Cerplan : Minggu 2/12 – Hari 8 : Anjing

Hari ini cuti sempena perayaan Thaipusam. Mulanya (macam biasa) nak lari pagi-pagi buta tapi tak jadi sebab (macam biasa). Kenapalah susah sangat nak bangkit dari tidur?

Anyway, petang tadi saya lari, dan ini adalah catatan minggu ke 2/12 hari ke 8.

Sebenarnya sejak subscribe kepada training plan Nike ini kekerapan larian dan jumlah jarak mingguan saya bertambah. Untuk itu, saya decide untuk lari keliling taman perumahan saya ini instead of lari keliling rumah saya. Ini kerana, satu pusingan keliling rumah saya cuma dalam 1 KM  ++ namun mengelilingi taman perumahan saya lebih besar kilometernya. Boleh compare screenshot hari ini, dengan yang dulu yang biasa saya lari.

day8
Keliling taman hari ini…

day0
Keliling rumah dulu…

Walaubagaimanapun, saya masih lagi gagal untuk buat satu pusingan lengkap keliling taman perumahan saya. Ini adalah kerana di bahagian belakang taman ini, terdapat sekumpulang anjing gangster yang mengacau orang lalu lalang. Dengar cerita juga, anjing-anjing gangster ini pernah pau orang yang lalu kat belakang tu duit dan mengancam untuk mengigit kaki mereka jika tidak diberikan wang. 😀

So, saya masih tak dapat estimate berapa total jarak untuk keliling taman ini disebabkan anjing gangster yang melepak di belakang ini.

Ini kisah terperinci hari ini.

Ketika sampai di kawasan belakang taman perumahan saya ini, dari jauh saya sudah nampak 2 ekor anjing sedang lepak tengah jalan. Saya fikir kalau saya cuba sprint sekuat hati mungkin anjing ini tidak dapat kejar saya. Tapi bila ada 2 ekor anjing tengah standby, peluang saya untuk melepaskan diri mungkin tipis sebab semangat setiakawan anjing ini mungkin bakal menaikkan semangat mereka berkobar-kobar tahap olimpik. Walaupun saya tahu yang saya lari tanpa membawa duit, digigit anjing adalah antara perkara yang tidak dapat saya terima untuk tahun 2016 ini.

IMG_4245
Nampak dak ujung tu…

IMG_4247
Tu, 2 ekor tengah santai

Tengah saya mundar mandir untuk fikir sama ada nak teruskan sprint sambil kumpul tenaga dan semangat, tiba-tiba dari jauh ada seorang runner baju biru tengah lari ke arah saya. Ah, ini sudah cantik kata hati saya. Saya boleh follow dia dari belakang dan anjing gangster ini pasti akan fikir 2 kali jugak sebab dah ada 2 orang vs 2 anjing. Harapan mereka nak pau kami pasti tipis.

Namun, elok je sampai berdekatan dengan saya, runner ini buat pusingan u-turn dan berlari meninggalkan saya keseorangan. Adoi… hancur hati saya. Saya fikir, hari ini nampaknya bukan lagi hari untuk saya complete pusing taman ni.

IMG_4251
Jauh dah brader ni lari patah balik…

Baru saya nak u-turn, ntah macam mana datang lagi seorang runner dari jauh memberi harapan. Instead of baju biru, runner ini berbaju putih. Semangat saya kembali kuat. Nampaknya tuhan mendengar doa seminit saya dan hari ini pasti saya dapat completekan pusingan taman ini lalu tahu berapa jarak pusingan keseluruhan.

IMG_4253
Nampak dah runner baju biru tadi dah jauh kat belakang nu?

Saya pun menarik nafas sambil membuat arahan kepada alam untuk masukkan segala tenaga yang ada di dunia ke dalam diri saya. Saya bajet, sejurus runner ini lepas melalui saya, saya akan follow dia dari belakang dan menghadapi hari ini sebagai seorang lelaki sejati.

Namun, malang sekali lagi rupanya malang boleh berlaku 2 kali serentak dalam satu hari. Runner ini senyum-senyum angkat tangan pada saya lalu membuat pusingan u turn sebaik saja saya mula nak follow dia dari belakang. Lalu terjadilah perbualan antara kami. Kata runner itu,

“I dah pusing sini 2 kali, now i nak patah balik…”
“U takut itu anjing ka?”
“Ya la. Itu anjing gila ma. U jangan lari sana nanti dia kejar”
“O betul ka?”
“Dia ada 5 ekor semua. Selalu buat bising buat kacau. Bahaya kalau U lari depan diorang”
“I ingat baru mau follow u lalu depan diorang”
“Oiii jangan-jangan. Nanti dia lari kejar sama u kena gigit sia-sia saja”
“Ok ok. Kalau macam tu saya patah balik”
“Ya good decision”

day8-2
Screenshot saya mundar mandir nak teruskan atau patah balik…

Selesai angkat tangan dan minta diri, saya pun lari patah balik meninggalkan runner baju putih itu seorang diri. Dalam pada itu saya terfikir. Rupanya tuhan itu memang maha pengasih maha penyayang. Kita ingat kita nak tembus juga kemustahilan walaupun bahaya tapi dia hantar orang-orang dia untuk beritahu kita lebih information agar kita fikir semula sama ada nak teruskan atau tidak dalam keadaan yang tidak bersedia.

Anyway, hari ini saya gagal untuk lengkapkan pusingan complete taman ini. Namun, satu hari nanti, saya tahu yang saya akan berjaya completekan pusingan ini juga. Sama ada anjing gangster ini ada atau tidak ada, hanya masa yang akan menentukan. Mungkin hari itu nanti, saya akan lebih bersedia dengan Jeet Kune Do yang saya akan belajar dari filem-filem Bruce Lee.

Kau jangan nak gangster sangat anjing. Tunggu pace aku sampai 2:00 / km itu jam baru kau tahu siapa emperor kawasan Kinrara Residence ini.

 

Kongsi di :