba nak mula campaign #90hariabiangcuba ini. Berbeza dengan training #30hariabiangcuba yang dulu, ini adalah training yang saya akan buat pada waktu pagi, which is SANGAT challenging buat saya yang tidur lambat dan bangun pukul 10 pagi tiap-tiap hari.
Meditation Pt 2 – Secara Ringkas
Saya ada jumpa animasi ini dan saya kira, ini adalah teknik meditasi yang paling ringkas. Anda patut senang faham bila tonton animasi ini, dan basically, ini adalah teknik asas meditasi. Paling basic. Selamat menonton.
Meditation Pt 1 – Asal – asal
Saya sebenarnya telah belajar meditation sejak tahun 2005 lagi. Kali pertama saya diperkenalkan dengan meditation oleh seorang mentor, dan ketika itu, melakukan dengan disiplin, telah mengubah hidup saya secara total. Agak sukar untuk saya kongsi pengalaman itu disini namun meditation sememangnya mempunyai kesan secara saintifik dan spiritual kepada saya.
Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 3 – Family House
Beberapa minggu ini saya ada buat bacaan tentang apa itu “Family House” yang dimaksudkan. So, dari pemahaman saya adalah :