Covid 19 : Bolehkah kita berlari memakai topeng pelitup muka?

Ada satu persoalan yang saya terfikir tapi saya tak pernah buat la. In case nak lari kat luar jugak time MCO ni tapi takut kena covid19 so nak pakai topeng muka. OK ke tak OK? On ke tak on?


Abiang suka tengok gambo ni. Lubang idung tutup tapi lubang pusat tak tutup. Mekacih anje…

1. Kenapa nak pakai topeng muka at the first place?

Umum mengetahui memakai topeng muka mengurangkan risiko jangkitan covid19. Itu sebab kerajaan wajibkan pakai face mask ni kalau kat luar. Topeng muka ada dua jenis, satu yang level health hospital pakai iaitu medical, second yang fabrik yang orang awam pakai.

Konsep dia adalah in case kita ni ada covid19, so kita nak protect orang keliling kita dari berjangkit dari kita. So kita kena pakai mask. Dia cerita dia pakai face mask adalah untuk protect orang lain, bukan protect kita.

2. Bagaimana topeng boleh halang virus covid ni?

“When you wear a mask, it acts as a barrier to help prevent respiratory droplets from traveling into the air and onto other people”

3. Mana satu nak pakai ni?

Nak pakai yang mana? Medical ke non medical (fabric)? Tengok video ni.

4. Adakah semua face mask ini confirm boleh avoid covid19?

Ini tak semestinya. Sebab kena tengok jenis face mask itu. Dalam erti kata lain, kalau nak pakai face mask, kena tengok dulu kualiti face mask. Logik akal la kalau pakai face mask level kain kelambu itu bukan nak stop jangkitan covid19, tu nak stop nyamuk dari masuk lubang hidung.

Now, apakah level face mask yang covid19 compliance?

Mengikut nasihat WHO, kena yang 3 layer.

5. Apakah ciri-ciri lain yang penting bagi fabric mask yang baik?

Daripada yanng saya baca di insider, ini screnshot dia.

Now, specific kepada larian.

6. Bolehkah kita pakai face mask masa lari?

Untuk menjawab ni kita tengok dari pelbagai sudut dulu sebelum kesimpulan.

Sudut Jangkitan Covid19

Melalui WHO, kita dah faham bahawa kita pakai face mask adalah untuk protect orang lain, bukan untuk protect kita.

So kalau kita lari sorang2 tengah malam, ikut logik tak payah pakailah sebab kita nak protect sapa? Hantu tak yah protect biar dia kena covid19 tu kalau dia ada.

So kalau lari kat route yang ramai gila orang lari jugak, kalau ikut sudut jangkitan Covid19, basically memang kena pakai sebab kita nak protect orang lain, esp. bila kawasan tu takleh nak social distance.

Satu lagi menurut recent study, kalau lari distance 6 kaki dengan orang lain pun, risiko jangkitan ada. Maksud dia, 6 kaki distance ni belum tentu lagi cukup jauh untuk jangkitan tu nak merebak.

Sudut legal di Public Area

Mengikut Mat Sab, bermula 1 Ogos, wajib pakai di tempat awam yang sesak. Basically, tempat yang ada contact dengan ramai orang. Boleh tgk video di sini.

So basically Mat Sab nak kabo indirectly, kita kena pakai kalau tempat tu takleh buat social distancing la sebab sesak.

Sudut kesihatan

Seorang doktor Mat Salleh berkata, “A face mask is going to decrease your airflow, making it a little harder to breathe,”. Tidak diketahui doktor ini kerja kat hospital mana tapi ini yang dia kata. Tambahan dia lagi,

“It won’t decrease your oxygen or retain carbon dioxide. But it will probably impact your performance or pace.”

Maksudnya, kalau lari pakai face mask, susah nak bernafas dan disebabkan susah nak bernafas, akan kacau performance bla bla bla. Ye la, dah susah nak bernafas, maksud dia oksigen tak cukup, bila tak cukup, cepat letih la sebab tak stabil.

Ada 3 kesan dari tak cukup nafas ni which yang nak kena monitor kalau lari pakai face mask.

a. Susah nak bernafas
b. tercungap-cungap
c. kepala rasa ringan
d. Start pening kepala
e. Sakit dada

So kalau ada gejala ni, lek lu. Stop lari, cari tempat tade orang, buka topeng tu dan bernafas balik macam biasa. Tapi kalau dah macam kronik sangat, jangan pulak cari tempat tade orang. Kang ko pengsan lega. Cari tempat tade orang tu maksud dia, distance ngan orang la.

Namun menurut kat Doktor ni juga, kalau kita dah biasa lari pakai face mask, lama2 kita dah boleh tolerate dan dia akan jadi biasa. Ini logik sebab sama la macam sebelum ni kita keluar mana2 tak pakai face mask pun. Bila pakai first time hari tu memang rasa cam susah nak nafas. Tapi bila dah lama2 pakai ok je. So maybe applicable tu running juga. Kena berlatih la. Sama cam lari naik bukit. Memula lemau. Lama2 ok.

Maksud dia, jangan la ko pakai face mask lepas tu ko buat speed work. Pala bana. Lari easy pace paling slow dulu la test market. Dah ok gradually tambah pace.

Satu lagi doktor kabo, “A sweaty or wet mask is going to be less effective at filtering,” Maksud dia, pakai mask memula ok, tapi bila lari, berpeluh, mask basah, so dia jadi tak berapa berkesan which is defeat the purpose pakai mask at the first place.

7. In case nak lari pakai topeng sebab tempat crowded, apakah ciri-ciri mask yang acceptable untuk runner?

Gaya soalan ni macam nak bagitahu bahawa, ada face mask yang spec dia khas untuk larian. So kalau ada sapa2 nak invent dan invest on topeng muka larian, boleh cekidaud ciri-ciri berikut.

  • MATERIAL – mesti ringan lightweight, diperbuat dari moisture-wicking fabric atau fabrik yang menyerap kelembapan. Ringan tu supaya pakai untuk lari tak berat la, serap lembab supaya peluh banyak nanti still kering. Acee ko amik pampers anak ko then letak kat idung pergi bawak lari. Jangan amik pampers yang dia dah pakai demam ko.
  • SNUG – Topeng mesti mau fit snug muka handsomely and beautifully, cover hidung dan dagu. Sebab dia kalau topeng tu buruk, runner tak pakai la…. kena paham runner ni adalah orang yang take care health dan juga take care penampilan dia. Kalau topeng tu letak kat muka tetiba muka jadi gemuk, memang tak laku topeng ko. Tade awek nak beli ok.
  • NIPIS – mesti nipis tapi tak semestinya jarang. Tak boleh tebal sebab tebal ni feel dia rasa susah nak nafas. Kena nipis dan effective.
  • STRAP – kena adjustable sebab kalau dah memang panjang dia macam tu susah orang nak adjust. Adjustable strap bagus supaya semua size telinga atau kepala boleh pakai. Ada yang kat luar tu dah cun dah sekali tali pendek. Telinga terlipat. Bayangkan nak lari dengan telinga terlipat watthehell?
  • NOSE STRIP – Kalau boleh adjust benda atas idung ni bagus so orang boleh kepit kuat atau kepit pelan…. maksud dia pengepitan tu mendatangkan keselesaan dan nikmat bagi hidung. Hidung ya ko jangan melalut pikir benda lain.
  • REUSE – Boleh reuse la bukan pakai buang. So topeng mesti boleh basuh. Lari, lari jugak, covid, covid jugak, alam sekitar nak kena jaga.

KESIMPULAN

Basically kita dah nampak semua pro and cons dia pakai topeng masa berlari, so kalau tanya saya la kan, saya lari kat rumah je. Ye la, dah beli treadmill, sedap la.

Tapi kalau anda terpaksa lari di luar, basically apa yang saya boleh suggest adalah,

a. lari kat route yang kurang orang agar tak perlu pakai topeng.
b. tapi kalau memang suka lari kat route tu tapi ramai orang, ubah time lari anda cari time tade orang
c. bawak topeng sebagai spare jugak in case kalau tengah lari orang tade tapi ending tu ramai orang, so at least topeng ada bawak gak
d. carilah jalan accane pun agar option lari pakai topeng ni jadi yang paling last,

unless

anda dah start training lari pakai topeng sejak nampak muka Mat Sab kat tv beberapa bulan yang lalu dan itu adalah norma baru anda.

So basically kesimpulan last, lari pakai topeng is ok tapi perlu adapt gradually jgn extreme. Take note tanda2 bahaya masa lari pakai topeng tu. Benda ni sebenarnya ikhlas kabo menyusahkan, tapi apa nak buat ini adalah norma baru. Yang belum jadi norma adalah lari pakai selimut.

Stay safe guys… apa yang penting adalah kesihatan dan keselamatan.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *