Semua catatan dalam ‘Trunvelogue

Trunvelogue, KitabkeViktor : Subuh

Saya terjaga dalam keadaan gopoh gapah. Saya tengok jam dah pukul 6:15. Saya mula gabra. Sebab semalam tak silap saya, bas bergerak dari Apollo Bay ke Kenneth River adalah jam 6:15. Dalam keadaan gopoh-gapah, saya mencapai semua alatan larian saya. Mujur juga dari malam tadi saya dah siap pakai baju lari semua sebab flatlay tu tak boleh nak biar atas tilam je. Nanti nak tidur kat mana?

Baca

Trunvelogue, KitabkeViktor : Flatlay

Selesai makan, perut dah kenyang dengan ucapan Alhamdulilah (ye ye je), saya pun sementara isteri saya kemas dapur bagai, saya tidurkan EL. EL ni kalau nak tidurkan macam-macam tektik nak kena guna. Macam-macam jampi nak kena hembus, baru dia tidur. Buas betul. Bayangkan dalam van kecik ni dia nak tawaf kedepan belakang kedepan belakang. Haiiiishhh…

Baca

Trunvelogue, KitabkeViktor : Kedai Buku Lorne

Suasana Bandar Lorne

Sebelum sampai Apollo Bay, ada satu lagi bandar kecil iaitu Lorne. Saya baca kat web, ada banyak juga attraction di Lorne ni. Salah satunya adalah Kedai Buku Lorne. Oleh kerana isteri saya sangat sukakan buku, so saya decide untuk singgah kedai buku ini. Nama dia, Lorne Beach Book. Saya fikir, mungkin ada sesuatu yang “rare” di kedai buku ini maka saya pun ke sana. Mana tau ada jumpa buku sakti ke apa ke. 

Baca

Trunvelogue, KitabkeViktor : The Great Ocean Road

Great_Ocean_Road,_Lorne,_Australia_-_Feb_2012
Gambar Internet

The Great Ocean Road tidak ada kena mengena dengan The Great Gatsby. Juga tidak ada kena mengena dengan The Great Bambino mahupun The Great Depression era sengal ekonomi dunia barat. The Great Ocean Road, adalah jalan pantai sepanjang 243 KM yang menghubungkan bandar-bandar kecil dalam negeri Victoria, daripada Tourquay dan Allansford.

Baca

Trunvelogue, KitabkeViktor : The Great Ocean Road Marathon

Screen Shot 2016-06-13 at 10.55.41 PM

Esok (15 May 2016 ) adalah race day. Persiapan saya untuk race ini sebenarnya tidak banyak mana pun. Saya rasa saya lebih banyak bersiap untuk pergi travel berbanding dengan bersiap untuk race ini. Walaubagaimanapun, ini adalah Pre – Race analysis yang biasa saya buat. Sebahagian daripadanya saya telah tulis cuma belum post sebab ia adalah sebahagian daripada sequence Trunvelogue pertama saya. Sebahagian, saya baru tambah.

Baca