Concept Store : Asics Midvalley + Siri FlyteFoam Fast Trio

Screen Shot 2017-04-20 at 8.41.27 PM

Lama betul tak update blog ni. Nak tekan enter pun macam dah lupa. Maaflah ya. Tetiba macam sibuk gila pulak dengan kerja harian. Nyampah.

Anyway, ini adalah hal semalam.

Screen Shot 2017-04-20 at 7.33.48 PM

So semalam saya ada dapat invitation untuk ke Midvalley. Event oleh Asics sempena melancarkan store di Midvalley dan KLCC. Ini adalah concept store yang ke 8 dan 9 dalam Malaysia. Ini alamat dia kalau nak singgah.

Screen Shot 2017-04-21 at 11.35.48 AM

Banyak-banyak store Asics, saya selalu pergi yang kat OU. Tatau pulak yang OU tu concept store yang ke berapa. Tapi untuk rekod, ini list store Asics satu Malaysia, ada 7 + 3 :

ASICS Pavilion,
ASICS 1 Utama,
ASICS Sunway Pyramid,
ASICS Sunway Velocity,
ASICS Aeon Shah Alam,
ASICS Queensbay
ASICS Gurney Mall
+ 3 factory outlets – Mitsui Outlet Park KLIA, Johor Premium Outlet dan Genting Premium Outlet.

Screen Shot 2017-04-20 at 8.14.45 PM

Sempena dengan pembukaan 2 concept store ini, Asics telah mereveal 3 jenis kasut untuk dicuba pakai  :

DynaFlyte ( Color Update )
Noosa FF 
GEL – DS Trainer 22 

3 sahabat ni kombinasi dia dinamakan Siri FlyteFoam Fast Trio. Aim dia adalah untuk kasut yang lebih ringan akibat dari teknologi kusyen Asics FlyteFoam demi untuk catatan masa PB sekian runners. Oh by the way, since ada 3 jenis kasut ni maka boleh dikatakan chances untuk semua jenis kaki, tapak kaki boleh fit in. Maksudnya jangan risau takda options untuk anda melainkan kaki anda tu kaki alien.

Screen Shot 2017-04-20 at 11.59.04 PM
Screen Shot 2017-04-20 at 11.59.33 PMScreen Shot 2017-04-21 at 12.00.13 AM

Ni pulak kasut-kasut yang sama untuk amik dan test lari atas treadmill.

Screen Shot 2017-04-20 at 8.54.34 PM

So disebabkan saya sibuk dan tak sempat nak kesana, saya telah meminta bantuan isteri saya untuk membuat liputan rasmi bagi blog ini. Yelah. Dia pun bukan ada keja sangat duduk kat rumah. Saya tanya dia semalam, ada rasa nak jadi journalist tak?

unnamed-1
Pelancaran Siri FlyteFoam Fast Trio ( Gambar dari Asics )

Lagipun nama isteri saya Rozalina, so kalau Rozalina jadi journalist, boleh panggil JourINAlist. Haa kelakar tak kelakar tak. Tak.

Dipendekkan cerita, isteri saya angkut adik ipar saya sekali untuk turut serta menjaga EL Lukh sementara isteri saya menjadi JourINAlist.

Screen Shot 2017-04-20 at 9.13.30 PM

Depa sampai agak lewat sebenarnya sebab event start pukul 11:00. Nak tunggu adik ipar saya mandi bersolek bagai lagi last-last sampai sana event pun dah habis. Haram.

Tapi semangat JourINAlist dia untuk berkhidmat bagi pihak lariansebuahkitab agak tinggi rupanya. Walaupun event dah habis, isteri saya sempat la buat interview dan amik gambar bagai. So ini cerita detail dia.

Ada 2 Asics Athletes semalam (yang isteri saya jumpa la). Pertama En. Muhaizar Mohamad ( FM 2:39 SCKLM ) manakala yang kedua adalah En. Nik Fakaruddin ( FM 2:40 ). Depa dua sekarang tengah training untuk qualify Sea Games Malaysia. Catatan yang diperlukan adalah FM 2:35 untuk layak. Masalahnya sekarang ada 6 top marathoner Malaysia ( termasuk Edan & Coach Din) tapi untuk Sea Games wakil Malaysia cuma nak 2 orang saja. Yang kiri En. M dan yang kanan En. N.

Screen Shot 2017-04-20 at 8.24.57 PM

Since alang-alang dah ada kat event kasut ni, so isteri saya ada tanya En. Nik dia dah try ke kasut-kasut Asics FlyteFoam Fast Trio. Malangnya belum lagi sebab kasut ni masih baru. So isteri saya tanya dia sekarang En. Nik pakai kasut apa. Menurut En. Nik, dia pakai Tarther Japan. Ini gambar dia.

TJR076_2390
Menurut En. Nik lagi, seminggu dia lari 120 KM – 140 KM + 1 rest day. Sehari lari ada yang 1 shot LSD ada juga yang 2 kali. Ada hari training speed. Basically En. Nik dan En. Muhaizar masing-masih ada coach sendiri.

Manakala En. Muhaizar pulak pakai Tartherzeal 5. Dibawah ni gambar kasut yang beliau pakai.

Screen Shot 2017-04-20 at 8.32.59 PM

Oh satu lagi tips En. Nik, kalau untuk training, make sure kasut tu tapak dia tebal. Sebab nak kurangkan injury dan pressure pada kaki. Kalau untuk race, baru pakai kasut tapak nipis dan ringan. Sebab tujahan untuk kedepan masa landing tu lagi cepat dan impak dia berkesan.

OK. Dipendekkan cerita, EL Lukh pun dah mengamuk nak minum susu, adik ipar saya tak boleh nak handle, so kerjaya JourINAlist isteri saya terpaksa dipendekkan. Untuk anda yang berminat nak test Siri FlyteFoam Fast Trio ni bolehlah bergegas ke Midvalley weekend ni. Selain dari testing kasut tu, alang-alang test masuk terus contest ASICS UNLOCK THE FAST Challenges. Bawak sedara mara adik beradik yang asyik tidur kat rumah tu sekali, paksa pakai kasut – kasut ni dan paksa lari atas treadmill. Kalau takut sesat, ni alamat dan masa :

Tarikh:   Saturday, 22 April & Sunday 23 April 2017
Masa:   12.30pm – 7.30pm
Tempat: South Court, Mid Valley Megamall, Ground Floor

Test tu bukan buta-buta, make sure anda datang bertiga. Datang sorang rugi. Datang bertiga boleh masuk competiton sama ada kategori balak semua (MEN), atau kategori aweks (WOMEN), atau kategori campuran aweks dan balak (MIX). Make sure bawak energy gel sekali kasi boost energy to the max untuk sprint.

Team yang lari paling jauh atas treadmill dalam masa 5 minit akan menang kasut ASICS. Sapa nak bagi woi kasut free. By the way, ini ada video kasi semangat sikit.

***
So bila isteri saya balik rumah, saya tanya dia. Siri FlyteFoam Fast Trio ni nak kena ada tiga-tiga semua ke atau salah satu je untuk runner? Mana tau kan sebab kempen dia 3 dalam 1. Kut satu untuk race, satu untuk training, satu untuk warm up ke. Isteri saya tak jawab pun tapi dia bagi satu senyuman heeeeeeeeeee. Lupa nak tanya la tu pasal kasut.

Anyway, ini tugas pertama JourINAlist. Tak boleh nak marah sangatlah nanti marah beria takut dia resign. Sapa nak tolong saya feed info di lokasi kejadian?

 

***

Nota Tambahan
1. Trio kasut ini available dan boleh didapati di semua concept store Asics bermula March 2017
2. Harga kasut adalah seperti berikut, Noosa FF RM499, Gel DS Trainer 22 RM499, Dynaflyte RM549.
3. Hashtag berkaitan, in case dah beli kasut ni nanti : #FlyteFoam, #DontRunFly

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *