Cerplan : Minggu 1/12 – Hari 3 : Tak cukup 2 sebab 2 datang

Hari ini sepatutnya saya lari 8 KM. Namun kerana Ikhwan Fadzli datang, saya cuma sempat lari 6 KM something. Instead of lari balik rumah, saya lari ke kedai mamak dan kami bersembang sampai malam.

Hari ini ada 2 benda yang saya kira boleh saya kongsi bersama. 2 benda ini adalah lebih bermakna dari 2 KM yang tidak cukup saya lari untuk penuh 8 KM. 2 benda ini, satunya saya baru tahu, dan satu lagi saya dah lama tahu tapi saya buat-buat macam tak tahu.

Pertama adalah tentang berapa project yang seseorang boleh handle dalam satu masa. Ikhwan Fadzli, eksekutif Petronas yang bukan setakat makan gaji, tetapi bermentaliti kerja di Petronas macam Petronas ini dia yang punya. Jangan salah faham. Bukan dari sudut negatif tapi dari sudut positif. Ikhwan Fadzli bekerja sungguh-sungguh bagaikan, Petronas itu syarikatnya sendiri.

Lalu Ikhwan Fadzli telah sampai kepada satu kesimpulan. Berapa project seseorang boleh handle dalam satu masa? Atau kalau saya ubah ayat ini agar tidak korporat sangat, berapa responsible yang seseorang boleh handle dalam satu masa?

Jawapannya 7.

Itu adalah jumlah yang paling optimum, untuk seseorang itu rajin bekerja, dan terus rajin berusaha. Dalam satu masa, seorang manusia kena ada 7 tanggungan, maka, ini menyebabkan otak dan badan, bekerja paling effisien.

Kalau seorang staff hanya mampu handle 3 job dalam satu masa, nescaya staff itu tidak effisien. Lagilah kalau dia cuma handle 1 job dalam satu masa. 7 job dalam satu masa, menjadikan seseorang itu Super-Efficient.

Mungkin kerana ini 7 adalah nombor yang keramat. Mungkin kerana itu 1 minggu ada 7 hari. Mungkin kerana itu pelangi ada 7 warna utama. Mungkin kerana itu ada 7 cakra pada badan manusia.

Di dalam quran, 7 adalah surah tentang ketinggian. Dan jika anda google “tujuh” dalam quran, ayat pertama yang keluar adalah tentang kesempurnaan pemikiran dan kejadian. Manakala jika anda mempunyai kawan yang beragama hindu, anda boleh tanya mereka tentang 7 atau saptha kerana ia adalah nombor suci dan sangat spiritual. Jika anda mempunyai kawan buddhist, 7 adalah berkaitan dengan “The Seven Factors of Enlightenment”.

Saya terfikir balik apa matlamat larian saya tahun ini. Saya belek-belek draft posting saya. OH ya. Ada 7.

Hal yang kedua pula adalah tentang karangan Syam At- Termizi tentang “Suka”. Didalam karangan pendek beliau, sebagai manusia, kita mula-mula harus buat apa yang tuhan suka. Sebagai contoh, kita sembahyang. Maka, tuhan suka.

Namun lama kelamaan, bila kita sendiri suka dengan apa yang kita buat itu, tuhan, mula suka pada kita. Tuhan, bukan suka pada apa yang kita buat.

Ini pada saya debatable kerana bagi saya tuhan tidak suka dan tidak marah. Sebaliknya, sifat ketuhanan itu yang kita pinjam maka kita suka dan kita marah. Tapi untuk deployment dalam hidup, mengetahui hal ini boleh membantu kita untuk menjalani hidup dengan baik.

Sebagai contoh, jika kita suka pada seseorang, kita buat apa yang orang itu suka. Maka orang itu pasti gembira dan suka apa yang kita buat. 3 bulan selepas itu, orang itu bukan setakat suka dengan apa yang kita buat, tapi suka pada kita, walaupun kita tidak lagi buat apa yang orang itu suka kita buat.

Kesukaan, berpindah dari satu level ke satu level yang lain. Asalnya hanya untuk menggembirakan orang, akhirnya menggembirakan kita jua.

Apabila pukul 9, Ikhwan Fadzli tanya saya tak makan malam ke? Saya kata isteri saya masak di rumah. Ikhwan Fadzli kata, kalau begitu mari aku hantar kau balik.

Hari ini saya lari cuma 6 KM. Sepatutnya saya lari 8 KM. Tidak cukup 2 KM lagi. Ia mungkin mencacatkan Training Plan saya namun kekurangan 2 KM memberi saya 2 pengetahuan bermakna buat malam ini.

Dan bukan setakat itu sahaja, malah instead of balik ke rumah berlari, saya balik ke rumah naik kereta dihantar Ikhwan Fadzli.

day3

Minggu 1/12 Hari 3
Current Distance : 11 KM / 730 KM
Total Time : 1:21:27
Total Average Pace : 7:19
Estimate time for HM Race : 2:42:31

Screen Shot 2016-01-21 at 12.06.07 AM

Kongsi di :