Semua catatan dalam ‘Lain-lain

Filem : Point Break

point-break-2015-poster

Didalam hidup ini, ada orang hidup dengan mendaulatkan undang-undang. Ada orang pula hidup, melanggar undang-undang untuk mencari erti kehidupan. Sama ada berada di dalam golongan pertama atau berada di dalam golongan kedua, jangan menjadi orang yang melanggar undang-undang tetapi tidak tahu pun, erti kehidupan.

Baca

The Flash : EP03 S02 – Family of Rogues

Episod kali ini tema dia kekeluargaan, lebih kepada hubungan ayah dan anak.

Ayah Captain Cold, mempergunakan anaknya untuk kepentingan dirinya sendiri, manakala ayah Iris, iaitu Joe, cuba sedaya upaya untuk protect Iris daripada berjumpa dengan mak asal dia. Dalam episod ini, kita boleh tengok perangai ayah baik dan ayah jahat.

Baca

The Flash : EP01 S02 – The Man Who Saved Central City



Untuk meraikan kejayaan The Flash menyelamatkan Central City dari disedut masuk oleh taufan wormholes yang tercipta dari season lepas, maka satu upacara meraikan Flash diadakan : The Flash Day. Pada hari itu, kunci keselamatan Central City diberikan kepada Flash sebagai tanda hero penyelamat dunia (Central City). Namun tidak diketahui sama ada hari itu cuti umum atau tidak.

Baca

The Flash : EP22 S01 – Rogue Air

“I want you to take a moment and think about all the things that define your life. All the people you love. Your job. Your co-workers. Your home. And now imagine if one day in a flash all of that vanished. Do you simply accept your new life, continue on or would you do whatever it takes to get back what was taken from you?” – Dr.Harrison Wells

Baca

The Flash : EP21 S01 – Grodd Lives



“Think about your best friend. It could be your wife, your father, maybe someone you grew up with. It’s the person you can’t wait to talk to at the end of the day. The person that knows everything about you, who roots for you. Know imagine your best friend had a secret. No, not a secret. A universe of secrets. Would you confront him? Would you stay silent? Either way, you know nothing will ever be the same again.” – Iris

Baca

The Flash : EP20 S01 –The Trap



Cisco asyik mimpi ngeri yang dia mati kena bunuh dengan Dr.Wells, sedangkan apa yang dia alami adalah reflections dari timeline yang sebelum ini sebenarnya. So, depa satu team decide untuk Cisco masuk kedalam mimpinya melalui device spek mata berteknologi dan berpeti, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Baca

The Flash : EP19 S01 – Who Is Harrison Wells?

“I’m getting faster, faster than I’ve ever been, and I wonder if it’s because lately something’s chasing me. I know what it is that’s stalking me. It’s my past. It’s getting closer, and as fast as I am, I can’t help but feel like my past has almost caught up with me.” – Barry Allen aka The Flash

Baca

The Flash : EP18 S01 – All Star Team Up



Minah Arrow Felicity tu datang melawat Central City, tapi kali ni bawak balak baru. Ray nama dia. Ray ni ada suit ala Iron Man, orang kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit, so dia buat suit yang boleh terbang. Boleh jadi masa kecik dia selalu main robot so why not bila besar dia buat robot tu dan duduk dalam robot tu sendiri?

Baca

The Flash : EP17 S01 – Tricksters

flash-trickster-devon
Anak penipu…

Kali ini ada penjahat baru diperkenalkan. Nama dia Tricksters. Kalau nak tengok muka penipu, boleh tengok muka mamat kat bawah ni. Dan menipu, adalah kebolehan dia yang paling power. Dia dah level master so dia transfer ilmu con dia pada anak dia.

Baca

The Flash : EP14 S01 – Fallout

Screen Shot 2015-09-20 at 3.37.57 PM

S.T.A.R Lab berjaya pisahkan Firestorm kepada 2 orang yang asal, Prof Stein dan apa kenama tunang Caitlin itu. Ntah macam mana, General Jahat Eiling berjaya culik Prof Stein sebab nak dapatkan info macam mana nak reproduce Firestorm untuk projek mega army super-soldier beliau.

Baca

The Flash : EP13 S01 – The Nuclear Man



Ronnie tunang Caitlin dulu sekarang sudah jadi Firestorm. Lagi pelik, Firestorm ni bukan seorang tapi 2 orang yang menjadi satu. Seorang lagi adalah Professor Stein yang pada hari letupan berlaku di Central City dulu, bergabung jiwa dan badannya menjadi satu ketika Professor Stein melawat S.T.A.R Lab.

Baca

The Flash : EP12 S01 – Crazy For You

Screen Shot 2015-09-20 at 1.07.22 AM


Siapa kata dia tak perlukan cinta dia gila. Superhero juga perlukan awek. Namun, menjadi superhero dan bercinta dalam masa yang sama agak mencabar. Membahagi masa boleh jadi OK bila semuanya on schedule tapi bila jenayah berlaku luar waktu jadual, masa dengan awek terpaksa dikorbankan. Walaupun Flash lari laju (seolah-olah boleh sampai on time bila-bila masa), Flash juga menghadapi masalah untuk meluangkan masa dengan aweknya. Kebolehannya bukan untuk berada di dua tempat dalam satu masa cuma boleh berada di satu tempat dengan lebih cepat. Itu saja.

Baca

The Flash : EP11 S01 – The Sound and the Fury



Yang bergema dari masa lampau hingga ke hari ini, kalau membuatkan hidup menjadi negatif, maka gema ini harus dihentikan. Persoalannya bagaimana? Boleh jadi, daripada fokus pada gema yang lampau, mula buat gema baru yang positif supaya masa depan daripada masa sekarang lebih baik dan terus menjadi baik.

Baca

The Flash : EP09 S01 – “The Man in the Yellow Suit”

The-Flash-1.09-3

Dalam hidup ini mesti ada next level. Atau next stage. Kalau masih di takuk yang sama, kita repeat routine. Kita tersekat pada satu bulatan yang tak kunjung sudah. Lalu, kita menjadi biasa. Seperti biasa-biasa yang lain. Namun bagi yang cuba breakaway daripada bulatan yang bosan ini, ada satu halangan yang harus ditempoh. Keluar dari ketakutan. Bulatan itu, adalah ketakutan sebenarnya. Ketakutan, adalah kerana kegelapan. Tidak nampak jalan. Tidak tahu apa yang akan mendatang atau ditemui kelak. Tapi bagi mereka yang keluar adalah kerana mereka telah menemui cahaya dan mengikut ke arah terang, yang betul. Mereka bukanlah orang yang bernasib baik tetapi mereka cuma orang yang mempunyai faith.

Baca

The Flash : EP08 S01 – “Flash vs Arrow”

Screen Shot 2015-07-20 at 11.45.26 PM

Yang mana lebih penting? Laju? Atau Tepat?

Dalam episod ini Barry atau Flash bergabung dengan Arrow untuk tangkap penjahat mata merah yang merasuk ramai orang menjadi marah dan panas baran. Namun entah macam mana, Flash pulak terkena jangkitan ini bila merenung mata meta human. Akhirnya Flash bergaduh dengan Arrow namun akhirnya Flash dapat diselamatkan.

Baca

The Flash : EP07 S01 – “Power Outage”

Screen Shot 2015-07-20 at 11.23.50 PM

Kuasa yang sebenar bukanlah daripada unsur luaran. Kalau ada pun itu hanya pemula. Kuasa yang sebenar, tidak perlu direcharge. Ia hadir daripada will power dari sebuah hati yang kuat. Apa akan jadi jika hati lemah? Semua hal tidak akan menjadi dan segalanya akan duka nestapa. Apa pula akan jadi jika hati kuat? Sesetengah orang tidak bermimpi. Mereka membawanya kepada realiti.

Baca

Filem : McFarland USA

Masa raya hari tu pakcik saya ziarah kerumah. Masa borak-borak tu dia ada bagitau suruh cari movie ni. Saya cakap insya-Allah, sebab sekarang dah lama tak pegi kedai DVD.

Baca

Drama Hari Raya

Saya cuti seminggu. So saya banyak habiskan masa saya tengok tv. Ah. Saya tipu. Saya tak tengok tv sangat pun. Saya sibuk buat benda lain contohnya tidur. Tapi, ada juga time saya tengok tv. Contohnya saya tengok cerita Fazura yang bf dia driver bus yang last sekali rupanya driver air bus. Saya tengok juga satu drama hantu raya nak stopkan orang kampung dari tanam tuan dia tapi last-last main iPad atas pokok. Mmmm lagi… ada satu lagi. Awek ni duduk sebelah rumah dengan balak yang selalu kacau dia masa kecik dulu, sekali depa kerja satu ofis, awek ni jadi boss, last sekali awek ni nak kena kawin dengan mamat lain yang pushy gila dan balak jiran dia kecewa tapi last sekali awek ni kawinkan mamat pushy dengan adik dia supaya dia dapat kawin dengan balak jiran dia aaa nama awek ni Zahra.

Baca

The Flash : EP04 S01 – “Going Rogue”

Screen Shot 2015-06-28 at 4.36.06 AM

Perselisihan faham biasa dalam hubungan. Dan ini membuatkan keadaan “dingin”. Kita mungkin berbeza pendapat, atau kita menolak pendapat orang lain. Boleh jadi juga kerana orang tidak percaya dengan apa yang kita percaya, dan kerana kecewa, kita memilih untuk biarkan begitu sahaja tanpa menyelesaikannya segera.

Baca

Solat Terawih

Ada orang pilih nak lari Fun Run 5K. Ada orang pilih 10K. Ada orang pilih 21K. Ada pulak yang pilih 42K. Tapi ada yang lagi gila, depa pilih 100K Ultra. Ada yang masuk race dekat negeri sendiri. Ada yang sanggup ke negeri lain untuk race. Ada yang lagi hardcore, lari kat oversea.

Baca

Flash : TV Series Promo

Haram satu episod Arrow pun saya tak pernah tengok tapi dalam siri Flash, masa mula-mula jadi Flash, Flash ada pi ziarah sahur Arrow dan discuss pasal nak jadi superhero. Bawah ni promo tv series depa.

Baca

Flash : TV Series 2015

flashposter

Setelah berpost-post pasal Flash, tibalah masa kepada tujuan asal kenapa saya tulis pasal Flash dalam blog larian ini. Sekarang kat TV ada main cerita The Flash. Kalau ikut IMDB, rating cerita Flash ni 8.3, which is agak tinggi juga compare dengan TV Series yang lain. Selepas saya menonton beberapa episode, saya dapati, memang enjoy untuk ditonton.

Baca

Flash : The Origin Pt 3

Now, kita focus pads Flash paling glamour, En. Barry Allen. Ini video kajian sejarah tempatan beliau. Dulu saya dah tengok tapi tak save link dia. Puas cari akhirnya jumpa juga.

Baca

Flash : The Origin Pt 2

Ini ada movie dari youtube untuk faham lebih lanjut sejarah Flash. Harap enjoy.





Summary :

1. Flash yang pertama pakai kuali kuning kat kepala tu nama dia En. Jay Garrick
2. Flash kedua, yang terinspire dengan komik Flash (Jay Garrick tadi, lain universe) adalah Barry Allen. Ini Flash yang paling glamour.
3. Flash ketiga, adalah anak sedara Barry Allen, iaitu Wally West. Ini Flash yang kelakar dan yang join Justice League. Juga dikenali sebagai Kid Flash.
4. Flash keempat, Bart Allen, cucu kepada Barry Allen yang mempunyai masalah tua cepat tu. Juga dikenali sebagai Impulse.

Baca