Cerplan : Minggu 1/12 – Hari 6 : Malaysia Bankrupt

Setelah ponteng 2 hari, petang ini saya turun training semula. Sambil berlari, saya teringat hal 2 hari lepas.

2 hari lepas saya ada meeting dengan seorang client saya. En. Tan (yang saya panggil En. Tam) di Subang Aiport dan beliau adalah owner sebuah resort di Pulau Redang. Discuss pasal projeknya kejap saja tapi yang lama adalah discuss pasal Malaysia.

Banyak yang kami bualkan namun secara dasarnya adalah tentang ekonomi yang semakin teruk, kesukaran menjadi seorang boss, dan bagaimana untuk survive dalam masa 3 tahun ini, namun yang paling eye-opener bagi saya hari itu adalah tentang Malaysia bankrupt.

Menurut En. Tan (En.Tam), abang dan adik ipar dia telah migrate ke Australia dan seorang lagi ke Canada. Ini adalah kerana pada pendapat mereka, dengan suasana ketidak-stabilan politik Malaysia, kombo dengan kemelesetan ekonomi dan juga kejatuhan ringgit Malaysia berbanding dollar Amerika yang makin teruk, dijangkakan Malaysia akan bankrupt tidak lama lagi.

Saya memandang tepat pada mata beliau dan bertanya sekali lagi, “Are you serious?”

“So Mr.Tam, let say I still got some saving thus what should I do? Where should I put my money?”
“You open foreign account with international bank. Keep your money in Dollar, or Aussie…or UK pound… that is the first step..”

Perbualan kami semakin rancak lagi hinggalah hampir kepada En.Tan terlepas flight untuk balik Terengganu.

Semalam kecoh ada WhatsApp Tun Daim kata yang Malaysia akan bankrupt lagi 8 bulan. Namun selepas saya google untuk cari kesahihannya, ternyata Awani mengatakan berita itu karut semata-mata.

51440484787_freesize.jpg

Carian saya lanjut menemui artikel ini. Kesimpulan dari tulisan Jason Chin yang telah membuat perbandingan data dari luar negara mengenai kedudukan ekonomi Malaysia mengatakan bahawa Malaysia tidak akan bankrupt.

Tapi Greece yang suatu masa dulu filosof pun boleh bankrupt macam mana?

Greece pernah bankrupt dulu dan untuk membaca kenapa Greece bankrupt, anda boleh pergi sini. Selepas baca, anda boleh bandingkan adakah Malaysia sedang menuju jalan yang sama atau jalan yang bertentangan. Berbanding Greece dengan Malaysia, Greece lagi corrupt.

Adakah Malaysia negara yang corrupt?

Menurut ranking 2014, Malaysia no 50 berbanding Singapura yang less corrupt, no 7, Australia no 11 dan Greece no 69.

Screen Shot 2016-01-23 at 11.25.05 PM

Bankrupt atau tidak, corrupt atau tidak, yang paling nyata duit Malaysia semakin lemah. Ini adalah graph kejatuhan ringgit berbanding dollar amerika dalam tempoh 7 bulan. Dari RM 3.82 hari ini sudah jadi RM 4.27, kenaikan sebanyak RM0.45.

Screen Shot 2016-01-23 at 11.40.45 PM

Ada kawan saya bagitau by bulan 5 kemungkinan ringgit akan jatuh lagi teruk hingga RM5 lebih. Saya tak pasti nak percaya atau tidak tapi katalah lagi 7 bulan dari sekarang kalau ringgit makin lemah, kiraan saya yang paling bangang melalui graph ini at least penambahan lagi RM 0.45 menjadi nilai ringgit pada bulan Ogos adalah RM 4.72.

Setelah 2 hari ponteng hari ini saya turun training lagi. Kalau saya tak ponteng, by right hari ini saya dah complete 40 KM untuk minggu yang pertama. Tapi sebab saya ponteng 2 hari, saya cuma baru complete 22 KM. Esok rest day dan kalau saya ganti session ponteng saya pun tak mungkin saya dapat completekan 40 KM. Paling kuat pun boleh pergi 30 KM sahaja kalau lari 8 K. Itu pun kalau lari esok.

Apapun nasi sudah menjadi bubur. Minggu pertama ini takkan complete pun 40 KM dan saya kena terima hakikat ini. Next week akan mula training minggu kedua dan jumlah yang kena complete adalah 55 KM. Yahooo!

Adakah next week nasi akan menjadi bubur lagi?

Saya kena buat sesuatu agar next week saya complete 55 KM. Dan saya juga kena buat sesuatu agar lagi 8 bulan kalau Malaysia benar-benar bankrupt, nasi saya tidak menjadi bubur.

day6

Minggu 1/12 Hari 6
Current Distance : 21.9 KM / 730 KM
Total Time : 2:44:39
Total Average Pace : 7:25
Estimate time for HM Race : 2:42:31
Screen Shot 2016-01-23 at 9.41.22 PM

Kongsi di :