Ok. Ada satu tool ni untuk check sama ada blog kita ni laju atau tak. Dia agak technical sikit la. Sebabkan saya dah umur 41 tahun lepas tu pulak saya ada seorang staff designer, so nanti saya pergi ofis saya nak suh dia tengokkan dan buat apa yang patut.
Semua catatan dalam ‘Lain-lain ’
Blog : Bersihkan sawang, cuci, kemas apa yang patut
Kerana blog ini lama ditinggalkan ( lebih kurang 780 hari ), makanya bila saya masuk balik web ni, banyak masalah dan kerosakan di sana sini. Berikut adalah masalah-masalah dan bagaimana saya selesaikannya. Take note saya dulu adalah seorang designer yang bermula masa zaman Flash 3 dan Dreamweaver 2. Tapi sekarang saya punya level nak buat web tu agak Fun Run berbanding dulu level Ultra 100K.
Blog : SHRMZB 2000 + 17
Trunvelogue, siritokyomarason : Jepun & Basikal
Isteri : Kita dah tengok-tengok semua, kita rasa kat Jepun ni yang paling mahal transport-lah
Suami : Kalau gitu kita travel naik basikallah. Murah sikit. Jepun datang sini dulu naik basikal apa. So kita pergi sana naik basikalla.
Isteri : Naik basikal? Bolehlah. Tapi masalahnya kat Jepun nak parking basikal pun mahal.
***
Purata harga untuk parking basikal di Jepun adalah 1800 yen sebulan / RM70 sebulan.
Filem : Patriots Day
In the aftermath of the Boston Marathon bombings, police Sgt. Tommy Saunders (Mark Wahlberg) joins courageous survivors, first responders and other investigators in a race against the clock to hunt down the suspects.
Filem ini menggunakan clip asal semasa Boston Marathon bombing tersebut dan akan ditayangkan di Malaysia pada 12 Januari 2017. Kalau ikut rating IMDB filem ini sekadar 7.1 / 10 sahaja. Malah juga, kebanyakkan review tak berapa “favor” filem ini kerana dikatakan tak berapa nak tepat mengikut kejadian sebenar dan juga sedikit tidak berperasaan.
Maybe director nak tunjukkan betapa heroic character di dalam filem ini, berbanding betapa tragis kejadian bombing tersebut, saya ngak tahu lagi.
Apapun tunggu tahun depan.
The Flash : EP01 S03 – Flashpoint

Last season punya last episod Flash sudah back to the future dan tahan Reverse Flash dari bunuh mommy dia. Flash kemudian kurung Reverse Flash, dan timeline sudah berubah dimana mommy and papa dia sudah hidup. So Flash sangat bahagia sebab akhirnya dia rasa dia macam dapat semula apa yang telah dia hilang selama ini.
Namun timeline baru ini agak lain sikit dan memang lain pun.
Pertama, sebabkan mommy and papa dia sudah hidup, so dia tak jadi anak angkat Joe West lalu Iris & Joe tak kenal dia. Lepas tu pulak, Wally adik Iris adalah The Flash dalam timeline ini. Lepas tu pulak, Cisco Rahman adalah seorang jotawan technologis. Dan lepas tu pulak, Caitlin bukan saintis tapi masih genius.
Lepas tu pulak, since Flash sudah fakap itu present timeline dan create new timeline, the more Flash guna speedster dia makin banyak memori pasal present timeline dia yang lama tu hilang. So solution dia adalah dia kena bawak balik Reverse Flash balik semula ke waktu dia tahan Reverse Flash dan biarkan Reverse Flash bunuh mommy dia, agar timeline baru yang kucar kacir tu revert balik ke timeline lama.
Last sekali dia bawak balik juga Reverse Flash dan semuanya berubah macam biasa kecuali……. itu sambung next week pulak.
***
Anyway, hal yang lebih kurang sama sudah ada animation dengan tajuk Flashpoint Paradox. Cumanya yang tu ada kengkawan Flash cam Batman etc.
Saya sebenarnya cuba melihat Flash ni dari sudut yang lain sikit. Bukan sekadar character yang lari laju dan cuba sedaya upaya untuk ubah semua benda ikut kehendak diri dia.
At one time di dalam hidup kita, saya rasa kita kena accept benda yang telah berlaku kepada kita. Tak kira apa benda yang kita buat untuk ubah benda itu agar betul menurut perspektif kita, kadangkala, sesuatu benda itu memang ada sebab untuk benda itu jadi macam itu.
Dan kadangkala juga, perspektif kita pula, mungkin tak berapa nak betul juga sebenarnya. So macam mana kita nak kata yang benda tu tak betul, sedangkan kita sendiri pun tak betul.
Dalam episod 1 season 3 ini, ditunjukkan bahawa kesan mengubah masa silam adalah sangat bahaya dan tidak ada gunanya. Dan ditunjukkan juga, semakin nak ubah lagi, semakin besar damage yang berlaku. Tapi ini cerita fiksyen.
Yang sebetulnya kalau cerita kita di realiti ini adalah :
Just forget about the past. And move forward. Past is past. Learn and understand what is the wisdom behind it. So that next time we can avoid the same mistake.
Kira cam kalau kita pernah kena kencing dulu, takpelah nak buat macam mana. Asalkan next time kita jangan kena kencing lagi. Tapi… jangan pulak kita start kencing orang sebab kalau kita start kencing orang, kita last sekali sebenarnya kencing diri kita sendiri.
P/S Hulu dah tak amik Flash. Tapi boleh tengok di web CW.
The Flash : Season 3 Tiada di Hulu
http://www.hypable.com/new-episodes-of-cw-shows-no-longer-on-hulu/
The Flash : Trailer Season 3
Khutbah jumaat : Just Do it
Ini pulak bila khutbah tu pergi lain-lain masjid misalnya masjid di Tatooine dan masjid di metropolis. 😀
Tapi yang paling juara yang ni la :
Bacaan Lanjut:
http://knowyourmeme.com/memes/shia-labeouf-s-intense-motivational-speech-just-do-it
Trailer : Injustice League
Trailer : Flash Season 3
Bila Flash patah balik ke zaman dulu dan selamatkan ibu dia masa final episod season 2, maka semua sejarah telah berubah. So itu pasal kita boleh tengok dalam trailer Flash Season 3 banyak yang berubah. Saya tak mahu komen lebih, apa-apa, layan dulu….
Trailer : Justice League
Ini adalah trailernya. Dan movie akan keluar pada tahun 2017. Tak cepat manalah.
Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa…
Lagu : Running, by Adam Lambert
Agar manfaat dari bait lagu ini, melajukan kembali degup jantung kita, pada setiap kali mata terbuka pertama kali di waktu siangnya. Dan pada setiap kali mata terpejam di waktu malam, untuk hari esok, adalah hari yang kita tidak sabar, untuk tempuhi dan untuk dinikmati.
Lirik sini.
The Flash : EP19 S02 – Back to Normal
Minggu ini dia macam nak cerita yang walaupun Barry Allen dah lost power and speedforce to Zoom, namun, Barry Allen atau Flash, tetap hero. Sebagai manusia biasa yang sudah tidak meta kerana hilang kuasa, Barry telah berjaya menewaskan meta human yang bernama Griffin Grey, seorang dude teenagers yang mempunyai super-strength ala Badang, namun, menjadi semakin tua umurnya setiap kali dia menggunakan superpowernya.
Kira, dalam 6 bulan, Griffin berubah wajah dari remaja 18 tahun kepada grandpa simpson berumur 70 tahun. Dan tanpa speedforce, Barry Allen tetap berjaya dengan bergaya.
***
Saya rasa dalam hidup ini kita akan kehilangan sesuatu. Atau, kita pernah kehilangan sesuatu. Seperti juga Barry Allen, bezanya kita tak hilang speedforce. Namun yang kita mungkin boleh sama dengan Barry Allen, atau The Flash adalah : Kita takkan pernah hilang diri kita ini.
Barry Allen ditakdirkan menjadi hero. Dengan speedforce, atau tanpa speedforce, Barry tetap menyelamatkan orang juga cuma lambat sikit dari kebiasaan. Begitu juga dengan kita. Kalau kita ditakdirkan menjadi seseorang, maksud saya, peranan kita itu…. dengan atau tanpa sesuatu yang kita rasa catalyst kepada kita, kita tetap akan menjadi atau menjiwai peranan kita itu.
Unless, will power kita tak kuat maka kita akan berkata begini di hari tua kelak kepada diri kita sendiri. “Aku tidak berjaya capai yang aku mahu, kerana aku kehilangan (atau tidak ada) sesuatu yang paling aku mahu itu”.
Griffin Grey, meta human itu adalah contoh paling tepat untuk keadaan ini. Walaupun mempunyai kekuatan yang berganda-ganda, namun, setiap kali dia menggunakan kekuatannya dia semakin hampir kepada kematiannya.
Boleh jadi nasibnya sedikit malang kerana dia menggunakan kekuatannya pada jalan yang salah dan mungkin juga kerana dia tidak pernah “bersyukur” dengan apa yang telah diberikan kepadanya.
Boleh jadi juga, beza Griffin Grey yang mempunyai superpower kuat dengan Barry Allen yang tidak mempunyai apa-apa superpower lagi adalah kekuatan “will power” masing-masing. Adalah penting untuk mempunyai “misi” dalam hidup ini untuk keluar dari tempurung ketakutan tidak kira dalam apa yang kita buat dalam hidup ini. Hatta, misalnya paling mudah, kepada “misi” untuk turun petang keluar berlari. Kalau “misi”nya sekadar… maka memang tak jauh manalah kita lari tu dan jangan mimpi nak lari 42K.
Flash tak boleh lari laju, terpaksa naik bas pergi kerja… tengok muka dia tu…. bosan gila.
Jika difikirkan balik, apa gunanya buat sesuatu, kalau sekadar, buat sesuatu. Sepatutnya kita sudah terbang tinggi paling tidak pun sudah hampir merasai kesejukan awan namun entah kenapa, kita memilih untuk kembali balik ke sarang dan melalui semula rutin silam.
BACK TO NORMAL mungkin.
Lumba lari dengan kuda
The Flash : EP18 S02 – Versus Zoom
Ya, Flash telah kembali, dan dalam episod kali ini, Flash mencabar Zoom man in man.
***
Tema minggu ini adalah family. Dan semua character dalam episod ini, dimainkan sentimen “Family”.
Wally cam tak cukup duit nak sewa rumah so bila dia drop by rumah Joe untuk tumpang mesin basuh, Joe ada tanya kau nak bapak payung tak? Wally kata it’s ok dia boleh manage. Yang Joe tidak perasan adalah Wally bukan nak duit Joe tapi Wally nakkan Joe sebagai bapa. So bila Joe realize, instead of nak payungkan Wally, Joe offer bilik di rumah dia untuk Wally duduk sampai kiamat. Hakikatnya, Ayah mana yang tak sayang anak, dan anak mana yang tanak kasih sayang ayah? Ayah, sanggup buat apa sahaja untuk anak.

Ada satu scene bila Iris dan Caitlin tengok kemesraan Barry dan Joe, membuatkan Iris terfikir adalah Barry Allen bakal husband dia kelak? Iris tanya Caitlin adakah Caitlin percaya dengan takdir. Caitlin sekadar mengreply – untuk lu gua percaya la tapi untuk diri gua sendiri I dont think so. Actually, Caitlin ni asyik putus cinta. Memula dengan balak dia Firestorm tu lepas tu dengan Jay Garrick yang sebenarnya Zoom tu. Since dah dua kali gagal bercinta, agak susah nak percaya takdir. Hakikatnya, cinta itu memerlukan keimanan. Jika anda tidak beriman, maka anda tidak bercinta. Dan jika anda sekadar bercinta tanpa keimanan, cinta anda tidak kemana. Keimanan disini maksud saya “belief system”. Bukan sekadar “trust”.

Cisco adalah kunci untuk membuka pintu kepada Earth 2. Dan dalam episod ini Cisco Rahman telah upgrade dirinya sendiri dengan membuka pintu ke Earth 2. Namun, takut kalau-kalau dengan power barunya ini dia bertukar menjadi dark side macam doppelganger dia Reverb, maka Cisco Rahman chicken out. Tapi Barry pandai ayat Cisco. Barry kata, beza Reverb (Cisco Earth 2) adalah Cisco Rahman ada keluarga (Team Flash) manakala Reverb lonely. So lu jangan takut bro. Gua akan sentiasa payung lu walau apa terjadi. Hakikatnya, kadangkala “family” adalah bukan sekadar blood line tetapi juga “frequency wave length line”. Sama kepala la maksudnya.

Prof Wells tak habis usaha lagi untuk locate anak perempuan dia yang melarikan diri itu. So rupanya dia ada mintak bantuan Joe. Basically ni semangat seorang ayah untuk mencari anaknya yang hilang. Standardlah tu. Cuma kadang-kala walaupun satu family, ada masanya tuhan akan uji sejauh mana kita sanggup detach dari keluarga kita dan hanya fokus pada tuhan yang satu. Ini boleh rujuk kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail atau boleh sembang kat kedai mamak satu hari nanti.

Zoom ni atau nama sebenar Hunter Solomon rupanya masa kecik dulu bapak dia bunuh mak dia depan dia. Dia then membesar di sekolah anak yatim dan no wonder bila besar dia jadi jahat nak mampus. So cite dia kat sini nak tunjuk kalau mak ngan bapak tu tak ngam, anak dia akan jadi huru hara dan membuat keputusan yang salah dalam hidup. Ada effect pada tumbesaran jiwa dan batin anak itu. Lebih-lebih lagi kalau dah anak itu lost seorang diri dan tidak ada support system yang baik untuk bantu anak itu. Kalau Barry pulak, masa kecik pun sama juga bezanya mak dia kena bunuh dengan orang lain bukan bapak dia. Barry pulak dibela oleh Joe so dia membesar dengan kasih sayang. Drama yang lebih kurang sama masa kecik, tapi masing-masing membesar menjadi manusia yang berbeza. Hakikatnya, dos kasih sanyang kena cukup masa anak-anak kita kecik kalau tak besar esok dia bukan setakat menyusahkan kita, malah menyusahkan orang lain pulak.

So bila Zoom tangkap itu Wally dan ugut nak bunuh unless Barry give up speed force dia tanpa berfikir panjang Barry ok saja. Nampak macam kenapalah kau ni bodo nak mampus Barry buat la helah sikit ke apa ke. Tak dosa aih kencing skit kat Zoom tu sebab Zoom tu dah level syaitan jahatnya. So Barry trade in speed force dia kepada Zoom untuk selamatkan Wally. Hakikatnya, ada orang yang sangat selfless dan sanggup berkorban untuk orang lain. Ini lah hero sebenar namanya.

Filem : Trail Dog – Salomon Running TV Season 05 Episode 02
Dan seingat saya, anjing ini makan nasi. Mungkin tuannya makan nasi. Atau, zaman dulu, mana ada pet shop yang jual makanan anjing.
Saya berharap satu hari nanti saya ada rumah di dalam hutan…. dan saya terfikir, kelak nanti, siapa kawan di dalam hutan itu yang paling setia?
The Flash : EP17 S02 – Flash Back
Barry Allen nampaknya sangat tertekan untuk mencari penyelesaian, bagaimana untuk lari lebih laju agar dapat mengalahkan Zoom. Lagi dia tertekan bukan setakat kerana dia lembab, dia juga tension sebab masuk ini dah dua kali dia kena kencing dengan orang yang dia sangat percayai.
Last year kena kencing dengan Dr.Wells yang rupanya adalah Reverse Flash, this year kena kencing dengan Jay Garrick yang rupanya Zoom, so member tension gila sebab sambil lari pun masih terasa hancing.
Maka Barry Allen membuat proposal gila untuk kembali ke zaman dulu ( running time travelling ) untuk bertanya kepada Dr.Wells (Reverse Flash) apakah cara untuk berlari dengan lebih laju. Walaupun awalnya mendapat tentangan dengan team flash, namun akhirnya depa semua setuju jugak dengan idea gila Barry Allen.
So, dipendekkan cerita, Barry pi time travelling, jumpa Dr.Wells, dapatkan fomula lari laju, tapi tiba-tiba ada dementor atau time wrath atau hantu kurus kejar yang kerjanya untuk makan speedster yang time travelling, last sekali balik semula timeline current, dapat formula, semua orang happy.
So Barry dah ada formula untuk lari laju dan next kita tengok, adakah dia dapat lari laju atau tidak.
***
Untuk maju ke hadapan sometimes kena balik ke masa silam dan dapatkan satu penyelesaian yang paling efektif. Walaupun ia menakutkan kerana terpaksa membuka satu chapter yang tidak mahu dibuka, namun kalau berjaya hadapi dengan berani hasilnya membawa seseorang lebih jauh ke hadapan.
Kita memang tidak boleh time travelling macam Barry Allen, tapi kita boleh mind travelling untuk lihat balik yang mana masa dulu kena selesaikan agar boleh moving forward.
The Flash : EP16 S02 – Trajectory

Barry desprate gila nak lari lebih laju sebab nak kalahkan Zoom. So pada awal episod Barry cuba lari merentasi jurang air terjun namun gagal. Barry ingat dia punya larian boleh sampai tahap lari atas udara agaknya. Namun mujur Cisco Rahman ada bawak 4 drone yang diikat dengan kain jaring, menyelamatkan Barry dari terus jatuh masuk dalam air terjun.
Tetiba Central City dikejutkan dengan speedster baru dan semua orang ingat speedster ini adalah The Flash. Sebabnya sekali imbas video dari CCTV berjaya merakam gambar speedster yang mencuri duit rakyat berbaju merah. Barry cam bengang dan cuba nak kejar speedster ini tapi Barry lembab sikit dan speedster ni lagi laju dari dia.
Dalam masa yang sama, Barry juga baru tau yang Caitlin ada formula Velocity-9 yang membuatkan Jay lari laju dulu so Barry macam nak try dadah ni untuk lari lebih laju. Dia fikir, kalau ada cara untuk lebih laju, apa salahnya dia guna sebab matlamat dia murni walaupun cara itu salah.
Namun, Prof. Wells ada bagi satu ayat power pada Barry yang membuatkan Barry berfikir 2 kali sama ada nak guna cara “fake” itu – “You want to take a short cut? You lose a chunk of your humanity every time you compromise your values.”
***
Di akhir cerita Flash lawan dengan speedster yang buat kecoh itu. Speedster ini, seorang awek, namanya Trajectory rupanya agak taktikal “fake” sebab guna dadah Velocity-9 untuk laju. Flash cuba selamatkan Trajectory dari terus isap dadah ni tapi awek ni degil. Akhirnya oleh kerana dadah yang berlebihan agaknya, awek ni lari sampai ghaib. Mungkin terlampau laju sampai ditelan speed force gamaknya.
Moral of the story
Jangan main tipu. Nanti main tipu tuhan marah. Nanti bila tuhan marah, dia bayar cash.
Filem : Paradise Lost
***
Bila kita rasakan ada sesuatu yang hilang dari dalam diri kita, kita mula mencarinya balik walaupun dengan seribu cara. Ada yang mengembara jauh untuk pulang ke tempat asal hidupnya. Ada yang mengembara deep dalam memori untuk menghidupkan semula “rasa” yang telah hilang itu. Ada yang berhenti dari rutin. Diam sejenak dan berfikir, apakah yang sebenar ia mahu dalam hidup ini.
Di dalam hati ini bagi saya ada satu ruang yang bagaikan kosong, tapi sebenarnya penuh jika dapat kita tembusi, disebalik kekosongan itu. Ibarat angin, kita rasakan ia bertiup di pipi ketika kita sedang lari, tetapi tidak ada satu manusia pun yang pernah melihat angin yang bertiup ke pipinya. Ruang ini yang kita mahu pergi. Ruang yang apabila kita duduk diam di dalamnya, kita rasakan ketenangan yang tidak terhenti. Malangnya pintu kepada ruang ini tidak terbuka sepanjang masa. Malah, ia terkunci. Lalu sama ada seseorang mencari hingga jumpa kunci ini, atau menemui orang yang mempunyai kunci, atau mencipta kuncinya sendiri.
Ketenangan boleh dicapai dengan pelbagai cara. Namun, belum tentu dapat dicapai dengan pelbagai cara.
Kita menjadi “masalah” kerana kita tidak menjadi “Diri” kita yang sebenar diri. Kita tidak kenal, “Siapa” kita yang sebenar.
Oleh itu manusia akan terus dan tetap mencari sepanjang hidupnya.
Bagi pelari-pelari dari seluruh dunia. Kejap, ia menjadi pelari jalanan. Kejap kemudian, ia menjadi pelari marathon gunung. Kejap, ia menjadi pelari hutan. Ada juga yang cuba menjadi pelari sungai. Apapun jenis larian yang dicuba, adalah semata-mata untuk mencari balik “trek” untuk pulang.
Kerana apabila seseorang itu berjaya “pulang” ke asal, dimanapun ia berlari, ia berlari bersama “diri”nya, yang asli. Apa pun jenis lariannya nanti, dia dan diri asli, telah bersatu dan bersebati.
Apa jua yang pelari ini bakal tempuhi, cedera, koyak lutut, sakit kaki, podium, tak dapat medal, segalanya sudah menjadi ketenangan bagi dirinya. Dahaganya, sudah terhenti. Sebaliknya hanya kemanisan, yang sering dirasai.
Filem : Maze Runner : The Scorch Trials Pt 2
Rupanya bukan masalah, tapi nak fokus tengok wayang tu tak terfokus. Nak-nak anak level baby, buatnya dia menangis dalam wayang, tak ke menggangu ketenteraman orang lain?
So banyak filem saya terlepas antaranya The Scorch Trials. Makanya beberapa minggu lepas saya pergi beli DVD dan ini review saya tentang filem itu.
***
Kalau yang first dulu dia punya game level adalah dalam maze. Yang depa tau, depa hidup harmoni dan aman tenteram asalkan jangan balik lewat dari outing ke dalam maze tu. Depa cari jalan keluar tapi tak jumpa.
Bile hero diimport masuk, game telah berubah. At the end, depa semua dapat keluar dari maze tu. So now, game naik level stage 2.
Rupa-rupanya bumi dah hancur barai. Ada virus yang menyerang manusia dan manusia macam jadi zombie ate my mum. Tapi ada yang immune. Dan rupa-rupanya, budak-budak muda youthquake ni semua adalah eksperimen wicked untuk dapatkan cure kepada manusia agar bebas ancaman virus.
Dalam ertikata lain, Wicked team jahat ni nak harvest hormon apa ntah dari bebudak ni dan guna sebagai ubat. Bila hero & the gang dapat tahu hal ini, depa pun apa lagi, LARI!
So dalam filem ini, selain daripada lari dari kena tangkap dek orang jahat, depa lari dari ribut pasir. Depa lari dari kena panah kilat, depa lari dari mat zombie. Scence lari paling tense bagi saya adalah scene mat hero nak lari dari orang jahat dan slide masuk bawah pintu lif yang hampir tertutup.
***
Basically Scorch Trials adalah tentang revelation. Pertama, revelation tentang sapa sebenarnya WICKED. Mat hero dapat tahu matlamat dan konspirasi WICKED yang sebenar bab tu depa lari bila depa dapat masuk dalam salah satu makmal yang menempatkan semua budak-budak muda dalam keadaan koma, dan disedut hormonnya.
Kedua, revelation tentang dunia sebenar dah macam mana. Mat hero dan geng baru tahu yang dunia depa dah barai altimet. Bangunan hancur, kereta rosak, nak pegi shopping mall beli Gatorade atau seluar burung? Jangan harap.
Keempat adalah revelation tentang populasi manusia. Mereka ni dah jadi mayat hidup atau dalam filem ini dipanggil Crank. Sama macam zombie la. Rupanya huduh. Badannya busuk. Tau keja nak makan orang sihat je. Dasar syaitan. Dah cacat pun nak kejar orang lagi.
At least Sadako pakai shampoo maintain rambut
Kelima, walaupun dunia dah nak barai, tapi masih ada harapan. Ada team of army kebaikan iaitu The Right Arm yang memang nak selamatkan bumi walaupun dengan cara yang bertentangan dengan WICKED. Yang ni ketua dia Doktor yang keja dengan WICKED dulu. Bila dunia masih ada harapan, rasa cam selamat sikit.
Abam macam pernah tengok kau ni tapi kat mana ya?
Tapi revelation yang paling klimaks, paling kitab terfaktab cinta, paling bukan mengguris hati tapi ambik hati tu pijak sampai penyek lepas tu pegi bagi makan anjing adalah apabila awek Mat hero berpaling tadah kepada mereka semua bila melaporkan kedudukan GPS The Right Arm kepada WICKED, hingga menyebabkan ramai The Right Arm kena tangkap atau kena tembak mati katak.
Gila. Sekelip mata kau berubah nak. Dasar perempuan tak mengenang budi. Kalau aku tahu macam ni perangai kau masa kau kecik dulu dah lama aku bagi makan racun – paling tidak inilah yang akan dikatakan oleh Mat hero saat melihat betrayal aweknya yang dah la tak berapa cun sangat pun.
Tapi tuhan adil Mat hero. Disebabkan awek kau curang, kau dapat awek baru yang lagi comel. Biarkan karma melakukan yang terbaik untuk awek curang kau tu. Tapi harap Maze Runner 3 nanti kau jangan lupakan awek comel kau ni. Dia ni lebih worth it kau selamatkan. Tapi kalau Maze Runner 3 kau tergilakan semula awek curang kau tau aku sumpah kau jadi buku novel.
Anyway, tengok bila rambut dia panjang. Comel kan? Gigi arnab.
The Flash : EP15 S02 – King Shark
La ni dalam episod kali ini, ikan jerung ni terlepaih dari sangkaq dia pastu dia pi ambush rumah Joe West sebab dia dapat sense / bau yang Flash tinggai kat situ.
Ikan Sado…
Last sekali Flash pi tangkap ikan jerung ni dekat tepi sungai, Flash lari pusin-pusin buat wave kendian fire energy letrik kena kat badan ikan jerung habih mampuih.
***
Episod ini sebenarnya tema dia adalah penyesalan. Barry Allen atau Flash menyesal banyak sebab seperti kematian Jay Garrick pada episod lepas. Dia cam take responsible la of what happened. Lepas tu dia cam sedih lagi sebab dia maka Joe West kat Earth 2 mati.
So semua benda ni buat hati dia tak tenteram. Dia punya penyesalan tak habis tu punya besar, sebesar ikan jerung yang ambush dia tu. Nampak dak?
Ikan jerung seluar koyak ni atau King Shark kira haiwan yang paling laju dalam airlah katanya tapi bila lepas episod ni, ternyata Flash laju + cerdik sikit dari ikang jerung ni sebab tu ikan jerung ni kena tangkap jugak last sekali. So size besar tak power kalau otak kecik. Mmmm otak ikan memang kecik kut.
Otak jerung berbanding buaya dan kuda, nampaknya kuda lagi bijak…
Otak jerung ala-ala rupanya. Hmmmm…
Anyway, bila Flash dapat beat King Shark diakhir cerita, secara tak langsung Flash juga dapat beat penyesalan dia. So dia berjanji baiah taat setia yang akan menuntut bela atas kematian Jay Garrick dan Joe West Earth 2, walaupun tak tau macam mana nak kembali ke Earth 2 bila semua pintu portal dah tertutup.
Episod ni saya hampir nak tertidur sebenarnya. Tapi saya terbuka balik mata bila scene akhir dia tunjuk Zoom yang misteri selama ini buka topeng dia!
DEMMMM…. apsal FLASH HELMET NI ZOOM??????
The Flash : EP14 S02 – Escape from Earth-2
“It’s not wise to make promises you can’t keep” – Zoom
Episod kali ini starting dia agak slow. Tak laju macam biasa Flash lari. Malah, saya hampir tertidur. Namun baru saya nak tertidur baru saya nampak segalanya. Episod kali ini adalah tentang “Doing the impossible”.
Episod kali ini adalah sambungan direct dari yang episod lepas. Since Flash dah kena tangkap dengan Zoom dan kena kurung kat tempat yang sama dengan Jesse (anak Dr. Wells) so Cisco Rahman dah makin cuak. Dan yang lebih cuak of course Dr. Wells. Sebab plan asal depa semua ni nak bunuh Zoom dan rescue Jesse tapi la ni Flash pun dah kena tangkap so canne?
Dipendekkan cerita, Dr.Wells, Cisco Rahman, Iris Earth 2 dan Barry Earth 2 pegi hiking cari Killer Frost untuk paksa Killer Frost bagitau rumah persembunyian Zoom. So ntah macam mana Cisco Rahman ayat si Killer Frost aka Caitlin, Killer Frost pun setuju nak bantu depa.
Akhir cerita, semua orang selamat dan depa dapat balik ke Earth 1. Namun, ada beberapa benda “Doing the impossible” atau dalam bahasa melayunya, membuat yang mustahil.
1. Caitlin Earth 1
Caitlin yang dah jatuh cinta dengan Jay Garrick sangat beria dan komited untuk cari penawar duka agar Jay Garrick boleh speedster semula. So Caitlin dok develop formula kencang yang dinamakan Velocity 6. Kaji punya kaji last sekali sampai Velocity 9 dan akhirnya dia berjaya menemui ubat untuk Jay Garrick untuk speedster semula, malah, menyembuhkan penyakit dalaman Jay Garrick melalui Velocity 9. Asalnya mustahil, tapi kerana cinta, Caitlin berjaya piang.
2. Dr Wells Earth 2
Dr Wells memang mati idup balik nak selamatkan Jesse, walaupun terpaksa khianati kawan-kawan dia. Dah sampai rasa nak give up tapi last minute Flash nak tolong. So tu yang depa buat road trip ke Earth 2. Mulanya dia ingat dah takde jalan nak selamatkan anak dia, tapi tup tup macam ada harapan. Tetiba pulak Flash kena tangkap dah takde harapan balik, tapi ntah macam mana, walaupun tanpa Flash, Dr.Wells berjaya jugak selamatkan anak dia. See. Again, kerana cinta, Dr.Wells berjaya selamatkan anak dia walaupun dah macam mustahil. Cinta keluarga gitu.
3. Barry Earth 2
Barry earth 2 keja CSI jugak macam Barry earth 1. Cumanya Barry earth 2 macam bapok tak bapok sikit. Pergi hiking pakai kasut kulit pehal? Dia punya character macam Schmidt dalam Who’s that Girl is Jess. Namun, walaupun dalam kebapokan itu, Barry nak juga turut dalam ekspedisi hiking menyelamatkan Flash dan Jesse sebab dia tak sanggup tak berada di sisi isteri dia Iris Earth 2. So kerana cinta, sanggup berkorban dan melakukan yang mustahil. Yelah, mustahil bagi Barry yang bapok ni sekadar hiking masuk hutan. Mustahil la jugak tu sebab sebelum ni mana dia pernah terfikir nak masuk hutan. Lagi nak selamatkan orang.
4. Caitlin aka Killer Frost Earth 2
So nama pun Killer Frost, power dia pun buat ais batu macam Elsa (kalau kat malaysia mungkin boleh buat ais kepal) so hati dia pun agak cold jugak la. Tapi, since Zoom dah bunuh balak dia Ronnie tu so hati dia cam ada taman sikit. Asalnya ingat ada taman sebab dia dah start tolong Dr.Wells n team untuk cari Flash tapi rupanya dia dah pakat awai dengan Zoom saja tunjuk jalan kat depa supaya Zoom boleh tangkap semua orang. Namun, saat-saat akhir masa Zoom nak bunuh Jesse, Killer Frost berubah hati lalu mengfreeze Zoom agar orang lain boleh lari. Agak mustahil untuk Killer Frost berpaling tadah namun dia telah betray Zoom akhirnya. Ini semua pun sebab cinta dia kat Ronnie.
5. Barry Allen Earth 1 aka Flash
The Flash : EP13 S02 – Welcome to Earth-2
So, ada banyak hal baru yang telah direveal dalam episod kali ini. Dalam Earth 2,
1. Barry Allen dan Iris adalah husband & wife
2. Iris adalah seorang detektif manakala ayahnya Joe adalah penyanyi club
3. Cisco Rahman adalah metahuman jahat bernama reverb. Siap tunjuk skill baru
4. Caitlin Snow juga metahuman jahat nama Killer Frost
5. Tunang dia (lupa nama) adalah metahuman jahat juga namanya DeathStorm
6. Mak Barry hidup lagi
7. Ada Atlantis. Barry bagi tiket trip ke mak ngan bapak dia
8. Kawan-kawan Barry adalah Bruce (Batman), Diana (Wonderwoman), Hal (Green Lantern). Namun tak pasti yang kawan dia ni superhero ke atau sekadar…
9. Spekulasi yang Zoom adalah Barry Allen nyata meleset. Sebab Barry keje CSI jugak.
10. Snart (Captain Cold) adalah mayor
11. Captain Singh boss pejabat polis Central City adalah gangster mafia yang kena tangkap
12. Duit dalam Earth2 4 segi.
Selain daripada itu, masa depa travel masuk ke Earth 2, ada scene Supergirl tengah terbang. Adakah Supergirl duduk di Earth 2? Well i dont care tapi awek Supergirl tu memang cute. Awek ni dulu berlakon dalam Glee. Trailer Supergirl dah ada dah tapi series dia macam takde lagi kat Hulu.
OK. Untuk episod kali ini Barry, Cisco dan Dr Wells ke Earth 2 untuk selamatkan Jesse anak Dr.Wells. Namun, ntah macam mana si Barry ini ter-carried away pulak dengan watak-watak Earth2 yang menyebabkan dia lari dari matlamat asal. Alasan dia, keluarga di Earth 2 juga keluarga dia. Walhal Jay Garrick (Flash Earth2) dah warning awal-awal, jangan menyibuk hal orang lain dan fokus pada kerja.
Ntah macam mana Joe mati kena api neraka dari DeathStorm masa nak selamatkan Iris. Apapun, siri ini bersambung lagi next week.
Salomon TV : Season 5
Ini trailer dari Salomon. Enjoy.
Sumber :
En. Remin
Filem : Flashpoint Paradox

Satu-satunya animation Flash yang movie yang saya jumpa adalah Flashpoint Paradox. Ada penglibatan Justice League tapi sangat twisted ceritanya. Jika anda peminat Flash, ini memang cerita yang boleh saya kata, wow!
Semuanya bermula bila Barry Allen mengada nak ubah takdir. Ibunya mati dan dia beria benar nak ubah takdir itu. Namun, tidak dia ketahui dengan mengubah takdir itu, takdir lain turut berubah. Akibatnya, perang dunia ke-3 meletus dan Barry Allen seboleh-boleh nak ubah semula takdir, yang telah dia ubah.
So, kalau Barry Allen ikut pesan mak dia, perang dunia ke-3 takkan meletus. Tapi kalau perang dunia ke-3 tak meletus, tadela pulak movie ni. :P. Anyway, ini starting animation dia, pesan mak dia tu memang #deep.
1. Terima segalanya yang kita tidak boleh ubah.
2. Tapi kena ada keberanian untuk ubah apa yang kita boleh ubah.
3. Dan kita kena ada kebijaksanaan untuk membezakan yang mana satu.
#deep.
Selebihnya anda kena tonton sendiri animation ni saya confirm 100% anda akan suka dan rasa nak keluar rumah pergi jogging. Ok. Yang keluar jogging tu saya tipu tapi benar, animation ini bukan sahaja bakal merubah paradox anda tentang Justice League, malah paradox anda tentang takdir dan kehidupan.
The Flash : EP12 S02 – Fast Lane

Meta Human dalam episod ini adalah The Tar Pit. Seorang mamat yang dulunya dicampak dalam kawah tar hitam yang menggelegak waktu accelerator Dr.Wells meletup, lalu menjadikan dia Meta Human yang boleh berubah bentuk menjadi Tar hitam yang panas. Dan yang dia bengang sangat kerana dia di-betray oleh geng jahat dia, so dia buat come back selepas 2 tahun duduk dalam jalan raya. Dendam kesumat akibat betrayal of friends.
Manakala, Dr. Wells dah mula curi speed dari Flash secara diam-diam, dan speed ini diberikan kepada Zoom kerana Zoom ugut nak siksa anak dia yang ditangkap di Earth 2 itu. Akibatnya, kelajuan Flash kurang 2% (sebab Dr.Wells curi sikit je) dan kekurangan laju ini menyebabkan dia gagal menangkap serpihan kaca yang terpelanting akibat kemalangan kereta, lalu tercucuk pada bahu Iris.
Dalam masa yang sama, Wally adik Iris yang baru kehilangan mak dia akibat sakit cancer itu mula nak rapat dengan keluarganya yang hilang iaitu Iris dan Joe, bapanya. Dia yang membesar dalam keadaan marah kenapa dia tidak ada bapa masa kecik dulu, akhirnya mula sedar yang di dalam dunia ini yang paling penting adalah keluarga. Bak kata Joe ayahnya kepada dia, tidak kira apa, family comes first dan because of family, we are not alone. Lalu Wally pun mula open up dan mula cuba get back together so sebagai permulaan dia tunggu Iris yang terlantar cedera di hospital.
Manakala The Flash pulak macam tension sebab dia lembab 2% so Iris tercedera sebab tak sempat nak tangkap serpihan kaca yang terpelanting. Walaubagaimanapun Dr. Wells yang tak dapat nak tahan dirinya daripada menjadi seorang yang betrayal berterusan secara belakang (agak bermaruah juga Dr.Wells ini) mengaku pada The Flash dan team yang bahawa semuanya berpunca dari dia. Dia mengaku yang dia curi speed Flash senyap-senyap untuk diberikan kepada Zoom demi keselamatan anak dia. Dia mengaku dia betray The Flash and the team. Terasa bersalah, sebagai hukuman, dia mencadangkan agar dia dihantar balik ke Earth 2 dan sila tutup semua pintu portal ke Earth 2 agar Zoom tak dapat crossover ke Earth 1 untuk curi speed dari Flash. Biarlah dia handle sendiri masalah dia dengan Zoom yang tangkap anak dia tu.
Lalu Dr. Wells hari itu makan penumbuk dari Joe dan dikurung di jel bawah tanah S.T.A.R lab. Namun, The Flash atau Barry nampak beyond dari apa yang terjadi. Barry kata kalau dia atau sesiapa duduk dalam kedudukan Dr.Wells, mesti buat benda yang sama sebab nak selamatkan family. Lalu Barry bercadang untuk menolong Dr.Wells menyelamatkan anaknya dari Zoom, dan mereka akan buat crossover ke Earth 2.
***
Episod kali ini bermain dengan relationship dan betrayal. Dua benda common yang berlaku dalam hidup kita.
Meta human Tar Pit di betray oleh geng jahat dia, bangkit semula, balas dendam dan membunuh semua geng jahat dia tapi kena tangkap dengan Flash. End of story. Orang yang di betray, kena punishment. Orang yang betray dia pun, kena punishment.
Flash and the team di betray oleh Dr.Wells, semua orang tension sebab trust violation, tapi Dr.Wells mengaku dia bersalah, minta dihukum, dan turn out Flash and the team nak bantu dia selamatkan anak dia. New story starts here. Orang yang di betray menolong pulak orang yang mem-betray, kerana orang yang mem-betray mengaku kesalahan. Tidak ada yang kena punishment.
Saya kira semua orang yang pernah betray dalam relationship hidup ini masih mempunyai peluang untuk membetulkan keadaan. Sama ada menjadi Dr.Wells mengaku salah dan sanggup menerima punishment atau duduk selesa macam tidak ada apa berlaku hingga satu hari Meta Human Tar Pit datang sebagai punishment.
Tuhan akan bayar cash dan jika instalment, ia lebih menyiksakan. So, kenapa nak duduk dalam Fast Lane ke neraka?
The Flash : EP11 S02 – The Reverse-Flash Returns
Cisco Rahman telah mengupgrade kuasa vibenya dengan bantuan Dr.Wells. Cisco Rahman diberi spek hijau ohsem yang apabila dia pakai, vibenya semakin lama dan control-able. Melalui itu, dia mengetahui yang Reverse Flash sudah ada di Central City.
Flash cuba menghalang akhirnya berjaya menangkap Reverse Flash tapi dengan aksi penangkapan ini, menyebabkan timeline dunia goyah dan berubah. Kesannya, Cisco Rahman bakal tidak wujud!
Oleh itu mereka terpaksa menghantar balik Reverse Flash ke timeline dia agar kewujudan Cisco Rahman kekal!
Episod ini agak pening dengan teori timeline dan time travel sebab eh, bukan ke hari tu Reverse Flash dah mati? Rupa-rupanya, ini Reverse Flash dari timeline lain. PULAK.
Kalau macam ni bila nak habis yop.
Anyway, kesimpulan yang boleh saya buat selepas menonton filem ini adalah :
Kadangkala kita kena melepaskan sesuatu yang paling kita nak, agar apa yang kita ada, kekal dan wujud sentiasa dengan kita. Auchi auchi.
BTW, Barry Allen dan Patty officially clash. Dan Patty bawa diri untuk further study jadi CSI. Rilek la Barry. Bunga bukan sekuntum dan u kena terima hakikat, walaupun u lari laju, u tak boleh kejar itu awek.
The Flash : EP10 S02 – Potential Energy
Episod kali ini memaparkan Meta Human yang diberi nama “Turtle”. Kuasa “Turtle” ini adalah memperlahankan keadaan sekitar hingga menyebabkan orang yang terkena pancaran auranya menjadi slow-motion. Ini termasuk benda-benda yang bukan bernyawa seperti bernda bergoyang hatta kepada angin dan seumpama.
Bila dah sekeliling “Turtle” menjadi perlahan, “Turtle” pun buat kerja haram dia.
Anyway, Flash juga terkesan dengan kuasa “Turtle” ini dimana Flash yang lari laju itu tiba-tiba menjadi slow-motion.
Bla-bla-bla, Flash jumpa jalan nak tangkap, bla-bla-bla, “Turtle” kena jel bawah tanah Star Lab, bla-bla-bla, Dr. Wells cucuk hidung “Turtle” secara curi-curi dan tanpa orang lain tahu untuk ambil apa ntah tapi dia nak kaji macam mana kuasa yang ada pada “Turtle” boleh digunapakai untuk hancurkan Zoom mahupun Flash. Mungkin inilah yang dimaksudkan title episod kali ini, “Potential Energy”
Oh ya. Hubungan Barry Allen dengan detektif Patty macam goyah. Nampak macam nak clash. Tapi oklah tu sebab bukan kerana orang ketiga.
Anyway, ending episod kali ini agak aneh. Tetiba ada Reverse Flash sampai ke zaman Flash. WTH?
One Punch Man

Mungkin anda sudah habis 12 episod “One Punch Man”. Mungkin juga anda belum pernah dengar pun pasal “One Punch Man”. Namun, Saitama, hero utama “One Punch Man” memang sekarang menjadi trending, bukan setakat di Jepun, malah hampir seluruh dunia. Buktinya, 9GAG sudah beberapa kali upload hal-hal kelakar tentang hero botak ini.
One Punch Man adalah sebuah kartun jepun yang baru habis 12 episod. Ia mengisahkan Saitama, seorang hero yang menang dengan semua orang jahat, dengan hanya menumbuk sekali sahaja. Sebab itu dia digelar “One Punch Man”.
Setting kartun ini adalah di Jepun dimana menjadi superhero adalah salah satu pekerjaan yang mulia. Semua superhero dikelaskan mengikut kategori tertentu oleh Hero Association. Setiap hero juga wajib mengambil exam kecerdasan dan kecergasan maka result exam ini menentukan kelas atau kategori hero itu sendiri sama ada C, B, A atau paling power, Class S. Setiap hero yang berdaftar akan menerima donation dari orang ramai dan sekiranya ada ancaman kepada bandar atau rakyat, hero akan dipanggil untuk menyelamatkan keadaan.
Uniknya Saitama adalah kerana dia hero yang paling kuat sebenarnya, namun sifat rendah diri dan biasa-biasa aje membuatkan musuh-musuh Saitama tension dan pelik, dari mana asal kekuatan Saitama yang sebenar? Ini juga menjadi tanda tanya Genos, seorang cyborg Hero Class S yang memeperhambakan dirinya kepada Saitama semata-mata untuk belajar menjadi kuat seperti gurunya itu walaupun Saitama hanya hero Class C. (Saitama fail ujian kecerdasan walaupun score penuh ujian kecergasan).
Sekarang kalau anda google One Punch Man Training Regime, anda akan dapati ramai peminat sedang berusaha keras untuk menjayakan resepi atau rahsia kekuatan Saitama. Menurut beliau, usaha training bersungguh-sungguh selama 3 tahun menyebabkan beliau menjadi kuat. Dan yang kelakarnya, training Saitama hanyalah seperti berikut :
Well… ada berani nak sahut cabaran ini? Challenge Accepted?
Anyway, kartun ini pada saya sangat kelakar. Dan menghiburkan. Worth watching dan in fact, dari stat IMDB, One Punch Man adalah ranking ke #15 Top Ranking Voted TV Show. Untuk mencari kartun ini sama ada anda search Online atau layan di Hulu.
Ini video tentang training Saitama kalau anda nak cuba. Rahsia kekuatan sebenar Sensei Saitama. Siapa tahu kalau anda buat training ini anda mungkin menang dalam race mengalahkan pelari-pelari Kenya!
Filem : Fair Chase

Kadangkala tiba masanya untuk kita kembali kepada fitrah kita. Dan kembali kepada fitrah, ada banyak cara. Salah satu daripadanya, adalah melakukan sesuatu yang asas atau paling basic. Mungkin, bila kita buat sesuatu secara asas dan bukan secara biasa yang kita buat, kita akan menemui diri kita yang sebenar. Kita mungkin, belajar, dan mengenal lagi, siapa diri kita yang sebenar.
“We have this tools in our body, that is ready to be use”
Fair Chase adalah filem dokumentari tentang beberapa orang runners berkumpul, bersatu hati, untuk pergi memburu binatang kedua terpantas didunia, pronghorn antelope. Mereka ini cuba “remake” semula cara memburu orang zaman dahulu, iaitu dengan mengejar binatang buruan sampai binatang ini mati akibat pecah jantung. Berbekalkan hanya “larian”, mereka cuba untuk melihat sama ada manusia zaman moden ini, mampu atau tidak mendapatkan hasil buruan untuk makanan, tanpa sebarang alat.
Filem doku ini membuatkan saya terfikir sejenak. Larian, bukan setakat untuk sihat dan seronok. Larian adalah untuk survival. Dan demi survival, manusia sanggup lari. Lari adalah perkara yang paling asas untuk mendapatkan yang paling asas : Makanan.
Dan yang paling penting dalam hidup ini adalah mencuba. Sama ada berjaya, atau tidak, itu sudah menjadi ketetapan yang tidak ada siapa boleh ubah lagi.
Langkah seterusnya :
Tonton trailer
http://www.fairchasemovie.com/
IMDB 7/10
Blog : Bahagian arkib dah siap kemas
The Flash : EP09 S02 – Running to Stand Still
Dalam siri ini adalah tentang “beritahu”.
So Snart “beritahu” Flash yang bahaya nak datang pada dia. Manakala, “beritahu” yang lain pula, adalah Iris “beritahu” ayahnya Joe tentang adik lelakinya atau anak Joe yang baru diketahui kewujudannya dan ini membuatkan Joe berasa salah gila. Yelah, rupanya dia ada anak lain dan anak lain ni membesar tanpa ayah.
Joe pula, “beritahu” Barry atau Flash yang kisah silam macam mana ayah Patty mati kena bunuh dengan mamat kaji cuaca tadi.
Namun dalam banyak-banyak “beritahu” adalah, siri kali ini telah “beritahu” kita yang intention sebenar Dr.Wells dari Earth 2 datang ke Earth 1 adalah untuk mencuri speedforce Flash dan beri kepada Zoom.
Ohhh… nampak macam baik. Tapi penipu rupanya.
The Flash : EP08 S02 – Legends of Today
Selepas diselamatkan oleh kekasih 4000 tahunnya daripada Vandal Savage, Kendra atau HawkGirl akhirnya menemui sayapnya, dan dia terbang tinggi.
Oliver the Arrow dan Flash bergabung untuk menewaskan Vandal Savage yang immortal itu namun ketika drama semakin panas, bersambung pula.
Sementara itu, Patty telah menembak Dr. Wells kerana sangkakan Dr. Wells ini adalah Dr. Wells yang asal, namun Dr. Wells diselamatkan Jay Garrick apabila Jay mengambil serum velocity 6 yang Dr.Wells cipta untuk tambah kelajuan The Flash bagi menewaskan zoom.
The Flash : EP07 S02 – Gorilla Warfare
Anyway, dalam episod ini, Mr.Gorilla a.k.a Grodd muncul kembali dan culik Caitlin. So Dr.Wells, Cisco dan Flash cuba perangkap monkey ni dan hantar Grodd ke hutan mana ntah tapi yang pastinya ini adalah Gorilla City.
Anyway, Cisco baru discover yang awek gigi dia tu macam meta human jugak tapi ada kepak macam burung. Demmm… ini macam Hawk Girl.
The Flash : EP06 S02 – Enter The Zoom
Zoom datang buat surprise masa depa leka. Bunuh Linda, dan belasah Flash. Nampak gayanya, eh, nampak sangat Zoom lagi kuat dari Flash dan Flash kena belasah macam budak mencuri kat asrama dulu. Lunyai barai.
Diakhir cerita Flash lumpuh. Kaki dia tak rasa apa berbanding dgn hati dia mesti rasa bengang gila.
The Flash : EP05 S02 – The Darkness and the Light

Rupanya Dr.Harrison Wells yang selamatkan Flash tu adalah dari Earth 2, sama macam Jay Garrick. So di Earth 2, Dr. Harrison Wells sama dengan Dr.Harrison Wells di Earth 1 dulu.
Hmmmm…. Kalau ada earth 2, agaknya saya kerja apa di sana?
Semua orang dalam cerita Flash macam tak percaya je semua rasa nak belasah je Dr. Wells ni tapi hakikatnya ini bukan Dr. Wells yang dulu. Ini orang lain. Pelanduk…
Anyway, dalam episod ini, meta human dari Earth 2 dieksport masuk ke Earth 1 oleh Zoom untuk membunuh Flash. Dia ni Dr.Light. Tangan dia keluar lampu dan sangat berguna kalau takda letrik kat rumah.
Dalam siri ini Flash ada trick baru iaitu speed mirage. Lari laju gila sampai create Speed Mirage untuk tipu Dr. Light.
Sementara itu, Cisco dan jumpa awek baru. Boleh tahan besar gigi awek Cisco ni dan nampaknya Cisco tak takut pun in case…. But anyway, Cisco yang rupanya meta human juga telah menamakan dirinya sendiri Vibe.
Satu lagi. Barry dan Patty dah mula keluar date. Ausam. Get a room please.
The Flash : EP04 S02 – The Fury of Firestorm

Dr.Stein makin sakit macam uzur nak meninggal dunia. Tapi rupanya dia kena stablekan tenaga api neraka dalam badan dia dan ini memberi idea kepada Caitlin bahawa mereka mesti mencari pasangan yang sesuai untuk bergabung diri dengan Dr.Stein. Beberapa calon dikenal pasti dan calon ditemuduga macam minta kerja.
Apapun akhirnya seorang budak mekanik yang dulunya jaguh American Football telah dikenalpasti sebagai pasangan baru Dr.Stein, dan gabungan mereka stabil sebagai Firestorm yang baru.
Diakhir cerita Flash kena gigit dengan manusia jerung dan telah diselamatkan oleh seorang lelaki misteri. Lelaki misteri ini menembak manusia jerung lalu melarikan diri. Flash kejar lelaki misteri ini dan tengok-tengok lelaki misteri ini adalah Dr.Wells.
WHATTTT??
Bukan Dr. Wells dah arwah ke?
Lagu : OST Point Break

Ada 2 lagu yang saya rasa worth simpan dalam iPod. First Runway by Andrew Watt dan satu lagi Still Breathing by Dig Kid. Yang ni saya tak jumpa lagi youtube dia tapi boleh dengar di SoundCloud. Boleh klik sini.
Filem : Point Break Pt 2
Filem : Point Break

Didalam hidup ini, ada orang hidup dengan mendaulatkan undang-undang. Ada orang pula hidup, melanggar undang-undang untuk mencari erti kehidupan. Sama ada berada di dalam golongan pertama atau berada di dalam golongan kedua, jangan menjadi orang yang melanggar undang-undang tetapi tidak tahu pun, erti kehidupan.
Sekali imbas filem ini adalah bagaikan menonton video – video GoPro yang tidak “bermata ikan”, shot-shot bagi scene dalam filem ini mengujakan dan hampir sahaja membuatkan kaki kita terangkat. Scene tunggang motor tebing bukit, terbang dari gaung tinggi, menjunam dari langit masuk ke lubang bumi, jika mahu mencari inspirasi adrenalin, filem ini boleh dijadikan rujukan yang mengujakan.
Namun adrenalin sekadar gula pemanis hidup. Bahaya gula, diabetes. Bahaya adrenalin……
Semua tidak mengapa asalkan tahu risiko. Asalkan tahu jalan kesederhanaan melaluinya, tidak menjadi masalah pun. Dan mencari kesederhanaan inilah, adalah jalan yang paling sukar dilalui, untuk ditempuhi.
Mungkin, “melawan” arus kadangkala tidak menjadi, lalu, “menjadi arus” itu adalah hal yang sebenar yang perlu diteliti. Ketika terbang dari gaung yang tinggi, Bodhi ada kata pada Utah, “Be the wind”.
Sejujurnya saya suka filem ini. Ia bukan filem santai sebenarnya. Point Break adalah remake baru dari versi yang dulu. Dan remake ini lebih deep dan mendalam.
Ada 8 challenge (Ozaki 8) yang perlu dilengkapi oleh Bodhi dan kawan-kawan. Semuanya demi untuk mencari “enlightenment”. Dan dalam pada usaha menlengkapkan challenge ini, Bodhi dan kawan-kawan mencipta undang-undang sendiri untuk berbakti kepada alam. Ini masalahnya. Mereka memberi kepada alam, bukan kepunyaan mereka.
Disini datangnya Utah, agen FBI yang mencari “redemption” dalam hidup, selepas menjadi punca kematian kawannya. Utah cuba menegakkan kebenaran yang diimplant dalam minda oleh masyarakat sedangkan Bodhi pula, sudah didalam kebenaran tersendiri.
Utah, cuba menyelamatkan Bodhi dari korup sedangkan Bodhi pula yang cuba menyelamatkan Utah daripada sistem yang korup, hakikatnya tidak ada siapa yang tahu siapa yang sepatutnya lebih benar dari siapa.
Ada satu hal yang paling saya terkesan selepas menonton filem ini. Ia adalah tentang jalan yang seseorang pilih dan ambil. Pada saat seseorang melangkah masuk dalam keputusan yang diambil, segala kesan dan akibat adalah tanggungan seseorang itu sendiri.
Dalam erti kata lain, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, diatas keputusan yang kita ambil. Kita, jangan juga hidup dibawah telunjuk orang lain. Hidup ini, hidup kita. Kita yang punya jalan yang kita pilih yang kita cari.
Namun apa jua keputusan yang diambil, sebenarnya, di dalam hidup ini, apa yang kita cari? Dan, bagi yang tahu, sanggup mencari cuma permulaan tetapi soalan yang patut kita tanya diri kita ini, beranikah kita menemui apa yang kita cari?