Core Workout : 5 minit setiap hari, 2 kali sehari, pagi dan petang

Satu hal yang saya tertinggal setelah 4 tahun lari adalah untuk buat core workout. Core workout ini rupanya sangat penting lebih-lebih lagi bila nak lari jauh. Ia akan menguatkan bahagian badan yang tertentu lalu ia memberi abiliti untuk lari lebih jauh tanpa letih yang tinggi.

Banyak movie di youtube pasal core workout. Tak tahu nak pilih yang mana satu. So untuk permulaan, saya pilih yang ini.

Pertama, sebab senang nak ikut, setiap kali nak buat saya cuma pergi balik page ini dan onkan video ini.

Kedua, ada plank. Plank memang akan menguatkan otot bahagian pinggang.

Ketiga, senaman akak ni akan bagi abs yang terbaik. Tak buncit dan boroi. Saya akan cuba yang ini dulu sebelum buat kajian dengan lebih mendalam pasal core workout.

Updated :

13.09.2016 – first time buat hanya sempat bertahan pada minit 2 ++. Selebihnya cuba buat juga tapi buat dalam keadaan tersiksa. Lepas habis buat rasa nak pitam. Lepas buat masa nak tidur malam ada sedikit rasa sakit di pinggang belakang.

15.09.2016 – second time buat, bertahan sampai minit 1:43… dah makin ok… selebihnya buat dalam keadaan tersiksa.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *