Covid 19 : Apa kesan covid19 kalau kena kepada runner?

Dengan kes mendadak dangdut meningkat di Malaysia dengan score paling tinggi semalam, nampak gaya saya rasa ada kemungkinan kita akan extend lagi pkp ni lagi dua minggu. Rasanya maybe dalam 2 – 3 hari lagi mau cecah seribu dinar.

Now. Posting kali ini adalah untuk mengkaji sejauh mana bahayanya covid19 kepada kita sebagai runner. Maksud dia gini. Jangan sebab kita tengok mufti kita kena covid19 pastu dia sihat balik so kita rasa oklah tade mende. Basically, menurut pembacaan saya, sihat semula satu hal tapi sihat dalam keadaan yang macam mana itu satu hal lagi.

1. Adakah covid19 boleh kena pada runner yang aktif?

Boleh. Kehidupan yang aktif tidak menjamin tidak kena covid19. Fitness level yang tip top ultra belum menjamin immuniti.

2. Ada tak kes yang kena pada runner, esp. marathoner?

Ada. Nama dia Joshua Fiske. Umur 46 tahun, masih muda. Seminggu lari 4 kali dan dalam masa 7 tahun ni dah banyak masuk HM dan FM. Dia ni seorang doktor lagi. Boleh baca kisah dia disini.

3. Ala malas la nak baca. Boleh kasi summary tak?

Joshua Fiske adalah seorang urologist di sebuah hospital di New Jersey. Satu hari temp dia spike, dia mula resah. Terus dia kuarantin sendiri di basement rumahnya, the next day dia buat covid19 test dan 2 hari lepas tu dia disahkan positif covid19.

Mulanya demam dia mild. Tiada batuk, tiada sakit dada. Until a few days temp dia spike lagi tinggi, 104 degree. Dia kemudian terus masuk ER, lepas scan dada, didapati mengidap pneumonia, iaitu antara kesan paling teruk Covid19. Dia kemudian demam teruk beberapa hari kemudian, dan sentiasa dalam keadaan sukar nak bernafas walaupun tidak batuk dan tidak sakit dada. Last sekali doc bagi ubat, setelah seminggu di hospital, dia disahkan bebas covid19.

4. Apa kesan covid19 kepada beliau walaupun setelah sembuh?

Pertama adalah tentang kekuatan paru-paru. Doc dia bagitau yang kesan covid19 membuatkan paru-paru tak berapa power cam asal. So Joshua agak serrr sebab dia kan runnner. Dan memang paru-paru Joshua tak quattro macam dulu.

Basically menurut Joshua, paru-paru seorang dewasa sihat boleh sedut 6 liter / 6000 ml udara. Masa keluar hospital hari tu, Josh cuma boleh sedut 400 ml udara. So nampak tak betapa covid19 bahaya kepada runner? Bila sikit udara masuk dalam paru-paru, accane ko nak lari HM? 1 K pun boleh muntah macam ni.

5. Apa Josh buat untuk regain dia punya kekuatan paru-paru?

Kata Josh, 3 benda. Pertama deep breathing exercises, kedua yoga, ketiga meditation. Hasil lepas seminggu latihan ni dia berjaya naikkan keupayaan kepada 3700 ml udara. At least 50% lebih sikit dari normal adult. Ok la tu dalam masa seminggu.

6. Tapi kita orang islam mana boleh buat yoga. Meditation pun tatau boleh ke tidak ni semuakan benda-benda yang boleh menyesatkan akidah kita? Bukan ke mufti kata dulu tak boleh?

Hmmm…. ni malas nak komen la. Penat tau soalan canni. Dia gini la. Pernah gi umrah tak? Kalau tak pernah, ce google gambo gua hira’. Pastu tengok size gua tu beso mana. Agak-agak Prophet Muhammad dulu sementara nak tunggu wahyu, dia buat apa kat situ. Duduk saja tengok langit ke sampai dapat wahyu? Ni satu lagi ape benda lu story ni meditation sesatkan akidah? Dalam quran ada sebut pasal meditation, boleh semak sendiri.

7. Ok Abiang sorry jangan marah. Abiang ni kalau tanya soalan agama mesti sensi. But anyway, berbalik cerita tadi. Josh lepas tu boleh lari balik tak?

23 hari lepas first kena covid19 tu, Josh keluar jogging ngan anak dia. Depa lagi pace 12, 2 batu. Josh rasa macam laghi dalam neraka. Inilah larian 2 batu yang paling susah dalam hidup dia.

Now sekarang Josh dah lari balik macam biasa. Tapi basically dia lari sekarang tak laju macam dulu. In term of pace, dia slow seminit dua per miles.

8. In term of health perspective, bukankah seorang runner ni by default seorang yang active. Accane walaupun fit, tapi bila kena covid19 dia punya effect boleh bawa maut?

Berdasarkan kisah Joshua ini, basically apa yang berlaku adalah canni. Pertama Josh memang seorang yang fit. Bila kena covid19, body dia atau imunne system dia cuba fight virus covid19 ni. Masalahnya sebab dia ni fit, level fighting dia tu agak ganas bagaikan kombinasi Bruce Lee + Chuck Noris + Master Miyagi (tok guru karate kid) + Van Damme + Sub Zero Mortal Combat. Maksudnya kalau orang biasa mungkin level fight dia sekadar Eman Manan. So sebabkan imunne system ni fight kaw2, dia terlupa lak yang kesan dia nak lawan virus tu menyebabkan kan harmful pada body sendiri. Kira makan diri la.

Scenario yang dikategorikan massive over-reaction ini dinamakan “cytokine storm”. Immune system release cytokines. Ini adalah protokol atau sop biasa bila ada virus dalam badan. Tapi sebab orang fit level cytokines dia gila babi, ini menyebabkan paru-paru bengkak serta pembinaan fluid di dalam paru-paru. Paru-paru bengkak + over fluid ni dinamakan Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS). Kalau kena ni kita kat makam high-level support with a ventilator and intensive care. Stat dia sekarang, 30% balik kampung (meninggal), separuh dari yang recover boleh kerja cam biasa balik lepas setahun.

Maka doc pun penning. Kalau bagi ubat nak lowkan immune system tapi kalau tersilap langkah, body boleh jadi tade immune system terus so lagi bahaya. Kalau tak buat apa-apa, Bruce Lee dan kawan2 akan gang-bang memusnahkan body.


Joshua Fiske

KESIMPULAN

Basically kalau berdasarkan kisah Josh ni Covid19 ni lagi bahaya pada orang yang fit esp. runner. Dia ada 2 fasa.

Fasa pertama, masa kena covid19. Response badan gila sebab kita fit. Kalau gagal dikawal, boleh balik kampung awal. Kalau survive, alhamdulillah.

Fasa kedua, lepas recover, physical ability menurun tak macam dulu. Ini adalah disebabkan paru-paru dah cedera. Maksudnya, cita-cita nak buat PB baru memang babai.

So guys, hati-hati. Jangan ingat sebab kita lari almost everyday, hari2 workout 30 minit, kita boleh selamat dari Covid19.

Belum tentu bai……

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *