Covid 19 : Bolehkah kita berlari / bersenam di luar sewaktu PKPB?

14 hb ini atau esok PKPB akan dikenakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini semua bala gelombang ketiga Covid19, yang basic dia adalah sebab PRN Sabah hari tu (dan lain2 itu la ini la… hello top 3 loc Sabah, KL, Selangor apa link 3 location ni? ). Tempoh PKPB ini adalah sehingga 27 Oktober 2020.

Total local lokdown adalah 14 hari iaitu 2 minggu.

Now, persoalan utama setiap runner adalah bolehkah kita berlari / bersenam di luar hatta main basikal during 2 minggu local lockdown ini?

UPDATED

Jawapan semalam tak boleh, tapi jawapan hari ni boleh. Menurut telegram MKN, boleh keluar jogging asalkan jangan sampai 10 orang. Ini screenshot lebih detail.

Saya bukan nak cakap apa la. Dulu masa saya kecik sekolah tadika, zaman tu takde web tade ig tade telegram bagai. Cikgu tadika kalau buat announcement, dia dah prepare dah dengan faq sop bagai. Dia tade cite buat announcement pastu budak2 terngaga tak paham, mak bapak pun confuse. Semua info diberitahu secara tepat dan jitu. Tu cikgu sekolah tadika saya dulu la. Sekarang cikgu tadika zaman ni pun rasa sama gak macam zaman saya dulu sebab anak saya EL sekarang sekolah tadika. Dah setel keja semua baru buat announcement. Bukan announce dulu lepas tu baru nak itu ini. Tade masalah pun kalau kerja guna otak.

Jawapan dia tak boleh.

Mengikut bacaan saya di Malaysiakini, ini bait yang tertulis :

Now, kalau buat juga apa kesan dia?

Ini adalah keadaan semasa dimana kita tahu bahawa 14 hari lockdown. Persoalan seterusnya adalah untuk bersedia sama ada lock down ini akan sambung atau tamat pada 27 Oktober. Hat ni semua orang taktau sebab kita takde cable yang keja kat MKN atau mak pak kita bukan politaikcian. Namun begitu, ia tidak menghalang untuk kita buat speko berdasarkan data.

Fakta pertama adalah, covid19 ni dia punya tempoh tau positif atau tidak adalah 14 hari. Tarikh PRN Sabah adalah 26 September. 2 minggu lepas tarikh 26 september ini adalah 10 Oktober 2020. Walaubagaimanapun, 26 September tu hari mengundi, so wabak dah berjangkit lebih awal sewaktu berkempen.

Now, kes spike pada 6 oktober dengan catatan kes baru tertinggi : 691. Oktober 12, kes masih tinggi iaitu 563 kes dan Oktober 11, 561 kes. Boleh rujuk di sini.

Ada satu lagi hal iaitu jumlah katil. Terkini, tinggal 1800 katil yang masih kosong di semua hospital. 1800 ni sikit ke banyak? Jawapan dia makin sikit.

Kalau mengikut negeri pula, memang top 4 adalah yang lockdown 14 hb ni. The next yang kalau kes tak terkawal nak kena lockdown kalau ikut ranking mungkin Negeri Sembilan. Sebab ramai je orang KL yang duduk sana tapi keja sini.

Now, satu lagi benda yang nak kena tengok adalah R-naught. Terkini, di selangor R-naught adalah 1.95 bermaksud, kes bukan akan, tetapi sedang doubling. Satu orang yang terkena sedang infect 1.95 orang yang lain. Dalam erti kata lain, infection rate di Selangor adalah lebih teruk dari Sabah. Boleh baca sini.

Namun begitu ini adalah R-naught yang lama iaitu pada 29 september. R-naught terkini saya tak jumpa pulak.

UPDATED

R-naught naik turun 2-3 hari ni which is tak tentu. Ini news 10.10.2020. Baca sini.

By the way, projection kes berdasarkan R-naught adalah seperti berikut (ini ambik kat twitter DG). Dari gambar bawah maknanya kalau R-naught 2.3 memang lega la semua orang. Katil ada 1800 je beb.

So sama ada lockdown akan sambung atau tidak lepas 27 oktober, adalah berdasarkan berapa R-naught dia. Kalau makin menghampiri 2.3 ada can lockdown sampai Disember. Paling terima kasih kita pada politaikcian kita semua yang handal tu.

Kata DG, estimated time untuk control covid19 di Sabah maybe 3 – 4 minggu. Boleh baca sini. Itu Sabah tapi yang kita tahu di KL / Selangor / Putrajaya ni kes dia lagi teruk. Sabah 4.6 K. Selangor ngan KL, 5.3 K kes. So adakah 2 minggu cukup untuk PKPB di sini?

Sama-samalah kita berdoa agar R-naught ni turun dan kes tak merebak. Lagi lama lockdown lagi teruk ekonomi kita, lalu menyumbang kepada ekonomi negara. Memang sedap duduk rumah tapi kena ingatlah… bukan semua orang gembira duduk rumah. Moratorium kalau sambung pun bukan semua orang dapat manfaat dia. Yang gaji hari canne kena ingat tu.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *