Semua catatan dalam ‘Semua

Game of throne vs Game of blog

Bila isteri saya complaint (eh tidak, dia tidak pernah complaint sebenarnya cuma dia mengingatkan….) yang bila dia buka blog LSK, asyik-asyik posting Macam mana nak lekatkan bib pada baju supaya center, saya dah rasa yang agak lama saya tak update blog ini. Well, ini semua sebab penangan GOT, atau Game Of Thor, eh silap. Game of Throne. Thor tu cite lain, dan bersumpah atas nama tuhan Odin, pun cite lain. Yang tu boleh rujuk Norsemen, cite viking kelakar nak mampus, di Netflix.

Baca

Azman

Semalam sampai Jitra malam. Jem di Imigresen Danok punyalah lama. Padahal kerja imigresen cop passport je. Tapi alhamdulillah, kami sekeluarga selamat pergi dan pulang.

Baca

Puasa hari Arafah

Saya sebenarnya di Kedah, balik kampung untuk raya haji. Berada di Kedah, untuk sambung training lari memang mencabar sebab cuaca kedah ni tersangatlah panas (bagi saya yang berasal dari Kuala Lipis yang banyak hutan dan sejuk). Waktu untuk training bagi saya sama ada awal subuh magghik atau lepas pukul 8 malam.

Baca

Sea Games 2017 : Tahniah kepada MALAYSIA

img-about-rimau

Sebentar tadi Sea Games telah melabuhkan tirai penutupan. Bendera kejohanan, telah beralih tangan dari Malaysia ke Philippines. “Abah” tentunya antara orang yang paling gembira kerana Sea Games kali ini bukan setakat mencapai matlamat 111 pingat emas, sebaliknya melangkaui lebih lagi hingga ke 145 pingat emas. Secara keseluruhannya, Malaysia meraih 323 pingat kesemuanya termasuk 92 perak, dan 86 gangsa. Malaysia juga berada di tangga teratas, mendahului negara asean yang lain.

Baca

Memecah Kebuntuan 2 : Tips dari Coach Edan Syah

IMG_1139

Makanya nak dijadikan cerita, melalui invitation launching oleh Asics itu dapatlah saya berpeluang untuk bertanyakan tips bagaimana nak lari SUB2 untuk HM daripada coach Edan Syah. Of courselah, kita nak kena risik juga canne pro athlete buat walaupun kita belum tentu boleh buat ke tidak.

Baca

Kasut : Asics Gel Kenun Pt 3 – Majlis Ujikaji Kasut bersama Coach Edan Syah

IMG_1182

So kami pun beramai-ramai turun ke taman bawah tu. Matlamat utama dia adalah untuk test kasut baru masing-masing. Rasa macam hari raya versi larian. Dulu masa kecikkan seronok gila dapat kasut baru nak beraya, ini pulak seronok gila sebab dapat kasut baru nak berlari. Dunia ini memang penuh dengan hal yang misteri. Umur bukan menjadi masalah untuk bergembira rupanya.

Baca

100K : Temuramah dengan Kapten Conquer Running Team, Udiey

IMG_0849

Seperti yang saya dah post mukadimah 100K sebelum ini, berikut adalah temubual saya dengan Saudara Udiey tentang pengalaman beliau menghabiskan TMMT2017 100K. Temubual ini atau soalan-soalan yang saya ajukan kepada Udiey adalah menjurus daripada segi preparation, race day, dan tips untuk kita semua yang ada hati nak lari 100K satu hari nanti. Semoga kita semua mendapat manfaat dari temubual ini. Sebelum itu, sedikit tambahan. Untuk nak bayangkan jauh mana 100K ini, ia adalah jarak lebih kurang daripada Kuala Lumpur ke Raub, Pahang. Ini screenshot dari google map.

Baca

Sea Games 2017 : Muhaizar Mohammad

Hari ini di dalam suratkhabar, terpampang berita kejayaan Malaysia merangkul gangsa oleh saudara Muhaizar Mohammad. Sebagai rujukan bersama dan akan datang, saya screenshotkan berita ini (takut server berita down ke apa) agar ia sentiasa memberi kita ingatan bahawa, “untuk meraih sesuatu, kita harus berusaha lebih dari biasa”.

Baca

Sea Games 2017 : Tahniah Team Malaysia

Screen Shot 2017-08-19 at 8.03.24 PM

Tahniah diucapkan kepada saudara Muhaizar Mohamad diatas kejayaan merangkul pingat gangsa untuk negara. Setelah kemarau 44 tahun bagi acara marathon, ini tentunya satu kejayaan paling bermakna buat Malaysia, sekaligus mengangkat “marathon” sebagai satu acara sukan yang tidak boleh lagi dipandang enteng. Mungkin Malaysia dah kena mula hantar atlit kita training di Kenya. Untuk bacaan lanjut news, boleh click sini.

Baca

Kasut : Asics Gel Kenun Pt 1 – Promo

Sebentar lagi saya akan ke OU untuk majlis pelancaran Asic Gel Kenun. Kasut ini, dikatakan adalah hasil inspirasi “awan sirus” yang diambil dari bahasa jepun, membuatkan para pemakai kasut ini berlari seakan atas “awan”. Melalui bacaan awal saya, ia mempunyai cushioning yang baik.

Baca

Blood Test

5 tahun lepas, tahun 2012, saya ada buat complete blood test. Masa tu sebab nak amik health insurance, so satu requirement dia adalah untuk buat blood test. Bukan itu saja, masa tu saya kena lari atas treadmill dalam 15 minit atau 10 minit, tak ingat, then dia ada letak wayar-wayar kat badan. Oleh sebab 2012 saya belum start lari lagi so lari 15 minit tu macam nak muntah. Agak syaitan nurse tu muka je lawa. Ada ke dia set speed dia makin lama makin laju. Lepas tu bila tengok kita macam nak mati lari dia ketawa-ketawa. Kalau saya jumpa dia lagi sekarang saya ajak dia race 10K. Baru tau.

Baca

Memecah Kebuntuan 2 : Workout untuk lagi laju

Salah satu kesilapan saya sebelum ini adalah saya abaikan workout. Dulu ada buat kejap lepas tu barai dan haram. Mungkin kena subcribe dekat gym kut baru ada motivasi. But anyway, ini ada video saya jumpa workout untuk lagi laju. Sebabkan matlamatnya nak SUB2, so alang-alang buat workout biar yang membantu ke arah menambah speed.

Baca

Memecah Kebuntuan 2 : Ceramah oleh Run Experience

Training

1. SUB 2 Average Pace adalah 5:43 per KM manakala 9:10 per mile
2. Average Pace termasuk kalau jalan masa lari, so avoid pause jam masa training
3. Masa training, cuba lari ikut race pace (HMP) sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi menjelang hari race
4. Training mesti ada Long Run, Tempo Run dan Easy Run yang fokus pada cara berlari yang betul
5. Long Run > Kalau boleh lari race pace 30 minit dalam setiap training
6. Long Run > Tapi bukannya dalam setiap training kena lari race pace sepanjang masa sebab nak avoid cedera dan burn out
7. Long Run > Boleh start dengan mula-mula 15 minit race pace, then next session 20 minit, then next 30 minit (Maks)
8. Tempo Run > seminggu sekali mesti ada
9. Tempo Run > tujuan dia adalah untuk build speed ke arah race pace
10. Tempo Run > Pace adalah 8:30 – 8 per mile, atau 5:17 – 4:58
11. Tempo Run > Bermula dengan 25 minit dan tambah sehingga 40 minit atau lebih, 8 minggu 25 minit, 2 minggu 40 minit
12. Easy Run > Fokus kepada cara lari yang betul in terms of mechanics, nafas dengan tenang, hayunan tangan, postur dan lain-lain

Baca

Sea Games 2017 : Acara Marathon Pt 2

Sekarang kita nak buat analisis sikit sama ada Marathon, Malaysia boleh menang pingat Emas atau tak. Sekarang saya listkan PB mengikut ranking siap dengan gambar runner tu sekali. So bila buat kajian ni, nampaknya untuk menang Emas / Perak / Gangsa sangat tipis bagi Malaysia.

Baca

Sea Games 2017 : Apa yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh support?

b1488641490.05836

Tak lama lagi SEA Games 2017. Saya ingat sebagai rakyat Malaysia, walaupun bukan bersukan sangat pun mesti kita ada cara bagaimana nak support Sea Games yang akan diadakan di KL ini. So dibawah ini saya tuliskan apa yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh buat untuk support Sea Games yang ke 29 ini. Saya akan tulis dan rank kan dari level yang paling malas sampai ke level yang paling hardcore.

Baca

Kisah Bib salah address

Hari ni ada satu cerita kelakar. Kisah dia begini.

Tengah hari tadi saya buat kerja dalam bilik John Zulazri. Amalina, admin saya ntah kemana saya pun tak tau. Tiba-tiba, pintu ofis ada orang tekan loceng. Sebab malas nak turun, John Zulazri yang pergi tengok.

Baca

Race : Smart Tunnel Run 2017 Pt 2 – Menuju Starting Line

Saya bangun pagi tadi dalam pukul 4:52 pagi. Mandi 3 minit, bersiap 3 minit dan tunggu grab 4 minit. Bila grab sampai, dia tanya saya, abang marathon mana pagi-pagi buta ni? Saya kata bukan marathon pun, ni cuma 12 KM. Race dalam Smart Tunnel. Pukul 5:30 boleh sampai tak? Dia kata itu roket. Saya ketawa. Dan mula tak ketawa bila dia bawa kereta macam roket.

Baca

DNS

DNS adalah singkatan kepada Did Not Start. DNF pula adalah Did Not Finish. DNS ni tak pi langsung lari sebab tertidur kat rumah atau apa jua alasan manakala DNF dan pi lari, cuma tengah lari tu muntah atau sakit pungkoq, so tak habis dan dah tak larat nak habiskan larian.

Baca

Race : Runsta Back to Semesta Pt 3 – Registration Extended

Nasi belum menjadi bubur. Bagi yang nak register Semesta Run tapi tak sempat sebab dah biasa buat keja las minute, so anda masih ada peluang lagi. Tarikh tutup telah dilanjutkan kepada 30 Julai. Which mean, ada lagi 2 hari. So apa tunggu lagi, register sekarang jangan buang masa gigit jari atau makan kuaci (err tak kelakar).

Baca

Macam mana nak design BIB larian

Saya rasa saya boleh bagi sedikit proposal memandangkan background saya adalah art dan saya juga berlari. Company saya pun company design dah 12 tahun, so proposal saya ni anda boleh amik kira. Ditambah pulak saya dah gantung Bib race kat rumah saya, so hari-hari naik tangga saya tengok Bib-Bib ni, makanya saya decide nak tulis sikit pasal design Bib.

Baca

Cuti Semester dah tamat

Gaya title posting ni macamlah saya ni seorang student lagi. Tapi ya. Saya memang seorang student yang masih belajar banyak benda dalam hidup. Student of running (kalau ikut tema blog ni), Student of parenting, Student of …. mmm.. basically Student of life la.

Baca