Covid 19 : Kajian Saintifik bagaimana risiko Covid19 berjangkit ketika berlari

Saya ada jumpa satu kajian ni so kalau rajin boleh baca sini. Namun begitu, sebab kita semua tade masa nak baca benda-benda saintifik sudah tu panjang pulak, ditambah dengan size font kecik, so saya tuliskan rumusan di sini.

1. Siapa yang tulis kajian ini?

Kajian ditulis 4 insan bernama, B. Blocken, F. Malizia, T. van Druenen dan T. Marchal.

2. Apakah asas kajian ini?

Covid19 spread melalui saliva, small droplets yang transmit melalui bersin, batuk, bernafas. Maka, semua bersetuju kena buat social distance sejauh 1.5 m, ini kerana small droplets tak boleh travel sejauh 1.5 m.

Tapi ini benar hanya untuk manusia yang berdiri atau standing still. Lain ceritanya untuk yang tengah berlari / berjalan / berbasikal. So ini adalah kajian terhadap jangkitan covid19 secara aerodynamic antara dua manusia yang sedang bergerak dalam linkungan 1.5 m dan lebih.

3. Bagaimana kajian dijalankan?

Kajian dijalankan melalui simulasi wind tunnel untuk melihat pergerakan small droplets, selain melihat bagaimana keadaan cecair menjadi wap (evaporate) di keliling seorang runner. Runner ini disusun secara selari, sebelah menyebelah dan secara staggered.

Selain itu turut dikaji adalah bagaimana size droplet vs jarak dan ketinggian menggunakan rumus-rumus yang kita tak belajar kat sekolah dulu.

4. Apakah hasil kajian?

Hasil kajian mengatakan bahawa, risiko terdedah kepada droplets adalah besar bila kedudukan runner berada di belakang seorang lagi (slipstream position, posisi droplet terbang ke belakang). Lebih kecil jarak antara dua runner ini, lebih besar risiko jangkitan.

Hence, 1.5 m social distance tak terpakai ketika berlari. Jarak social distance berlari jika kedudukan slipstream / trailing adalah 10 m, manakala 5 m jika sedang berjalan. Untuk keselamatan, lari side by side (c) atau kalau trailing belakang runner, selain jarak, posisi runner di belakang mestilah berselang (d).

5. Boleh caya ke kajian ni?

Percaya ke tidak itu sebenarnya pada saya no 2. Dalam keadaan meruncing ni, semalam je kes dah naik dekat 8 rat. So apa langkah yang lebih effektif untuk kita ambil adalah sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada. Since kita tak buat kajian beria cam Mat Belgium kat atas ni, so kita ucap terima kasih atas initiatif depa. Tak susah pun nak lari selang-selang, jauh 10 m. Bukan kena tambah duit pun.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *