Covid 19 : Apakah topeng muka / face mask yang sesuai untuk runner?

Posting semalam sedikit sebanyak dah menceritakan sama ada on tak on pakai face mask masa lari. Basically, depends pada andalah mengikut kesesuaian keadaan. Sekarang kita nak tengok ada tak face mask dekat market yang de-design khas untuk larian.

Take note tulisan ini adalah fokus kepada design atau visual sebab saya tak beli pun mask ni so tak pernah pakai.

Kitsbow Wake ProTech

Kitsbow adalah brand untuk cyclist dengan prinsip hidup, “By Riders For Riders”. Sempena covid19 ada buat face mask dan alatan PPE yang lain. Mask dia ada untuk laki, pompuan, dan budak kecik. Top line mask dia adalah seperti dibawah ini.

Dari rupa dan gaya memang boleh menambah elemen kekacakan anda ketika berlari. Ini nyata memberi feel casual runner melalui kombinasi warna kelabu pale serta penekanan highlight atau fokus pada nose strip yang berwarna hitam. Ada elemen contrast dari segi warna dan space disitu, membayangkan ciri-ciri si pemakai adalah seorang yang mempunyai priority dalam hidup dan fokus pada hal yang penting dan munasabah, serta tidak suka membuang masa. Sedikit line biru pada nose strip adalah tanda detailing yang memberi idea bahawa, si pemakai ini sangat halus jiwanya dan sensitif even pada hal-hal yang kecil. Small things matters.

Harga, USD29.95 / RM124.35
Beli 

Manakala untuk range lain, boleh cekidaud juga sebab hat ni datang dengan pelbagai warna dan corak. Ada corak kain pelikat pasar payang.

Harga, USD24.95 / RM103.59
Beli 

Underamour UA Sportmask

Underamour adalah brand sukan yang tak asing lagi di Malaysia. Berbanding brand sukan yang lain, Underamour ni nak bagitau bahawa, yang pakai barang kami ni semua ketul dan ketak kalau lelaki. Pompuan lak comfirm yang lentikis. Kami level spartan ok. Marathon ni… emmmmm

Facemask underamour memang level tough gila, nampak ganas tapi sleek. Jika anda pakai untuk berlari, sekali pandang macam anda nak pakai pergi buat ambush swat team. Terasa bahang main game Mortal Combat bila tengok mask ni pun ada juga. Barangkali jika si pemakai sedang berlari, awek-awek akan terasa yang mesti pakwe ni lepas lari nak pergi angkat dumbell.

Namun dengan era google search dan review barangan adalah norma, jika anda seorang yang kurang rambut sebab banyak fikir masalah dunia, anda boleh tengok dulu kesesuaian produk dengan wajah anda sebab jangan mudah terpedaya dengan produk di web. Level nak suh orang spend duit sekarang, gambar dalam web tu pun dah level iklan. Belum lagi iklan. Basically kena ingat satu prinsip. Kekacakan memang perlu alat kacak, tapi kacak yang asli tidak memerlukan apa-apa selain diri sendiri – Azrul Jabbar, 5 Jasa

Harga, USD30.00 / RM124.56
Beli

Adidas

Adidas takyah intro la, memang brand well known pada kita semua. Adidas ada buat face mask, ada dua warna, hitam dan biru. Basically ni simple je. Takyah usaha lebih. Saya nak pergi lari, saya nak pakai mask, mask saya Adidas. Fullstop.

Harga, USD20 / RM83.04
Beli

Uniqlo

Welcome to uniqlo, welkamtuuniqlo, wekamuniclo, wkmuniclo. Biasa dengar kan canni? So uniqlo ada buat mask juga tapi menang kat dia punya airism technology. Sapa yang pernah beli baju atau seluo airism ni memang feel dia sangat ringan cam tak pakai seluo. Gitulah cite dia.

Selain dari teknologi airism yang memang tak yah nak dispute lagi, warna mask serba putih membuatkan si pemakai tampak suci dan ikhlas dalam larian dan dalam menjalinkan sirratulrahim suruhan tuhan sesama oh insan yang murni sebagai ikatan yang kukuh dihati demi masa depan.

Harga, USD14.90 / RM61.86
Beli

Kesimpulan

Banyak mask untuk sport event ni so google je dan boleh cuba sendiri. Cuma satu pesan saya yang ikhlas. Korang esp. awek ke mak orang ke milf ke janda ke, tolong jangan beli mask yang color dia sebiji color coli. Bukan apa. Bukan nak sexist ke apa tidak. Ini nasihat ikhlas. Benda yang kita sorok jangan suka-suka tayang sangat. Color tu satu hal, ni yang ada lace2 ni… eiii… tolong la. Please ok. Harap maklum.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *